Monday 28 March 2016

Kongres Rakyat - Rakyat semakin matang


Kongres Rakyat telah berlangsung dengan baik pada petang Ahad 27hb Mac 2016 di Shah Alam Convention Centre. 

Kongres Rakyat, yang berteraskan Deklarasi Rakyat, sebenarnya berjaya kerana sokongan padu pelbagai lapisan rakyat serta pemimpin. 

Rakan wartawan media luar negara yang membuat laporan perjalanan Kongres Rakyat bertanyakan kepada saya 'Apa sebenarnya kejayaan Kongres Rakyat'? 

Saya terdiam seketika. Apa sebenarnya kejayaan perkumpulan pelbagai lapisan masyarakat, kaum serta pemimpin pelbagai rupa dan fahaman ini? 

Seorang lagi wartawan tempatan yang agak lama menulis disana sini, menyampuk. "Kongres macam biasa sahaja. No spark," kata beliau. 
Selepas Deklarasi Rakyat ditandatangani tempohari wujud pelbagai tohmahan, fitnah serta propaganda untuk memperkecilkan semua pemimpin utama yang mendukung deklarasi tersebut. Suara-suara sumbang yang mengulangi tohmahan tanpa usul periksa pun ada juga tetapi hanya segelintir.

Antara propaganda murahan awalan adalah arahan khusus kepada kepala-kepala media pemakan dedak agar segala berita berkenaan Deklarasi Rakyat diputarbelit untuk mengelirukan rakyat. 

Deklarasi Rakyat dicanang sebagai Deklarasi Mahathir-Kit Siang oleh TV3 dan pemakan dedak yang seangkatan dengan mereka.

Se-akan merobek topeng mempamer wajah sendiri yang hodoh, mainan jahat mereka yang gusar dengan Deklarasi Rakyat nyata gagal.  

Yang jelas rakyat Malaysia sudah mampu berfikir sendiri. Rakyat tahu pemakan dedak adalah golongan minoriti yang amat kecil dan amat mudah untuk ditumpaskan bila rakyat bersatu dan bangkit menentang. Kerana itu kesatuan rakyat sebegini digeruni.  

Rakyat yang waras tidak tertipu dengan propaganda murahan bahawa pemimpin Melayu yang gila kuasa telah bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan DAP untuk menumbangkan 'kerajaan Melayu'. 

Sebahagian besar orang Melayu, walau di bandar atau di desa, tidak terpedaya dengan cubaan menakutkan mereka dengan fitnah serta tohmahan berunsur perkauman. Zaman itu sudah berlalu. Malaysia kita semakin matang. Yang masih belum matang hanya penyamun dan juak-juaknya. 

Inilah kejayaan mutlak Kongres Rakyat. Walau cuba ditikam dan ditolak dari pelbagai sudut, dari luar dan dalam, hampir kesemua mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat telah tampil bersama sekali lagi. Kesatuan pemimpin-pemimpin dari pelbagai aliran ini semakin utuh. 

Tidak ada sedetik pun nada 'apologetic' atau rasa bersalah yang kedengaran dari mana-mana pemimpin politik, badan bukan kerajaan atau aktivis yang menandatangani Deklarasi Rakyat, sepanjang lima jam mereka bersama dalam perjalanan Kongres Rakyat. 

Perbezaan telah berjaya diketepikan sepenuhnya. Kepentingan rakyat dan negara telah mengatasi segala yang lain. Alhamdulillah!

Kongres Rakyat adalah kejayaan rakyat dalam mencorak politik tanahair yang lebih matang. Ianya pasti satu kejayaan kerana hanya suara desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan yang kedengaran apabila perkumpulan bersejarah ini berakhir pada lebih kurang pukul 7 malam. 

Suara yang semakin lantang dan kedengaran diseluruh pelusuk tanahair ini akan dipersembah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu menerusi jutaan tandatandan rakyat yang mendukung Deklarasi Rakyat

Ayuh! Marilah kita Selamatkan Malaysia. Tiada siapa yang akan bangkit untuk menyelamatkan negara ini kecuali kita.  

#SelamatkanMalaysia 
#DeklarasiRakyat
#KongresRakyat2016


p/s  

It is impossible to feel any spark if your heart and mind is often misplaced.


27 comments:

  1. Alhamdulillah dan Tahniah.

    Kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Mari kita tempuh masa depan yang lebih baik dan bermaruah.

    Berintagriti dan Jati Diri yang tulin.


    Perjuangan diteruskan.

    ReplyDelete
  2. Muhyiddin patut berani menggerakkan usaha merampas kuasa dalam UMNO.Kenapa takut sekiranya kita yakin yang kita di pihak yang benar?Kita adalah teramat DAYUS bila hanya melihat dan membiarkan sahaja penjahat menguasai UMNO.Najib dan kabinetnya itu bukanlah UMNO,ini sangat jelas.Bagi saya ini bukan permainan politik lagi,...ini adalah pengkhianatan tahap paling hina oleh orang yang diberi amanah.Raja-Raja Melayu sepatutnya saat dan ketika inilah bertindak demi kedaulatan negara.Malangnya majoriti mereka masih bersikap seperti zaman dulu ketika menggadaikan tanah kepada Inggeris,sehinggalah munculnya Dato' Onn Jaafar.Raja Nazrin Shah jelas murka dengan Najibur,yang lainnya duduk selesa disinggahsana.Kamu semua menjadi raja dan pemimpin kerana adanya rakyat.Jangan lupa itu.Tanpa kedudukan itu,kamu cuma manusia biasa.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Budak2 usah masuk campur urusan orang2 tua. Nah..ambik senget (seringgit), pergi main jauh2.

      Delete
  4. Tun M semasa menjadi PM nak anak beliau menjadi millionaire. Sekarang dah pencen nak Mukhriz jadi PM. Iutlah matlamat sebelum tutup mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tak cukup dedak atau nak minta lagi dedak. Kesiaaan..

      Delete
    2. Ko ckp kat org najib,dia org percaya... Gi cepat.

      Delete
    3. Anak TDM berpuluh tahun jatuh bangun sebelum jadi milliionaire, ada syarikat berdaftar & laporan kewangan audit serta membayar cukai korporat.

      Menantu Pak Lah,KJ bermodal air liur basi jadi broker sekelip mata jadi jutawan segera.

      Najib, Rosmah & Reza tanpa syarikat, tanpa modal ada harta berkoyan-koyan di luar negara dan duit melimpah ruah dalam akaun peribadi masing2 berjumlah ribuan juta (billion).

      Delete
  5. The Seven Social Sins are:

    "Wealth without work.
    Pleasure without conscience.
    Knowledge without character.
    Commerce without morality.
    Science without humanity.
    Worship without sacrifice.
    Politics without principle."


    From a sermon given by Frederick Lewis Donaldson in Westminster Abbey, 1925.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think the quotes were from Mahatma Ghandi

      Delete
    2. Whether an Englishman said it or an Indianman said it, the words sure ring true about the naughty haughty Bugisman.

      Delete
  6. Alhamdulillah majlis berjalan dgn baik dan takdo baling kerusi , flying kick polis dan pocah harto bondo .
    Den setuju yg hadir lobih matang .

    Lopeh ni bolihlah anjurkan majlis kongres untuk turunkan LGE @Tokong lak yo ...
    Sambil tu bolih benchmark dio camno nak dapek hargo rumah pado hargo Rm260 kps . Ini baru sepadan dongan misi kongres rakyat .

    Amacam ok tak ...

    Waghih.

    ReplyDelete
  7. Kah kah.. Blog penjilat kahak.. Hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai, kala jengking sudah mula patuk!

      Delete
  8. Syabas kepada Tun ,Zahid serta pemimpin pemimpin lain yang hadir...begitu juga di kalangan orang ramai yang hadir...itu adalah sebahagian daripada jumlah yang jauh lebih besar sebenarnya di luar sana yang sememangnya sudah tidak mahu Najib sebagai Pm lagi,cukuplah.....media,pembodek serta menteri yang betungkus lumus cuba mengalih isu serta memuji /membaiki imej Najib sudah tiada makna lagi,semua ini sudah mencapai tahap tepu...Pm Najib mesti berundur,/diundurkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabda Rasulullah s.a.w.:
      "Aku tidak pernah melihat sesuatu seperti Syurga - si penuntutnya sering lalai. Dan lagipun Neraka - si pelarian darinya sering tidur."

      Delete
  9. Syabas kepada Tun ,Zahid serta pemimpin pemimpin lain yang hadir...begitu juga di kalangan orang ramai yang hadir...itu adalah sebahagian daripada jumlah yang jauh lebih besar sebenarnya di luar sana yang sememangnya sudah tidak mahu Najib sebagai Pm lagi,cukuplah.....media,pembodek serta menteri yang betungkus lumus cuba mengalih isu serta memuji /membaiki imej Najib sudah tiada makna lagi,semua ini sudah mencapai tahap tepu...Pm Najib mesti berundur,/diundurkan.

    ReplyDelete

  10. "Rakyat yang waras tidak tertipu dengan propaganda murahan bahawa pemimpin Melayu yang gila kuasa telah bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan DAP untuk menumbangkan 'kerajaan Melayu."

    The only people who will toppled are Bonnie, Clyde and their crooked financial hangers-on.

    No loss to the country.

    We can do better without them.


    ReplyDelete
  11. Yes, people are more mature now to think what is right and not. The same goes with all Umno leaders who support Najib and reject Mahathir. And all to show is one hall full of people. Compare that with the Umno Assembly, Division meetings and branch AGMs, that is nothing. So stop dreaming and come up with something better !

    DK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most people are good and occasionally do something they know is bad. Some people are bad and struggle every day to keep it under control. Others are corrupt to the core and don’t give a damn, until they get caught. But evil is a completely different creature, Awang. Evil is the Bad that believes it’s good.

      Delete
    2. MACC found that Prime Minister Najib committed corruption and recommended to the AG that he should be charged. Bank Negara found out 1MDB broke banking laws and proposed that 1MDB to be tried in court of law. And the AG, the new AG sat before these bundle of evidences put forth by MACC and BNM, ripped them all apart and declared no case!
      Instead of urging the MACC and BNM to go back, investigating and collecting more evidences so the cases would be even more solid, this AG suprised many by instructing both the investigation bodies to close the case altogether!
      If this the type of Umno leader that you mentioned deserving Umno's leaders support and rejecting call by Dr. Mahathir, then all those Umno leaders are not really leaders but a band of bandits.

      Delete
    3. Yeah, compare that with the Umno Assembly, Division meetings and branch AGMs, that one hall full of people is nothing. It is nothing that people in that hall didn't get to received RM50 each. They didn't get paid a single cent. What a pity. In fact they were the one had to dig deep into their own pocket in order to go there and showed up willingly on their own. Nobody forced them to go. There were no charted buses picking them from all over KL and Selangor and ferrying them en masse to Shah Alam Convention Centre.They went there by their own means.
      The congress was nothing because there was no gratification provided by the host. No money, no freebies and no free lunch. There was no directive signed by Ku this bin Ku that urging them to attend and urging to wearing only red. They're free to wear any colour the fancy provided that it is modest and acceptable in social setting.
      Though there was no lunch provided, each and everyone emerged from the congress feeling full and satisfied. They felt inspired. They're all inspired to bring about meaningful changes to this beloved country. Sacrifices have to be made, they know. For that reason, they're more than willing to play their part to get rid of the bad guys.

      Delete
  12. Datuk, minta izin nak cerita sikit. I pengguna kerap GrabCar. Saya masih ingat 2 kes yg menarik.

    Kes pertama:
    Pemandu GrabCar seorang pemuda Melayu. Jadi saya tanya dia mengapa tak timba pengalaman kat opis atau syarikat dulu sebab pengalaman penting utk membina kerjaya. Dia jawab dia sebenarnya Jurutera Petronas tapi hilang kerja sebab Petronas batal kontrak. Dan dia dengar ramai lagi akan diberhentikan tahun ini. Sedih aku dengar kes macam ini sebab pemuda ini nampak cerdik.

    Kes kedua:
    Ini betul2 terer. Saya naik kereta dibawa oleh seorang pemandu lori yg berasal dari Sg Petani, Kedah. Drp start kereta sampai kat rumah saya, dia maki hamun pentadbiran Najib yg menyebabkan dia terpaksa cari kerja kat KL meninggalkan keluarganya sebab kos sara hidup naik terlampau tinggi. Yg pelik dan menakutkan ialah dia sebenarnya penyokong UMNO yg setia selama berpuluh2 tahun. Kini dia kata hatinya dah tawar dan dia akan undi pembangkang PRU depan. Dia berharap pembangkang menang sebab dia rasa pembangkang patut diberi peluang memerintah supaya rakyat boleh tgk dan nilai sendiri.

    Akhirnya, sekalian ready tak? Bila hampir2 sampai rumah saya, dia hembus nafas panjang dan buat rumusan: "Saya rasa Melayu tak sesuai ada kuasa. Bila ada je kuasa, dia akan lupa semua asal-usul dan perjuangan nya semata2 utk kejar duit dan habuan." Perkataan ini amat mengejutkan saya sebab saya tak sangka ada org Melayu drp luar bandar yg boleh berfikiran sampai tahap ini. Betul tak betul point dia, rasa kecewa saudara ini amat jelas.

    Sorry Datuk dan semua sekalian, bukan niat saya utk cakap buruk pasal orang Melayu. Tapi dua2 kes ini memcerminkan betapa kecewa dan marah rakyat biasa terhadap rejim yg ada sekarang. Sekian. Peace.

    ReplyDelete

  13. Better believe it Mr/Ms Wong, those two are not isolated cases. There are plenty more cases like that involving UMNO members. They are just waiting for the PRU14 to register their disdain and protests.

    ReplyDelete
  14. the congress of the hypocrites. so now, the ultimate question, adakah anwar peliwat atau dr m pemfitnah? either way, many macais have been duped for 20 years.

    ReplyDelete
  15. Teruskan guling najib..
    GST
    rakyat merana
    Rakyat mesti dijelaskan betapa hinanya rakyat beri wang kepada najib
    Dapat rm1000 setahun
    Bayar gst beribu ribu setahun

    ReplyDelete
  16. Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC