Tuesday, 21 March 2017

Nothing2Hide2 - Padang Rengas bacul ?


POLIS menolak permohonan Kumpulan Media Karangkraf untuk menganjurkan acara debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. - Datuk Hasnan Hassan 
IPOH: Polis menolak permohonan Kumpulan Media Karangkraf untuk menganjurkan acara debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dicadangkan diadakan pada Sabtu ini. - BH 

Padang Rengas pun tak selamat jugak?
Menepati jangkaan ramai, debat yang dinanti-nanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ini besar kemungkinan akan dibatalkan. 

Ini kali kedua debat yang tertumpu kepada skandal 1MDB dibatalkan atas alasan keselamatan dan sebab-sebab teknikal yang lain. 

Debat #Nothing2Hide pertama di antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 5hb Jun, 2015 dibatalkan pada minit-minit terakhir apabila Najib tidak muncul. Alasan keselamatan juga digunapakai walaupun venue debat adalah di PWTC Kuala Lumpur.

Kegagalan Najib untuk berdepan dengan Dr Mahathir dalam wacana/debat #Nothing2Hide itu masih mencerminkan kebaculan presiden Umno itu hingga ke hari ini.

Besar kemungkinan debat/wacana di Padang Rengas pada kali ini akan dibatalkan, atas alasan yang sama, melainkan Nazri berjaya meyakinkan pihak Polis untuk memberi kelulusan.

Sebenarnya halangan dari pihak berkuasa ini sudah dijangkakan dari titik permulaan lagi kerana pengalaman #Nothing2Hide pada tahun 2015. Mana mungkin ada tempat yang 'lebih selamat' dalam negara kita jika PWTC dimana ibupejabat Umno tersergam pun boleh dianggap tidak selamat untuk program wacana mengenai 1MDB. 

Halangan terhadap wacana berkenaan skandal 1MDB ini bertambah jelas apabila menteri kerajaan dan jurucakap Umno 'memutuskan' hubungan dengan Nazri. Mereka membuat kenyataan bahawa Ahli Parlimen Padang Rengas ini tidak mewakili kerajaan ataupun Umno dalam wacana/debat ini. 

Rakyat nampak akan kegusaran dipihak pendukung Najib dalam kerajaan dan pengampu tegar presiden dalam Umno. Kegusaran akan perbincangan terbuka skandal 1MDB Najib Razak amat ketara.

Namun penganalisa dan pemerhati politik menyimpan sedikit harapan apabila Nazri memberitahu media bahawa beliau telah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan pihak KDN tidak mempunyai apa-apa halangan atau masalah dengan wacana/debat bersama Dr Mahathir di Padang Rengas. 

-
Menurut Nazri, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, beri jaminan akan meluluskan permohonan permit daripada pihak penganjur.

“Ya betul. Baguslah sebab saya sudah jumpa dengan TPM (Zahid) pada Khamis lepas di Parlimen.

“Jadi dia tahu tentang perbahasan ini dan dia kata dia akan bagi jaminan bahawa permit akan diberi. Sebab itu saya tidak bimbang sangat, dia sudah beritahu awal-awal akan bagi permit,” katanya kepada FMT.
-

Hari ini lain pula certitanya, lebih kurang seperti #Nothing2Hide pada tahun 2015. Nampak seolah-olah janji Timbalan Perdana Menteri pun sudah tidak boleh dipegang.  

Ada rakan yang berpendapat Nazri tidak berani berdepan dengan Dr Mahathir dan telah menggunakan pihak berkuasa untuk membatalkan wacana/debat ini. Saya tidak berapa setuju dengan pendapat ini. 

Pada pendapat saya inilah perbezaan diantara Nazri Aziz dan Najib Razak. Nazri bukan bacul.

Nazri mungkin sedang cuba untuk menegakkan benang yang basah demi kelangsungan politik dan untuk menyelamatkan Najib dari dihadapkan ke muka pengadilan, tetapi Nazri Aziz yang saya kenali bukan jenis manusia bacul yang mengharapkan jurucakap seperti Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan untuk melindunginya.

Oleh sebab inilah saya berpendapat wacana/debat di antara Dr Mahathir dan Nazri berkenaan skandal 1MDB dan jenayah Najib boleh dan akan diteruskan dengan perancangan yang lebih baik. 

Jika Ahli Parlimen Padang Rengas tidak berjaya meyakinkan pihak Polis mungkin debat/wacana ini boleh diadakan ditempat/tarikh lain dalam keadaan yang lebih 'selamat'. 

Jika perlu kita boleh mengadakan wacana/debat ini disalah sebuah dewan didalam kawasan Ibupejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman, Kuala Lumpur. 

Kita sewa dewan dari PDRM, soal keselamatan tidak mungkin muncul dalam kawasan Bukit Aman.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pun boleh turut serta dalam wacana/debat yang dicadangkan di Bukit Aman ini... jika Najib bukan bacul.  


p/s 

Yang pasti Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersedia sejak sebelum #Nothing2Hide yang pertama pada tahun 2015. 



Saturday, 4 March 2017

Perdana Menteri PEMBOHONG



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap bohong tanpa segan silu dihadapan orang ramai. 

Ini bukan kali pertama Najib berbohong untuk mengelirukan rakyat tetapi isu hak milik tanah di Forest City Johor adalah antara pembohongan besar yang melibatkan isu kedaulatan negara.
“Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.
“Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban,” katanya semasa berucap merasmikan program “Jom Bantu Rakyat” di Desa Pandan di sini hari ini. - FreeMalaysiaToday

Dalam laporan yang disiarkan pada 20hb Januari yang lalu Najib berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Forest City adalah fitnah.
Di bawah adalah bukti yang disahihkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Forest City pagi tadi.


Siapa sebenarnya yang bercakap bohong dan berusaha memperdaya rakyat Malaysia, khususnya orang Johor, akan kedudukan sebenar pembangunan Forest City dan penglibatan pihak berkepentingan?

Penjualan terus kawasan pesisiran laut yang ditambak menerusi hak milik kekal kepada warga asing bukan isu kedaulatan negara? Rakyat wajar berfikir secara serius dan jangan hanya berharap kepada pagar yang sudah makan padi. 

Setelah diberi hak milik kekal, Najib Razak telah meluluskan Forest City sebagai kawasan bebas cukai. Siapa yang bakal memperolehi manfaat dari status bebas cukai kawasan yang dimiliki orang asing? 

Rakyat wajar berfikir tanpa dikaburi sentimen bangsa, negeri atau perkauman. Jangan takut menegak kebenaran.

Pembohongan demi pembohongan yang di ulang tayang demi untuk menegak kebatilan tidak mungkin akan berjaya. Rakyat harus berfikir berdasarkan fakta agar nasi tidak menjadi bubur dan kita menyesal dikemudian hari.  

Yang sanggup berkomplot menukar status bumiputera kepada bukan bumiputera pun bukan orang lain.

Maklumat selanjut berkenaan Forest City di-SINI. Mungkin Datuk Seri Khaled Nordin boleh keluar dari kepompong menjelaskan isu ini jika peranan beliau bukan sekadar budak suruhan.

Ancaman terhadap kedaulatan dan hak negara tidak terbatas kepada projek mega negara China di Forest City Johor.

Kerajaan negeri Melaka dibawah pimpinan Datuk Seri Idris Haron juga, berdasarkan bukti hitam putih, telah memberikan hak milik kekal untuk kawasan pesisir pantai seluas 609 ekar yang ditambak. 

Idris Haron masih belum menjelaskan bagaimana kawasan pesisir pantai kita boleh diserah kepada pihak lain dengan hak mutlak milik kekal, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pegangan orang asing. 

Mungkin Idris Haron masih sibuk berhadapan siasatan SPRM di bumi Hang Tuah tetapi isu pemberian hak milik kekal untuk kawasan pantai yang ditambak ini harus diperjelaskan secepat mungkin. Ini soal kedaulatan negara, bukan soal cantas mencantas dalam parti jualan langsung.

 p/s 

Banyak juga duit yang masuk kedalam akaun bank peribadi pemimpin dan anak-anak mereka di Johor dan Melaka ni. Negeri lain macam mana?