Wednesday 20 April 2022

Penjenayah dalam Istana

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang penjenayah yang masih kekal dengan sabitan kesalahan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram serta penyalahgunaan kuasa. 

Proses perbicaraan kes Najib telah melalui Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan jenayah serta hukuman yang telah dijatuhkan.  

Panel tiga hakim kanan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun (keseluruhan 72 tahun) serta denda RM210 juta ke-atas Najib kerana jenayah yang dilakukan ketika penjawat jawatan perdana menteri Malaysia. 

Ketika mengekalkan sabitan kesalahan Najib pada 8 Disember 2021, panel hakim Mahkamah Rayuan merumuskan bahawa jenayah yang dilakukan Najib telah memalukan negara atau  'a national embarrassment'. 

Proses terakhir perbicaraan jenayah dalam sistem kehakiman Malaysia adalah rayuan ke Mahkamah Persekutuan. 

Najib adalah penjenayah dengan sabitan kesalahan-nya kekal sehingga Mahkamah Persekutuan bersidang dan mempertimbangkan rayuan. 

Najib kini bebas dan belum menjalani hukuman penjara kerana Mahkamah Rayuan telah membenarkan hukuman ditangguh sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan, dengan jaminan wang RM 2 juta. 

Setakat ini belum ada pengumuman akan bila Mahkamah Persekutuan akan bersidang dan mengakhiri kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. 

Media antarabangsa turut mengikuti kes ini yang berkait rapat dengan skandal kleptokrasi terbesar dunia - 1MDB yang turut di-siasat pihak FBI dan Jabatan Peguam Negara di Amerika Syarikat.

Inilah fakta akan kedudukan Najib sebagai penjenayah selaras dengan undang-undang negara kita.

Jadi, bagaimana Najib dibenarkan masuk dan duduk bersama-sama DYMM Yang DiPertuan Agong di-majlis berbuka puasa DYMM Yang DiPertuan Agong bersama anggota kabinet, orang kenamaan dan perwakilan asing di dalam Istana Negara?

Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Hakim Negara juga hadir dalam majlis berbuka puasa itu. 

Menurut laporan Berita Nasional Malaysia - BERNAMA - majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persoalan yang ditimbul bukan berniat menghina individu atau mana-mana institusi tetapi lebih kepada mempertahankan kesucian institusi-institusi serta kedaulatan undang-undang yang menjadi antara paksi utama negara kita. 

Ramai yang amat terkejut dan menimbulkan persoalan kenapa DYMM Yang DiPertuan Agong di letakkan didalam keadaan serba salah (awkward position) kerana terpaksa duduk di meja utama (high table) bersama seorang penjenayah.  

Pelbagai teori dan andaian mula bermain di hati dan pemikiran umum kerana 'penjenayah duduk bersama Agong di hadapan perwakilan asing dan Ketua Hakim Negara'. 

Apakah ada mesej yang ingin di sampaikan?

Siapa yang memastikan agar Najib dilihat bersama di high table untuk tatapan pegawai tertinggi negara serta wakil kedutaan asing ? 

Kejadian ini harus disiasat kerana kita mesti bertindak mempertahan serta melindungi DYMM Yang DiPertuan Agong dan Institusi Raja-Raja Melayu dari sengaja di-aibkan pihak tidak bertanggungjawab..  

Institusi Raja-Raja Melayu harus dipertahan dan dikekalkan kerana inilah satu-satunya institusi yang menjadi tunjang sistem Raja Berperlembagaan yang kita terima dan amalkan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Kita tidak boleh alpa jika ada percubaan untuk mengaibkan Institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan peribadi mana-mana pihak dari luar istana. 

Mungkin Majlis Raja-Raja juga harus mengambil maklum akan perkara ini. Ini adalah sesuatu yang serius dan mampu menimbulkan kecurigaan rakyat.

Anggapan serta tanggapan negatif akan perkara ini harus diperbetulkan segera. 

Kedaulatan undang-undang tidak boleh dipermainkan atau diperlihat seperti dipermainkan secara terbuka. 

Sejujurnya catatan ini adalah untuk menyampaikan persoalan umum dan bukan berniat menghasut atau mencerca. 

Assalamualaikum.   







75 comments:

  1. Sadly, I don’t see any future in this beloved country when the elites are colluding among them to pilfirage her. You just cannot rely on the government, the opposition as well as the Raja-raja to uphold just and the sanctity of the law.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If opposition also cannot rely on, then what?
      22 months cannot achieve much.
      GE15 is still out of reach.
      Let's hope for GE16

      Delete
    2. Well, a sizeable number of citizen are aware that Apanama is the Chief Conspirator for 1MDB. Only the moronic like yours is playing ignrant

      Delete
    3. ALL OPPOSITION MONKEY NOT ONLY ENVY BUT FEEL ITCHY IN THEIR BACK... ������

      Delete
  2. Adakah isi tersirat yang ingin disampaikan oleh institusi Raja-Raja Melayu? Adakah baginda sekalian memandang ringan jenayah yang membebankan rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Membebankan. Inilah bendanya. Hutang. U ambil duit tinggal taik kpd negara.

      Delete
    2. orang melayu mudah baik hati dan mudah lupa..takpe

      Delete
    3. That's why they don't like if Raja Nazrin jd Agong...depa x boleh nak buat sesuka hati. Sadisss btoiii. YDPA dah mcm boneka

      Delete
    4. Institusi Raja Raja melayu perlu memelihara kedaulatan YDPA.

      Delete
  3. Malaysia tahan airku semua boleh.?
    Tidak Kira perompak@penjenayah sekali pun..pembesar2 melayu ape sudah jadi.??
    Perompak kayangan no 1 Malaysia.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dear, what's going to happen to our country. Penjenayah masih diangkat dan ditatang sebegitu rupa.

      Delete
  4. Disgraceful. High time to put the thief in Sg Buloh. No future for this country with him moving around.

    ReplyDelete
  5. Kelihatan sangat memalukan sebuah Negara yang berdaulat di mata dunia.Apakah Malaysia punya prinsip dan kedaulatan undang- undang.Sungguh pelik, satu- satu nya Negara yang pelik dimuka bumi.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. It already has many years back and now it's fast tracking to the drains.

      Delete
    2. Why is this convict allowed in in the first place,'s a convicelt and should be t

      Delete
    3. Tak ada pulak NGO Melayu yg nak melaung kat depan pintu Istana nak bantah... mana? Mana? Tak dpt duit ke????

      Delete
  7. Sad to say this, sayangnya Negara ini bila sudah kedaulatan undang-undang negara diperlekehkan

    ReplyDelete
  8. Very embarrassing !!! How can a person who has been found guilty of a crime he has committed is still free and it is very surprising that he is still given a place to be in the parliament hall with DYMM? !!!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Bguslaa pencuri pun ko sanjung😬😬

      Delete
    2. Amiinn! Allah akan berpihak kpd orang yang benar. Tak lama lagi pesalah2 yang sebenar akan dilondehkan InsyaAllah!

      Delete
  10. Fikir sendiri.

    Adakah negara semakin dihormati atau ditertawakan?

    ReplyDelete
  11. Aiyoh, sudah dapat malu kuat dan hebat, sekarang tambah malu lagi!!! Nanggis!!!!!

    ReplyDelete
  12. Hai,APA sdh jadi kepada kedualatan undang undang Dan pelembagaan malaysia.adakah kehakiman Malaysia sdh pincangke?sampai Ada hati untuk mempesendakan Agong Dari puak puak tertentu.Harap lah kerajaan dapat tangkap orang yg ingin memalukan Agong Malaysia yg berdaulat

    ReplyDelete
  13. Tak bolih pikiaq. Penasihat kpd YDPA ni ada brain ke? Atau bukan penasihat tapi *punahsihat*

    ReplyDelete
  14. I ALWAYS SAID IN MY COMMENTS
    IN OUR YOU CAN SAY ANYTHING UNTIL THE COWS COME HOME
    BUT TAIL END SATU KALI DUA/ DUA KALI SATU.
    THIS IS WHAT OUR COUNTRY'S STAND NOW
    WHO CARES AND NO MORAL VALUES!!!!!

    ReplyDelete
  15. Yes, you are very right,
    Birds of a feather.

    ReplyDelete
  16. Tak apa yg nk di malu2 kan Ini Semuanye Keluarga Malaysia 🇲🇾 😆 😅 Kalau Dah Satu Keluarga apa yg Dia Semuanye rasa Malu paham2 jaa laaa kita sendiri rasa jijik mcm najis

    ReplyDelete
  17. the agong shud know & shud not ve allowed this.im disgusted.next election vote these UMNO GOONS OUT!!!

    ReplyDelete
  18. It a great disgrace to the law of the country .The person who arrange the sitting shd be giving a stern warning for not respecting our king n those vvip.If tis is happening where is justice?

    ReplyDelete
  19. Satu dunia tahu, tak malu ke ? Kalau tak tahu malu bukan manusia normal...

    ReplyDelete
  20. This shows how weak our leadership.... And further testify they are all just his slave. BosKu he is the REAL KING... CASH IS KING! Shameless

    ReplyDelete
  21. Another 'laughing stock' incident not only among rakyats but world community.

    ReplyDelete
  22. If even the king is oblivious to protocol..what hope is left for us...!!!

    ReplyDelete
  23. It is OUR MONEY thats paying for the dinner!! 😠

    ReplyDelete
  24. If action is not enforced on such issues, then we are in the waiting for a second Sri Lanka situation.

    ReplyDelete
  25. Birds of the same feather..Is the conclusion to contemplate, all related cousin's and among one big family, what's the big deal? Even high level civil Servents are relatives and cousins so all in the family, isn't this the message for the world?? Othwrwise, I just can't imagine we are a nation of dumbfools who don't care what the world thinks or says or even worst than we can say..As a Malaysian it beats me too...! We are indeed a Strange Country!

    ReplyDelete
  26. ....owhhh...selagi x disimpan di sungai buloh....

    ReplyDelete
  27. Uphold what is right and what is wrong. That is the purpose of the country's institutions.

    ReplyDelete
  28. Tak payah lah di laung²kan lagi rukun negara...memalukan

    ReplyDelete
  29. Kedaulatan negara sudah hancur memalukan umno punya pasal

    ReplyDelete
  30. satu kempen kesedaran rakyat besar beaaran perlu diadakan, biar tahu malu, biar rakyat tahu Rakyat adalah Boss, bukan hamba kpd perkianat negara

    ReplyDelete
  31. He's a convict and should be treated like one

    ReplyDelete
  32. Laws in bolehland only for the marhaens,the criminals in another dimension.Disgrceful!

    ReplyDelete
  33. Penjenayah "national embarassment" or not, he's still respected. That's the reason why he was invited.

    Or semua sama2 dapat habuan?

    ReplyDelete
  34. DSN adalah hasil fitnah Dan busuk Hati dari puak PH yg xtahu bersyukur hanya yg buta Hati saja sanggup mencemuh pada DSN yg d jadikan kambing hitam dlm situasi ini... Moga Allah swt akan menunjukan kebenarannya .. insyallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang saya faham kenapa orang kata otak bawah lutut.

      Delete
    2. kalau otak bawah lutut kira ok lagi...tapi penjilat ni dah masuk kategori takdak otak...apa la nak jadi dgn penjilat² najis ni?

      Delete
  35. Sungguh hebat kerajaan Malaysia. Melakukan tindakan yg tak skan di buat oleh mans kerajaan di dinia ini. Dengan menjemput seorang pesalah menghadiri jamuan diraja merupakan suatu tindakan yg tidak pernah dilakukan dimana mana negara di dunia. Syabas Malaysia. Hebat2.

    ReplyDelete
  36. Penjenayah Yang tiada Maruah . Tiada Rasa Malu pada diri sendiri.
    Malaysia da tak kisah walaupun da jatuh hukum bersalah , masih dapat layanan VIP.
    APA kata mereka Yang pernah menjadi penjenayah. Mereka Akan Memberi contoh pada Najib.maksudnya mereka pun harus dapat layanan Sama . Layanan VIP.
    Perkara ini amat memalukan Makaysia

    ReplyDelete
  37. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga...wise old Malay saying forgotten by those in power whose names and positions are equally spoiled.

    ReplyDelete
  38. Kehadiran Jib dan Rosmah bak kata terpalit tahi pada institusi perundangan dan kedaulatan negara. The world is laughing at us all

    ReplyDelete
  39. Bonnie and Clyde..Malaysian chapter

    ReplyDelete
  40. Ingat kita masih ada mahkamah akhirat...yg di tuduh dah yg sepatutnya dituduh semua akan terjawab di sana ..

    ReplyDelete
  41. when a clown got invited to the palace to dine with the king, the palace become a circus....the palace , in this situition, is not ignorant of this fact..if by so doing, the institution is just testing the resolve of the raayat or rather to soften future blows for a possible ' royal pardon' of this very national badut, the palace is highly mistakened and ill advised..in this days and age of connectivity and openness without borders it is threading in dangerous water....public opinion on the relevency of the monarchy is at stake..just my humble opinion

    ReplyDelete
  42. Apa lagi nangis ke luas2. Menjerit le. Penjenayah. Penjenayah. Penjenayah.

    ReplyDelete
  43. Sadly the present King is being made into a puppet by this Umno bigots.
    Hope the King will wake up from his Pekan dreams.

    ReplyDelete
  44. He s the AGUNG and can do as he pleases.

    ReplyDelete
  45. Abg Jib
    When clown moves into the palace he dosent becomes a king..the palace becomes a circus...Turkish proverb.

    ReplyDelete
  46. Tak peka kepada sentimen rakyat

    ReplyDelete
  47. Ramadhan is about forgiveness and brotherhood in Islam.

    There's no law against Agong inviting Najib and Rosmah for breaking of the fast.

    Protocol cleared the invitation.

    ReplyDelete
  48. Those who bring disrepute to the country are certainly NOT patriotic. What are we teaching our children. Even the Rukunegara will be seen as a joke.

    ReplyDelete

STICK TO THE TOPIC