Wednesday 29 June 2016

UMNO - Najib KOYAK diSemporna


Saksikan video yang dirakam ketika himpunan pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Semporna. Kita tahu sebelum ini bahawa dalam himpunan ini Umno Semporna ditalkinkan oleh ahli dan pimpinan bahagian yang sudah tidak percaya lagi kepada Najib Razak.

Sebenarnya Najib sudah koyak di Semporna. Saksikan video di-atas sekali lagi.

Rupanya orang Semporna lah yang benar-benar bersemangat pahlawan dan keberanian mereka menongkah arus seharusnya menjadi teladan kepada ramai (terutamanya ahli, pemimpin serta penyokong) yang masih berpeluk tubuh walau parti, kerajaan dan negara mereka sedang dirogol oleh penyamun dan kuncu-kuncunya. 

Siapa lagi yang berani kerana benar, seperti Semporna?


p/s Satu lagi himpunan besar-besaran di Istana Johor ?




Tuesday 28 June 2016

UMNO bunuh diri ?

Sepatutnya rombakan kabinet yang diumumkan oleh Najib Razak semalam menjadi berita utama tetapi kemelut dalaman Barisan Nasional, khususnya Umno, lebih menonjol dan meledak menjadi berita utama. 

Barisan Nasional Sarawak menerima tamparan hebat dalam rombakan kabinet kali ini kerana satu jawatan menteri dirampas dari BN Sarawak yang masih meraikan kemenangan besar dalam pilihanraya negeri baru-baru ini. 

Cara Najib Razak menghargai sumbangan BN Sarawak adalah agak pelik dan sukar difahami umum, terutamanya pemimpin dan rakyat Sarawak yang bertungkus lumus memenangkan BN.

Perdana Menteri yang diselubungi skandal 1MDB dan salahlaku jenayah pula menerima tamparan apabila Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah 'berundur' dari kabinet. 

Husni yang memegang beberapa jawatan tinggi dalam Umno dan BN juga turut meletakkan semua jawatan parti dan BN dengan serta merta menerusi kenyataan ringkas yang dikeluarkan setiausaha politik beliau sejurus selepas Najib mengumumkan rombakan kabinet.
Kenyataan Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin, Mantan Setiausaha Politik Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah.

Dato' Seri Husni Hanadzlah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari Agung Barisan Nasional, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Negeri Perak, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tambun.

Sekian.

27 Jun 2016

Laporan berita - Sinar Harian 

Kenapa seorang pemimpin yang begitu lama berkhidmat didalam parti dan kerajaan bertindak meletakkan semua jawatan yang disandang dalam masa kurang 60 minit selepas pengumuman rombakan kabinet?

Seperti lazim dalam budaya politik kotor masakini sudah terdapat cubaan untuk memperlekeh dan memperkecilkan khidmat Husni  sebagai Menteri Kewangan II namun retak sebenar dan cerita disebalik tabir mengapa beliau 'berundur' juga telah mula keluar. 

Sebenarnya kenapa Husni 'berundur' ? Persoalan ini akan terjawab dalam jangkamasa terdekat.  

Sedang penyingkiran Husni menjadi topik hangat Umno Najib menerima satu lagi tamparan hebat dari Semporna, Sabah. 





Pengerusi Tetap Umno Bahagian Semporna bersama seluruh Jawatankuasa Bahagian, bersama-sama TIGA RATUS Ketua Cawangan didalam bahagian Semporna bertindak meletakkan jawatan dan keluar dari Umno beramai-ramai dalam satu majlis ringkas. 

Umno Semporna telah terbubar dengan sendirinya apabila seluruh ahli jawatankuasa bertindak keluar parti.

Majlis letak jawatan dan keluar ramai-ramai Umno Semporna itu adalah ekoran kehilangan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Umno yang diterajui Najib Razak. 

Menurut seorang (bekas) pemimpin kanan bahagian Semporna perletakan jawatan dan tindakan keluar Umno semalam hanya langkah permulaan. 

"Bila Majlis Tertinggi bertindak kuku besi tidak mahu mengikut peraturan dan perlembagaan maka kami tiada pilihan. Orang Semporna ada maruah bukan seperti Najib dan kuncu-kuncunya disana. Selepas ini beribu ahli Umno disini akan ikut serta".

"Kami sudah tidak percaya pada presiden dan majlis tertinggi. Umno ini sudah jadi serupa syarikat persendirian milik individu tertentu. Ahli Umno tidak boleh berdiam diri," tambah pemimpin muda itu. 

Tindakan drastik pimpinan Umno Semporna ini tercetus dengan penggantungan keahlian ketua bahagian mereka Datuk Seri Shafie Afdal yang juga Naib Presiden Umno. Shafie juga adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah pada tahun 1990. 

Manakala Shafie digantung keahlian, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Mentri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah dipecat terus dari Umno tanpa dipanggil untuk membela diri. 

Muhyiddin dan Mukhriz telah menyatakan bahawa Majlis Tertinggi telah membelakangkan perlembagaan parti kerana gagal mematuhi proses pemecatan yang termaktub didalam perlembagaan Umno.

Siapa pula yang akan Umno gantung selepas ini?


p/s Husni adalah ketua bahagian Umno Tambun (Perak) yang seharusnya mengenali 1MDB secara lebih dekat dan mendalam. 



Saturday 25 June 2016

Kepada Allah saya berserah - Muhyiddin Yassin


KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. 

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara. 

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. 

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Umno Pagoh tolak Najib

Datuk Seri Najib Razak yang harus ditendang keluar dari Umno kerana merosakkan parti keramat itu, bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Secara kesimpulan itu pendapat Umno Bahagian Pagoh yang bersidang hari ini. 

Umno Pagoh juga telah membuat pendirian berdiri teguh dibelakang Muhyiddin Yassin dan menolak keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk memecat Timbalan Presiden Umno itu dari parti kerana tindakan MT tidak mengikut perlembagaan dan peruntukan dalam parti.

Umno Pagoh juga sekali lagi memperingatkan pimpinan pusat bahawa yang melakukan salahlaku dan jenayah yang amat memalukan parti, kerajaan, negara dan rakyat adalah presiden parti dan bukannya pemimpin/ahli lain.

Yang jelas Umno Pagoh memberi amaran - Biar apapun berlaku, UMNO Pagoh akan terus padu kerana kami sayang UMNO Johor yang lahir di Johor, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor.

Berikut adalah kenyataan penuh Umno Bahagian Pagoh dari Pekembar bertarikh 25 Jun 2016. 


KENYATAAN MEDIA
UMNO BAHAGIAN PAGOH

UMNO Bahagian Pagoh yang bermesyuarat pada hari ini 25 Jun 2016 yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh memutuskan 
MENOLAK keputusan MT memecat YB. Tan Sri Muhyiddin berdasarkan perkara berikut :-

1.  Tidak mengikut prosedur yang sepatutnya mengikut saluran yang berperingkat  seperti yang termaktub dalam perlembagaan Parti (Fasal 20 Disiplin). MKT dan Perlembagaan UMNO disalahguna oleh Presiden dan mengenepikan amalan demokrasi dalam UMNO. YB Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak awal penggantungannya.

2. Tan Sri Muhyiddin telah dipilih Timbalan Presiden UMNO dan  Ketua UMNO Bahagian Pagoh  oleh ahli Parti seluruh Negara makanya tindakan MT telah mengkhianati ahli UMNO. YB. Tan Sri Muhyiddin tidak diberi peluang dan dinafikan hak untuk berucap dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Parti. Oleh yang demikian, beliau terpaksa menggunakan pentas NGO untuk pejuangan ini. 

3. YB. Tan Sri menyatakan masalah salah laku / jenayah yang dilakukan oleh Presiden berdasarkan daripada laporan yang berintegriti daripada Agensi Kerajaan seperti bekas Peguam Negara, Bekas Gabenor Bank Negara dan SPRM. Isu ini masih terus didedahkan di peringkat Antarabangsa dan tiada penghujungnya. Laporan PAC selari dengan apa yang disuarakan oleh YB Tan Sri Muhyiddin seperti membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB dan sebagainya.

4. YB. Tan Sri menegur Presiden adalah untuk memperkukuhkan Parti bukan untuk kepentingan peribadi.Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan Parti dan imej negara . Beliau tidak pernah memburukkan parti dan bertindak untuk memastikan parti diperkasakan.

5. Sebahagian besar UMNO Cawangan dalam Pagoh ( 103 cawangan daripada 106 Cawangan ) telah melahirkan rasa kekecewaan terhadap Presiden Parti yang bertindak merosakan parti terutamanya isu 2.6b dan 1MDB. Sebahagian besar menyokong Tan Sri Muhyiddin dan memutuskan Presiden Parti berundur .

6. Tindakan MT memecat YB Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puashati kepada Ahli UMNO Bahagian Pagoh dan merosakkan perpaduan serta keutuhan yang selama ini menjadi kekuatan UMNO Bahagian Pagoh. Pemecatan ini berlaku di bulan Ramadan dan kita merasai sepatutnya pemimpin mewujudkan perpaduan dikalangan ahli parti.

7. UMNO Bahagian Pagoh merasakan bangga dengan perjuangan YB. Tan Sri Muhyiddin dalam menegakkan kebenaran dan terus istiqamah dalam perjuangannya. 

UMNO Pagoh akan terus berdiri teguh bersama YB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin dalam perjuangannya dalam menegakkan kebenaran.
Biar apapun berlaku, UMNO Pagoh akan terus padu kerana kami sayang UMNO Johor yang lahir di Johor, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor.

Berani Kerana Benar



Friday 24 June 2016

Menentang Rasuah dan Salah Guna Kuasa Bukan Tuntutan Islam?

Bersekongkol dengan rasuah tidak dilarang Islam?
Kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menggadai prinsip kerana bersekongkol dengan DAP, yang dianggapnya musuh Islam, adalah lucu dan tidak berasas.

Lucu kerana Haron Din seolah-olah lupa bahawa PAS cuma baru setahun bercerai dengan DAP setelah berpasangan di dalam Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008.

Sebelum itu, mereka bersama-sama di dalam Barisan Alternatif (BA) dari tahun 1998 hingga 2004. Ini tidak termasuk secara bukan harfiah sebelum tahun 1998.

Jika Haron Din menuduh Dr Mahathir menggadai prinsip kerana kerjasama dengan DAP yang dilabel memusuhi Islam, maka Haron Din harus mendesak pemimpin-pemimpin PAS membubarkan parti dan melakukan taubat setiap hari kerana dosa mereka lakukan bertahun-tahun dan berulang kali.

Bukan itu sahaja, Haron Din dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain menanggung dosa ahli-ahli dan umat Melayu Islam lain di Malaysia yang diseru menyokong DAP samada semasa di dalam BA atau PR di dalam tahun-tahun yang dinyatakan tadi.

Kerjasama PAS dan DAP di dalam BA dan PR mempunyai tujuan yang nyata – untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO yang Presidennya Melayu Islam.

Jika mereka berjaya, akan jatuhlah seluruh Kerajaan BN yang diketuai UMNO.

Ini amatlah berbeza dengan apa yang diperjuangkan Dr Mahathir hari ini menerusi Deklarasi Rakyat.

Dia mahu menjatuhkan Dato Seri Najib kerana skandal kewangan dan rasuah yang mampu menghancurkan Negara.

Skandal 1MDB itu bukanlah tuduhan liar dan hari ini, yang paling mutakhir ialah permohonan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi yang mahu Kementerian Kewangan Malaysia dan 1MDB menjelaskan wang sejumlah US$6.5 billion (lebihkurang RM26 billion) kerana kegagalan 1MDB membayar pinjaman dan jaminan.

Ini tidak termasuk siasatan yang dilakukan terhadap 1MDB kerana pengaliran wang haram (money laundering) yang sedang berjalan di Switzerland, Singapura, Luxemborg, USA, UAE dan beberapa negara lain.

Selain itu, kemasukan wang sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun Najib yang dinafikan pada mulanya, sudah cukup menghilangkan kelayakan Najib sebagai pemimpin negara.

Adalah satu kesalahan yang amat berat untuk seorang Perdana Menteri mempunyai sejumlah wang sebesar itu di dalam akaun peribadinya yang tidak diisytiharkannya sebaik-baik menerima wang itu dan cuma mengaku apabila sudah tidak dapat menafikan lagi.

Skandal inilah yang telah membuatkan Dr Mahathir mengambil keputusan mendesak Najib meletak jawatan ataupun pada peringkat permulaan untuk bercuti sementara dan membenarkan institusi –institusi berwajib melakukan siasatan tanpa halangan atau gangguan.

Najib memilih untuk berdegil memegang jawatan dan akibatnya berlaku gangguan terhadap penyiasatan yang dijalankan terhadap Najib dan 1MDB sehingga Peguam Negara diberhentikan, Gabenor Bank Negara diugut, ketua dan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) diarahkan bertukar dan ditekan.

Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang sedang menyiasat turut dibubarkan.

Oleh kerana institusi-institusi ini telah dilumpuhkan, maka Dr Mahathir menyeru semua individu-individu berpengaruh di dalam negara untuk bersamanya mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Hasilnya, pemimpin-pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan, aktivis-aktivis dan pemimpin pelajar telah berkumpul dan bersama dengan Dr Mahathir menandatangani Deklarasi Rakyat (DR) yang fokusnya mendesak Najib meletak jawatan, mahukan reformasi untuk institusi-institusi yang mudah diganggugat oleh pemerintah dan pemansuhan undang-undang era Najib yang bersifat kuku besi dan mengambil-alih kuasa Raja-Raja Melayu.

Selain itu DR turut mempersoalkan GST, kos sara hidup yang melambung tinggi dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.

Pemimpin politik yang hadir adalah dari UMNO, PKR, DAP, PAN dan juga dari PAS. Sehingga hari ini PAS tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang menandatangani deklarasi itu kerana diterima bahawa mereka hadir sebagai individu dan tidak mewakili parti.

Jika PAS menerima hakikat bahawa pemimpin mereka yang menandatangani DR adalah atas kapasiti sebagai individu, mengapakah pemimpin lain tidak dianggap hadir dalam kapasiti individu.

Mereka yang menanda tangani DR juga menerima bahawa yang perlu diturunkan ialah Najib dan jika Najib meletak jawatan, pemimpin yang mengambil-alih sebagai Perdana Menteri mestilah menerima sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dalam lain perkataan, berdasarkan majoriti yang ada pada BN dan UMNO di Dewan Rakyat, perletakan jawatan Najib tidak akan membawa kepada kejatuhan Kerajaan kecuali ahli-ahli BN dan UMNO turut tidak bersetuju dengan pemimpin ganti dari UMNO dan BN.

Ini juga bermakna, penanda tangan DR menerima bahawa perubahan Kerajaan hanya akan berlaku di pilihanraya umum ke 14.

Ini juga menunjukkan bahawa kesemua yang menanda tangani DR menolak Najib dan dia ditolak kerana skandal 1MDB dan wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya.

Jika diteliti, amat jelas DR tidak ada politik kepartian, tidak ada sebarang pakatan untuk menjatuhkan kerajaan ataupun kepimpinan Melayu Islam atau menukar dasar-dasar Islam yang sedia ada.

Selain itu, jika Najib turun, DR itu secara sendirinya terbubar dan ahli-ahlinya terus bersama parti politik pilihan mereka.

Dari segi mana sekalipun, ini berbeza dengan PAS semasa bekerjasama dengan DAP di dalam BA dan PR yang mahu untuk menjatuhkan kerajaan samada menerusi pilihanraya ataupun demonstrasi jalanan seperti tahun 1998.

Selain itu kenyataan Haron Din bahawa bersahabat baik dengan musuh Islam (dalam konteks Haron Din ianya ialah DAP) “kita akan jadi seperti mereka” agak bercelaru. Ini kerana Dr Mahathir baharu sahaja “berkenalan” dengan pemimpin DAP berbanding pemimpin PAS dan Haron Din dan itupun semata-mata kerana DR dan tidak dalam satu wadah pakatan politik .

Mungkin kerana Haron Din sudah seperti musuh Islam kerana terlalu lama bersama mereka maka dia sudah lupa bahawa skandal Najib dikeji oleh Islam dan akibatnya telah membuat Melayu Islam satu bangsa yang jelek dan hina.

Jika Haron Din pemimpin yang benar memperjuangkan Islam, dia pasti bersama Dr Mahathir dan menolak Najib dan bukan sebaliknya.


APAI KECIL MALAYA

Nota: Apai Kecil Malaya adalah pembaca blog ini. 


Thursday 23 June 2016

1MDB / PetroSaudi - Apa kesudahan kes Justo ?

Masih ingatkah kita akan siasatan Polis Di-Raja Malaysia keatas bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo? 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri telah mengetuai siasatan terhadap tuduhan cubaan menjatuhkan kerajaan yang dilemparkan terhadap eksekutif syarikat Petro Saudi yang bergelumang dalam skandal 1MDB. 

Pelbagai pengumuman dan laporan yang mengejutkan rakyat Malaysia dilemparkan terhadap Justo yang pada ketika itu ditahan oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan peras ugut terhadap bekas majikannya. 

Ada juga laporan yang mengait serta menakut-nakutkan beberapa individu dalam negara yang konon-nya bersubahat dengan Justo untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. 

Percubaan menjatuhan kerajaan adalah satu kesalahan yang amat serius dan sudah pasti pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara sendiri telah menjalankan siasatan yang terperinci. Apa kesudahan siasatan terhadap Justo itu?  

Justo masih terpenjara di Thailand atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya dan bukan atas kesalahan lain yang lebih serius.

Rasanya segala kenyataan yang dikeluarkan pihak polis dan pemegang jawatan awam yang lain sebelum ini yang begitu prihatin tentang 'cubaan menjatuhkan kerajaan' bukan kenyataan politik semata-mata.

Kesangsian bahawa tuduhan terhadap Justo dari pihak berkuasa Malaysia hanya mainan politik untuk melindungi Perdana Menteri Najib Razak serta mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB harus dilenyapkan segera. 

Pembohongan demi pembohongan berkenaan Justo dan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan yang dilemparkan oleh pencipta fitnah dan penulis murahan seperti Raja Petra Kamarudin (yang hidup hina sebagai pelarian di UK) dan rakan pelacurannya diMalaysia nampaknya telah lenyap ditelan pembohongan mereka yang lain.

Pastinya setelah hampir SATU TAHUN sejak tuduhan 'cubaan menjatuhkan kerajaan' dilemparkan terhadap Justo dan individu-individu tidak dikenali dari dalam negara, pihak Polis telah berjaya menyiasat kesahihan tuduhan-tuduhan tersebut. 

Rakyat berhak mengetahui perkembangan siasatan yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Negara yang telah bergegas ke kota Bangkok untuk mengenalpasti dalang cubaan menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Yang pasti kerajaan yang didakwa cuba dijatuhkan oleh Justo dan lain-lain masih berdiri dengan ber-Perdana Menteri-kan seorang individu yang diketahui terlibat secara langsung dalam skandal kewangan antarabangsa 1MDB dan bergelumang dalam pelbagai salahlaku lain. 

Dalam perkembangan terbaru, peguam Justo di Singapura telah menarik diri dari mewakili bekas eksekutif PetroSaudi itu ekoran pegunduran firma guaman utama beliau dari Geneva, Lalive. 

Peguam Singapura berundur daripada kes saman Justo terhadap pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong. 


In court papers filed to seek the discharge from representing Justo any further, lawyer Clement Ong explained that Justo's principal lawyers from Geneva-based law firm Lalive had told them they were no longer acting for Justo.
Lalive had appointed the Singapore lawyers to pursue Justo's case here, but since the former had dropped out, they (Singapore lawyers) would no longer be in a position to obtain further instructions on what to do in the case, he added.
Mr Ong explained that since Justo was in a Bangkok prison, taking instructions from him directly would be "inexpedient and not reasonably possible".
It is understood the withdrawal move without a lawyer replacement could mean the end of the Singapore court suit. - The Straits Times  
Jika segala tuduhan 'cubaan menjatuhkan kerajaan' terhadap Justo dan individu lain itu berasas, pastinya pihak berkuasa boleh memulakan pendakwaan diMalaysia secepat mungkin.

Rakyat ternanti-nanti akan hasil siasatan yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Pastinya rakyat ingin mengetahui secara lebih terperinci bagaimana seorang bekas pakar IT dari syarikat Petrosaudi (yang berkait rapat dalam skandal 1MDB) boleh bersubahat dengan beberapa rakyat Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. 

Ada juga yang bertanya jika Justo didapati ada menyimpan hajat untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri setelah menjatuhkan kerajaan Malaysia? 

Kebenaran pasti akan datang dan menang sedangkan kebatilan pasti akan lenyap. Insyaallah!

p/s 

1Malaysia Dah Bodoh? Tak mungkin.


Wednesday 22 June 2016

Leaders don't create fake followers Mr Prime Minister

After Twitter its Facebook. What next?
GO check out Najib's followers
In our comparison of eight political leaders from the US, Australia, Malaysia, India, Thailand, Japan, Singapore and Vietnam, Malaysian Prime Minister Najib Razak topped the list for having the largest proportion of fake followers.
A recent check using Fake Follower Check showed a whopping 70 per cent of Prime Minister Najib’s 1.41 million followers were fake. - MELDMAGAZINE



The above was Najib Razak's achievement in microblogging site Twitter. What about Facebook?

We have seen a lot of comments on Najib's FB with #RespectMyPM hashtag. Many tend to dismiss them as comments posted by fake accounts to create the impression that PM has a lot of support among the youth.

But how do we know for sure? Read more to have your doubts cleared.

Take this posting:
Just take a random comment... in this case someone called Hanis Hanisa. It seems that she created the account in the middle of May this year. And her profile picture looks sweet enough.

Do a bit more ground work, and you'd realise that she's actually a pretty lass, said to be from Terengganu who's got over 123,000 followers on Instagram under @adirasalahudi. The picture used as "Hanis Hanisa's" profile photo on FB originated from here, which already has over 2,000 likes on Instagram.

Ok, jom survey gambar lain pulak. Tengok gambar ni.
Kau rasa handbag Helen Clark lagi mahal ke, Rosmah punya lagi mahal? Eh, itu trick question! Kau tengok seorang lagi bernama Daniel Xixii komen #RespectMyPM

The person bearing that image is actually Hasan Santiago. That picture was sourced from Myspace (social media platform long dead now) and the dude lived in Brooklyn, New York, not Kajang as what Daniel Xixii claimed.
Did you realise that Daniel Xixii also created the FB page in mid-May? That's the same time as Hanis Hanisa, whose bodek-ing comment also appeared in this Helen Clark's post, right below Daniel's. Coincidence? Hmmm....

Let's look at the third posting below:
This chap goes by Amar Amri. If you can't see his FB profile picture, click here. But hold on.... perhaps this guy's actual name is Syafiq Syazwan and has a Twitter account here. Either Syafiq or Amar has a split personality or one person is taking another's profile picture without permission.

Seemingly, Amar's FB account was created in April this year... and the best part was, look what he posted on 26 April:

Is Amar Amri / Panglima Cyber Bugis / Anak Buah Mat Maslan trying to drop us some clues? Someone should also teach him how to spell swear words correctly.

Almost all the highly questionable FB profiles have been set to restricted public access ie if you are not friends with him / her, you can't see their postings. Which is kinda uncharacteristic of young people these days as they crave for attention, even from strangers. Most people from that age group would open up their FB accounts for the world to see.

The list of fake accounts go on and on and on. But I guess the few examples above suffice to conclude that, YES, the most powerful man in Malaysia is being propped up via fake Facebook accounts.

Selamat menyambut bulan yang mulia!

Note: Najib's fake FB dwellings were researched and submitted here by reader Zianah Zain following the Australian magazine's expose of the Malaysian Prime Minister's fake Twitter followers. 

I doubt such cheapskate propaganda and manipulation stops at Twitter and Facebook. We should keep an eye on the voters registry as well. 


p/s Thank you Zianah Zain. How to #RespectMyPM lah kalau menyangak macam ni?