Tuesday 31 March 2015

1MDB, Hudud and the looming darkness


Well, injustice could also land you in hell especially if it's committed under the pretext of doing good for society. 

The fear of injustice has been the sole stumbling block that prevented the ruling government from supporting Pas' Hudud for more than five decades. But after holding the fort and putting the interest of the multiracial society before politics for more than five decades, things appear to be changing now.

Umno has openly endorsed Pas' Hudud in Kelantan although for so long Umno had refused support because Pas' Hudud was not the same as the Syariah law spelled out in the Quran. Suddenly all those arguments and ridicule against Pas' Hudud appears to have come to nought. Suddenly some Umno leaders are trying hard to convince you that Pas' Hudud is something that has been prescribed in the Quran. 

Political expediency at its best? I hope not but Umno appears to be standing tall with Pas, at least in Kelantan.

Both Pas and Umno are weak in their own way, within their own grouping, but are they stooping so low as to use/abuse Hudud for their political survival? 

On one hand Abdul Hadi Awang appears to be hoisting the Negara Islam flag once again, via this latest Hudud saga, after having given it up a couple of years ago. Negara Islam was traded for Negara Kebajikan for political expediency before the last general election. Now it looks like a different ball game with Umno joining the band. Whatever it is, it never was and never is about upholding Islam and its teachings.

On another front Umno appears busy flogging the same horse to drown growing opposition against its president Najib Razak and his failure to lead. Topping the list of the growing opposition and concerns against Najib is the 1MDB scandal. Jet-setting flamboyance is among others in the long list of disapproval.  

Some say Umno has joined the Hudud bandwagon, not out of sudden conviction, but merely to stop the eroding grassroots support and most importantly to overlay the dark shadows of 1MDB that is looming around the corner. 

1MDB is hanging like the Sword of Damocles over Najib's head and Umno has to do all it could to save its president. I think Umno could do better by just changing its president and that too, I'm sure, would remain as an option especially when more shit hits the fan.

Recent moves suggest that 1MDB could be nearing its end and could be completely shut down. Asset stripping is already in motion. None other than 1MDB critic Nazir Razak's CIMB has been appointed to oversee some of 1MDB's 'fire sale'. 

What next? 

Would those who stole/cheated/siphoned/conned/acted stupid/closed one eye and/or responsible for 1MDB losing hundreds of millions if not billions of Ringgit be put out to dry or would such acts of treason be wrapped up and summarised as 'bad investment' ? 

If at all action is taken against those responsible in the 1MDB scandal, I propose for them to be tried in the state of Kelantan. I believe traitors would be served harsher punishment under Pas' Hudud.

In the meantime, would such traitors be called in for questioning and remanded for investigations or would 'wolves from walled street' be treated differently? 

Remember, injustice will lead you to hell.


p/s Rest assured that no amount of diversion, spinning, propaganda, character assassinations, threats and intimidation could right what is wrong. 
 


Site Meter

Tuesday 24 March 2015

Siapa paling bodoh?

Kemelut Hudud menunjukan kebodohan segelintir yang bergelar pemimpin

KUALA LUMPUR, March 23 — Senior Umno minister Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz turned the heat up a notch in the controversy over hudud today, harshly describing those bickering over the law and its planned implementation in Kelantan as “stupid people”.
The outspoken politician said there was no need to worry over PAS’s hudud agenda as in the first place, the controversial Islamic penal code runs counter to the Federal Constitution and would therefore never be implemented in Malaysia.
“They are all stupid, whoever is talking about this from whichever political party. This can only happen if there is an amendment to the Federal Constitution.
“So why even talk or bother about something that is against the Constitution and will not happen? Exercise in futility,” the former de facto law minister told reporters when met at the Parliament lobby here.

KUALA LUMPUR: Bodoh dan tiada guna. Itu adalah reaksi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan yang sedang hangat dibincangkan.

"Saya tidak peduli jika pandangan saya boleh diguna pakai terhadap kedua-dua belah parti yang mempunyai jurang politik.

"Bagi saya, ia tidak pernah menjadi isu," katanya kepada The Star Online.



Soalan saya - 

1. Berapa ramai pemimpin Umno yang telah tiba-tiba menjadi bodoh atau pura-pura bodoh, dalam isu Hudud, demi kepentingan politik mereka?

2. Apakah Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang masih belum membuat pendirian jelas berhubung sesuatu yang begitu 'bodoh' serta 'tidak masuk akal' ini juga boleh dianggap atau ditafsir sebagai bodoh?

3. Kenapa tiba-tiba ramai sangat dari golongan yang bergelar pemimpin mula mempamerkan kebodohan dikhalayak ramai?  

4. Ramai juga yang bercerita tentang kebodohan kerajaan / pentadbiran dalam isu kenaikan kos tambang pengangkutan awam darat. Siapa yang bodoh dalam kebodohan yang nyata ini? SPAD, kabinet, JPM atau semua sekali? Yang bodoh itu pasti bukan drebar teksi dalam isu ini.

5. Kita nantikan kebodohan seterusnya.


One of the penalties for refusing to participate in politics is that you end up being governed by your inferiors.- Plato

In politics stupidity is not a handicap.Napoleon Bonaparte

p/s Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan menghargai tindakan beliau menyatakan yang benar dalam keadaan seluruh negara seakan diselubungi kebodohan yang melampau. TQ Chief.



Site Meter

Tuesday 17 March 2015

Apa kata Ku Li di Dewan Rakyat ?

22:30 - Dikemaskini dengan video ucapan Ku Li di Dewan Rakyat.

Hutang Negara, Dewan Rakyat & Tanggungjawab Kita

1. Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.


2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.

13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.

15.. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Di Sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa, 
17.3.15.




Site Meter

Friday 13 March 2015

Apa kata Dr M sehingga blog Chedet digodam?

Dibawah adalah tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal 1MDB yang dimuatnaik dalam blog beliau tengahhari ini, namun blog chedet.cc Dr M telah digodam dan digantung oleh anasir tidak diketahui. 
Apa kata Dr M?
1MDB
1.   UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac.  Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti. 

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat.  Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB.  Mereka bincang perkara ini dimana sahaja.  Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang,  BN mungkin kalah.  Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja.  1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang IMDB.  Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB.  Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu.  Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang  berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali.  Demikian juga nama-nama syarikat miliknya.  Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood.  Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak.  Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini.  Apakah ianya hasil dari perniagaan?  Jika ya, apa perniagaan, dimana?  Sudahkah cukai pendapatan dibayar?  Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana?  Filem ini tidak memberi keuntungan.  Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low.  Dan Jho Low disebut-sebut  berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB  Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll.  Apa buktinya?  Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island?  Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia.  Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai).  Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini.  Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda?  Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini.  Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini?  Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB.  Apakah harga yang dibayar?  Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB?  Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa.  Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran.  Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi.  Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli.  Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam.  Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang.  Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%.  Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit.  Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun.  Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini.  Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya.  Dan jumlahnya juga amat besar.  Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi.  Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.  Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal.  Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun.  Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

p/s Pasti ramai yang akan menuding jari dan tidak akan mengaku terlibat dalam serangan ddos/hacking terhadap blog Dr M tetapi kita boleh agak ini angkara siapa. Ini bukan kali pertama kebaculan sedemikian dipamer untuk tatapan umum. 


Site Meter

Tuesday 10 March 2015

1MDB - Apa kata wakil Ketua Bahagian Umno?



Ringkasnya jurucakap untuk 160 Ketua Bahagian Umno yang berkumpul mendengar penjelasan Presiden tempohari berpuashati dengan cerita yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menangkis segala fitnah dan serangan terhadap kepimpinannya. 

Jurucakap berkata mereka yang hadir dalam sesi penjelasan presiden juga menyokong penuh siasatan terperinci keatas 1MDB. 

Jurucakap menegaskan mereka yang hadir juga menyokong penuh keputusan Kabinet serta kenyataan keras Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nampaknya 'Solidariti bersama Presiden Umno' hanyalah satu lagi percubaan propaganda dalam siri propaganda umpama 'I love PM'. Tidak lebih dan tidak kurang. Majlis penerangan pun dicanang pelbagai rupa. Begitu terdesak?

Baiklah. Kembali kepada perkara pokok. Desakan bertubi untuk menyiasat 1MDB nampaknya telah berhasil dan Ketua Polis Negara sendiri telah memberi keyakinan dengan menjelaskan bahawa sudah ada satu multi-agency 'task force' untuk menjalankan siasatan forensik keatas 1MDB.

Bukan itu sahaja. KPN juga memberi jaminan bahawa Perdana Menteri sendiri akan disoalsiasat dalam skandal 1MDB ini. 

Ketua Audit Negara dalam kenyataan terkini berkata siasatan telah bermula tetapi had waktu siasatan belum ditetapkan. 

Nampaknya laporan Polis dan SPRM yang dilakukan oleh Datuk Seri Khairuddin tempohari juga berasas. Jika tidak, mana mungkin wujud task force yang dianggotai pelbagai agensi siasatan negara.

Adalah menjadi harapan sekalian rakyat, bukan hanya setakat 160 Ketua Bahagian Umno, agar siasatan dijalankan tanpa apa-apa campurtangan dari mana-mana pihak. 

Kes berprofil tinggi ini diperhatikan, bukan sahaja diseluruh dunia tetapi yang lebih penting lagi oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak memilih kerajaan mereka. 

Rakyat Malaysia yang waras akan melihat siasatan keatas 1MDB ini sebagai petanda jelas.  

Saya menaruh keyakinan penuh bahawa task force yang telah mula menyiasat 1MDB sejak dari penubuhan dana milk kerajaan itu sekitar tahun 2008/2009, akan berjaya menjernihkan yang keruh. 

Seperti kata jurucakap akan janji Perdana Menteri, tidak ada sesiapa pun yang harus dilindungi atau terlepas dari tindakan undang-undang.

Yang menjadi pertaruhan atau penilaian bukan sahaja maruah dan dana milik Kerajaan Malaysia tetapi masa depan negara serta hati budi pemimpin yang diangkat untuk memimpin.

p/s Tidak masuk akal jika kuasa politik 160 orang boleh mengatasi kehendak berjuta rakyat, termasuk Timbalan Perdana Menteri.



Site Meter

Friday 6 March 2015

Kerajaan tidak wajar 'bail-out' 1MDB, tegas Muhyiddin



KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
BERHUBUNG ISU 1MDB

6 MAC 2015

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.

Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.

1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas. Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.


TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri



Site Meter

Thursday 5 March 2015

1MDB - End of the story?

1MDB to be stripped and sold
KUALA LUMPUR: Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter told Reuters.
The power and property fund, a pet project of Prime Minister Najib Razak with assets worth US$14 billion, was hit by losses last year and nearly defaulted on a loan payment. The near-miss drove down the ringgit currency and Malaysian government bonds and prompted calls from opposition leaders to make the fund's accounts more transparent.
The state fund's 42 billion ringgit (US$11.6 billion) debt includes a US$3 billion bond sale in 2013 that was one of the largest global issues from Southeast Asia.
Under the aggressive restructuring plan, crafted by new boss Arul Kanda and blessed by the government, the fund will sell 80 percent of its power unit Edra Energy via a stock market listing, three sources with direct knowledge of the situation told Reuters.
More than 18 billion ringgit of 1MDB's debt linked to its power assets would go under Edra Energy ahead of the listing, which is due to be kickstarted in 6-9 months time, the sources said.
The fund, which has Najib as chairman of its advisory board, will also sell the bulk of its land assets and stakes in two high-profile property projects, Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia, after splitting them into separate entities, as already partially indicated in a strategic review unveiled last month.
The Finance Ministry, which is headed by Najib and is the sole owner of 1MDB, did not respond to a request for comment. - Singapore's CNA has the Reuters article.
I hope the Auditor General starts hiring forensic accountants and other relevant experts to audit 1MDB before the horse bolts. 

The above report, served just a day after Cabinet decided to call in the Auditor General and the Public Accounts Committee to vet 1MDB's accounts, is certainly interesting to note.

The Prime Minister himself has assured that the law will take its course if there are any wrongdoings. 

Both the Cabinet decision and Najib's assurance are moves in the right direction but Reuters basically says 1MDB will be stripped and sold, including those vast pieces of Government-owned land. Really?  

If the 'stripping and selling' is indeed true, it could be some sort of a desperate recovery plan. I don't quite understand a recovery by selling government land (we shall leave it for another day). 

But is it the end of the story? Why sell if your critics are just a bunch of lunatics who don't understand finance?
  
p/s I'm sure 1MDB would issue a quick rebuttal if the Reuters news is not true. 


Site Meter

Tuesday 3 March 2015

5-day poll says a little



Its a tiny little poll voted by a mere 521 but the outcome appears overwhelming on its own. A 95% rate of disapproval, even among ten heads, must certainly be a cause for concern. 

But I think such polls won't do a dent to the power of those in power today. They shall ignore all such serious signals and continue making promises and whip up sentiments when everything else seems impotent. 

Spin even when its out of control. Don't even hesitate to tell lies and/or threaten those who call the bluffs. 

Dismiss this as 'just a 5-day poll'.  

 We shall wait for the elections, whichever comes first.



Site Meter