Monday 12 June 2017

Kenapa samseng Umno hina Sarawak ?


Nampaknya kelakuan kurang ajar tanpa adab, melampaui norma dan tatasusila manusia bertamadun sudah menjadi perkara biasa. Dahulu kelakuan demikian hanya terhad kepada penjenayah dan samseng jalanan kini tetapi kini ianya telah merebak ke peringkat atas.

Dari penyampu sampah yang meroyan mengaku dirinya imam kepada Perdana Menteri yang menghina rakyat sebagai bangsat dan menteri mengaku dirinya samseng, kelakuan kurang ajar ini sedang tular. 

Kejadian terbaru yang amat memalukan rakyat Malaysia adalah tindakan menteri KANAN Umno Nazri Aziz yang menghina seorang pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) dimajlis sempena bulan Ramadan.  

Walau apa pun perkara yang diulas atau didebat kata-kata yang dilemparkan Nazri terhadap Karim, yang juga seorang menteri kerajaan Sarawak, jelas tidak beradab dan amat kurang ajar. 

'Nak jadi samseng belajar dengan saya'
Nazri merujuk kepada fakta bahawa Abdul Karim baru sahaja menyertai kabinet Sarawak tahun ini dan masih kurang tahap 'kekananan' dalam kerajaan.
"Dalam politik ini jangan cakap besar, you cakap besar you nak tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi.
"Saya takkan benar dia bersikap samseng begitu. Saya menteri lama dah.
"Kalau tak faham, jumpa saya dulu, tanya. Jangan baru jadi menteri dah jadi samseng. Nak belajar jadi samseng belajar dengan saya," sindir Nazri. - LAPORAN PENUH 
KENYATAAN Nazri, seperti laporan di-atas, menimbulkan persoalan kenapa Ahli Majlis Tertinggi Umno ini sanggup menghina seorang pemimpin kanan kerajaan Sarawak secara terbuka? 
Karim Hamzah bukan budak yang baru setahun jagung dalam kerajaan Sarawak ataupun politik Bumi Kenyalang yang ditunjangi parti PBB.

Apakah kedudukan atau status Sarawak dan khususnya PBB dimata Umno hari ini sudah begitu teruk sehingga boleh dihina tanpa adab di majlis berbuka puasa di bulan Ramadan? 

Nazri bukan setakat menghina malah mencabar pemimpin PBB itu hanya kerana beliau bersuara mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak. 

"you cakap besar you nak tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi" - maknanya Umno parti samseng, bukan begitu? 

Apakah dalam doktrin Umno hari ini parti komponen Barisan Nasional lain yang bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dianggap 'samseng' dan oleh itu Umno berhak bertindak 'samseng' menghina komponen BN lain?  

Apa pun yang diperjelaskan selepas ini dengan tujuan 'damage control' akibat keceluparan Nazri yang nyata maruah Sarawak dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak sudah tercalar. 

The ball is now in Sarawak's court. You can either stand up to defend your pride and rights or be an obedient servant and learn how to be a bigger 'samseng' from Umno. 

Keputusan ditangan kerajaan negeri Sarawak khususnya ditangan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. 

Penghinaan terbuka terhadap Sarawak dan pemimpin kanan kerajaan negeri oleh pemimpin kanan Umno bukan perkara kecil yang boleh diketepikan begitu sahaja. 

Abang Jo Ketua Menteri Sarawak tidak perlu berlagak samseng atau menghina sesiapa untuk mempertahankan hak dan maruah Bumi Kenyalang, tetapi jika tiada tindakan atau ketegasan yang menyusul maka peribahasa lembu dicucuk hidung mungkin akan jadi mainan dibibir rakyat. 


p/s 

Untuk makluman, penghinaan sebegini tidak pernah berlaku ketika Tun Pehin Sri Taib Mahmud ataupun Tan Sri Adenan Satem menerajui PBB dan kerajaan Sarawak. Kenapa sekarang? 

  


26 comments:

Anonymous said...


If Adenan Satem is still CM Nazri Azis can kiss his arse good bye. He would never be able to set foot in Sarawak again. May Adenan RIP and the new CM walk his talk.

Anonymous said...

I have watched the video at Malaysiakini portal and to be fair to Nazri what he said actually perfectly makes sense. Tourism probably falls under state jurisdiction but taxes is federal matter. Maybe he was too honest, too upfront with his commentary which came across as uncouth. Maybe the tone and the manner he delivered might looked arrogant and rude which was not surprising since it's just classic Nazri. That the way he speaks.
Love him or hate him, everyone knows that's the way he expresses his opinion. Pretty much like David Teo. The only different is there is no Mat Over around to teach him some manners. His counterpart in Sarawak is not actually blameless. Is that the way you want to sort out this issue by playing to the gallery? You think it can be resolved by going public with it under the glare of the media?
I wonder why Sabah, the other Borneo state don't make much fuss about it since there's more tourists spots over there and received even more tourists than any other states in Malaysia.
Nazri has been around the blocks since 1990s and he deserves some reverance. Since you're new to your portfolio, why don't you hop on the plane and come over here in the peninsular meeting him if you have any grievances regarding the new tax. Bring your officials and have some discussion. If it still not work out then go to the higher offfice that is between heads of government.

Anonymous said...

Nazri menteri samseng n bangang yang menjadi beban pd umno..najib perlu halau keluar dia dr kabinet..dia jd samaeng n dia jd menteri sbb undi dr sarawak, itu dia kena faham..klu sarawak tarik diri dr undi bn nazri akan jd pembangkang..tak guna jd mentari lama klu bangang dlm kata2...

Anonymous said...

Nazri dh lupa jasa org Sarawak k BN?
Kemenangan BN bnyk Sarawak yg tolong menangkn
Molot celupar Mentri ni patut d ajar org Sarawak
Klu Tak krana orag2 Sarawak Nazri Tak boleh jadi Mentri.
Sedarlh diri Nazri.
Kacang lupakn kulit

Anonymous said...

As a Sarawakian, I demand an apology from this so called UMNO gangster. Action too must be taken by the Sarawak Govt to ensure this gangster does not treat the state govt as Pak Turut.

Anonymous said...

Just wondering how this stupid IQ 0 scumbag could be elevated to a ministerial position.He could not even rationalise the issue as a man,more so as a governing politician with ministerial position.
Sarawakians are fed up and angered with this unruly bad treatment of their respected matured representative
and demand outright apology not only from him but UMNO as the keeper of this bloody moron..this is the kind of character that should not be allowed to let loose by UMNO when their leadership survival is much dependent upon us,PBB to back their position.

Anonymous said...

Nazri aziz tak patut jadi menteri tapi jadi samseng kampung. Cara cakap pun mcm budak bermasalah walaupun dah lama jadi menteri. Tak perlu lama jadi menteri, tapi yang org tengok adalah sumbangan kpd negara dan rakyat walaupun setahun jgung jadi menteri. Puluh tahun jadi menteri tapi menyusahkan rakyat bukan ada guna pun.

Tak payah sombong sangatlah nazri, nampak sangat dah tua tapi tak matang. Kalau tak blh terima pendpat org lain cakaplah dengan cara seorang menteri yang berilmu dan berpendidikan sbb kau dibayar gaji utk jd menteri bukan jadi samseng. Tak sekolah ke menteri ni.

Kau tunggu menteri sarawak tunjuk belang. Menteri sarawak lebih bijak membela rakyatnya dari org mcm nazri.

Anonymous said...

Sarawak is being treated as a colony of Malaya. The natives need to be civilized! By Gangsta Nazri. He is slightly higher in the hiearachy than Jamal. Below that is that buntot dancer Ali Tinju. Somewhere in the mix is Katak Gigi Baru buatan London.

Anonymous said...

Nazri aziz kau dibayar gaji untuk jadi menteri bukannya jadi samseng. Seorang yang menjadi menteri dan berilmu sepatutnya malu mengatakan dirinya samseng, sbb yang mengaku samseng ni org tak ada ilmu dan tak matang.

Anonymous said...

7.04,

I totally disagree with you. I hope sarawakians irrespective of race and religion will come out strongly and NOT only to teach people like NAZRI but you a--ho__.

Unknown said...

that kind of person you said Classic ??? worst than an Educated Idiot anytime outside unknown will surely have a Real Fight

Anonymous said...

Nazri will not be the so called senior minister if there is no contribution from BN Sarawak of the last GE. Since GE14 is just around the corner i think people shd give this so called senior minister a good lesson.

Anonymous said...

sabah oso said bye bye so how?

Anonymous said...

Orang jadi samseng sebab duit duit duit duit duit dan duit.

Anonymous said...

Pelik nazri ni kat mana yang menteri sarawak hina dia.
Dalam islam pun kita sentiasa ingat mengingatkan wlupn kita tau org lain pun tau.

Kau rasa terhina sebab kau menteri senior jd menteri junior tak boleh beri pendapat pd kau. Ni masalah senior nak cuba buli junior lah. Klu menteri lain beri pandangan pun dah rasa terhina mcm mana nak jadi wakil rakyat dan dengar pendapat rakyat. Siapalah yg undi dia ni.

Nazri ni ada masalah mental ke atau dah nyanyok tak tau beza pendapat dan hinaan. Kau ingat kau ni serba tahu ke sampai org tak blh bg tau.
Mangkuk punya nazri. Ckp mcm org tak sekolah tp sombong mcm dia tau semua.

Kerajaan sarawak sila ajar nazri betul2. Sekolahkn dia. Ni yang selalu org cakap bodohh sombong.

Anonymous said...

Bila tengok video dengan pakaian spt seorang pencetus ummah, tp bila dah cakap mcm syaitan.

ahmad ibrahim said...

nazri aziz ni kn barua kepada najib yg songlap duit rm2.6bil tu

Anonymous said...

Nazri kalau nak jadi bapak samseng sila tukar nama tu jadi Nazi Najis. Kau nak apa kau cakap org mesti stuju sama mcm pemerintah kuku besi sama mcm nazi.

Aku tak taulah kau ni apa sumbangan kau kat rakyat dan negara, selama ni pun kau jd menteri dah bertahun2 pun ada dgn tak ada sama je. Sbb tu najib suruh kau jd menteri pelancongn suruh kau jalan2 kesian tak ada kementerian lain yang sesuai dgn kau. Mungkin tunggu jawatan menteri di Kementerian Samseng Malaysia agaknya.
Suka dia org kata dia samseng, tak tau orang perli.

Dulu Tun M pun kau nak lawan, tokoh yg lagi lama jd menteri dan lama jd PM. Akhirnya nazri jadi tikus.

Menteri pelancongan sarawak ajak si nazri ni debat, nazri ni cakap belakang je berani. Lagi org cakap mcm samseng ni sebenarnya tak ada ilmu nak jawab. Ajak debat baru tau beza samseng dgn org yg tau undang2.

Hotel pun nak di cukai, kat situlah kita nampak nazri gagal jadi menteri pelancongan sbb tak ada cara lain dia ada untuk jana pendapatan. Jalan terakhir ambil mudah kenakan cukai. Cukai tu blh kata dah tak ada jln lain. Kata dah lama jd menteri, tp kaedah menyusahkn rakyat juga yg kau ada.

Anonymous said...

Si botak otak kosong ni aku tak terkejut dia cakap kurang ajar sebab memang dia tak ada ilmu nak jawab. Orang yg tak ada ilmu memang akan jawab mencarut nasib baik tak bertumbuk. Kalau budak kita boleh sindir budak baru nak up. Tp klu dah tua ni nak kata org tua baru nak up pun tak sesuai. Mungkin org tua baru nak nyanyok.

Tp yang aku terkejut adalah kat mana kelayakan dia boleh jadi wakil rakyat dan menteri adakah di batu cincinnyakah atau tahi lalatnyakah?

Buat semak je dia ni jd menteri. Dulu di sound sultan tau pulak ko takut. Jumpa depan2 dgn Tun M tau pun kau membisu. Aku yakin suatu masa nanti kesombongan nazri ni akan jadi bahan lawak generasi akan dtg.

Anonymous said...

This fellow is nothing more than a 'barua' to the chief thief

Anonymous said...

Ini akibat kn sumpahan rakyat... Dah mula jd biul...

Anonymous said...

Aku berpendapat bahawa parti di bawah kerajaan BN sarawak sepatutnya keluar dari BN dan tubuhkan gabungan parti di bawah Parti Rakyat Sarawak.
Ini kerana sejak Legacy Tok Nan kita lihat pemimpin2 sarawak yang ada benar2 mahu membela dan memajukan rakyat dan negeri sarawak berbeza dengan generasi PM Najib.

Tak perlu bergantung pada BN, dan baru menteri sombong mcm nazri ni tau dia boleh hilang kuasa sbb di semenanjung pun BN dah tenggelam cuma harapkan oksigen sabah dan sarawak. Sebenarnya sabah sarawak boleh menentukan perubahan corak politik di malaysia jika mereka mahu di mana politik kerajaan pusat sekarang menyusahkan rakyat.

Kalau samseng kita lihat banyak duit kaya raya, tapi dgn cara mudah iaitu peras ugut dgn wang perlindungan, menipu. Jadi agak logik jugalah kalau menteri kata dia samseng, otak tak ada ilmu pelaburan dan jalan mudah untuk dpt duit dengan mintak cukai. Kalau nak laksanakan cukai bukan setakat bincangn diparlimen tapi bincang bersama rakyat sbb yang banyak jadi mangsa adalah rakyat. Singkat betullah ilmu menteri sekarang. Kata malaysia ekonomi terbaik asia, ekonomi berada dilandasan betul, pendapatn GST meningkat tapi mana pergi semua tu?
Keuntungan cukai tak payah bangga sangatlah sbb cukai lambang menyusahkan rakyat. Rakyat tak rasa pun kesenangan malah makin susah adalah.
Kalau dah tak ada idea nak jana pendapatan, nak jg cukai lepas ni buat cukai udara, cukai air, cukai tidur, cukai bangun, cukai mati. Tak payah buat banyak2 kementerian buang duit je gaji menteri, tapi kita buat ke kementerian Cukai Malaysia dibantu oleh kementerian samseng Malaysia.

Anonymous said...

TRUTH CAN NEVER BE HIDDEN! LIES & DENIALS & $$$ R THE DEVIL'S TO STAY IN CONTROL......

Anonymous said...

Selamat datang ke Sarawak.

Anonymous said...

Tiba jua masa umno bn hancur lenyap. Pakatan harapan cipta model baru Malaysia maju telus adil cekap

Anonymous said...

Abdul Karim Rahman Hamzah rakyat satu Borneo sentiasa bersama anda.