Showing posts with label DYMM Sultan Johor. Show all posts
Showing posts with label DYMM Sultan Johor. Show all posts

Friday, 28 August 2015

DAULAT TUANKU! Sultan Johor titah Solat Hajat setiap Jumaat

DYMM Sultan Ibrahim, yang baru-baru ini menegur kerajaan serta wakil rakyat agar peka akan rintihan rakyat serta lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, telah tampil sebagai Raja Melayu yang pertama menitahkan supaya semua masjid mendirikan Solat Hajat demi untuk kesejahteraan rakyat. 

Tujuan Solat Hajat yang akan didirikan diseluruh negeri Johor selepas selesai Solat Jumaat adalah amat jelas dan bertepatan dengan rintihan rakyat kebanyakkan didalam dan diluar negeri Johor. 

Walaupun sudah ada suara-suara sumbang yang tidak berapa selesa dengan teguran terbuka Sultan Ibrahim dan putera baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail terhadap pemimpin kerajaan dan segelintir ahli politik namun sokongan rakyat biasa untuk Tuanku Sultan serta TMJ nyata semakin kuat. 

Susulan teguran serta kenyataan dari Istana Johor masyarakat berbilang kaum di negara bertuah ini kini menaruh harapan yang amat tinggi agar Raja-Raja Melayu akan tampil bersama rakyat untuk menyelamatkan ibu pertiwi dari ditimpa malapetaka. 

Keadaan ekonomi serta nilai mata wang kita semakin meruncing tetapi ancaman sebenar kepada negara ini kini datangnya bukan dari luar. Krisis yang dihadapi kini juga bukanlah krisis politik seperti yang sering diulas dan dikupas. Permasalahan rumit yang kita hadapi kini adalah akibat tindakan jenayah pemimpin yang sepatutnya memimpin dan menjaga rakyat dan negara. 

Krisis yang kita hadapi kini adalah akibat daripada tindakan sekumpulan kecil pengkhianat yang tidak harus dan tidak boleh dibiarkan bermaharajalela seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang dan peraturan hidup. 

Agenda untuk menutup perlakuan jenayah dari mata rakyat dan melepaskan diri dari tindakan undang-undang mengatasi segala-galanya, termasuk kesejahteraan rakyat dan kelangsungan negara. 

Maruah dan imej negara telah digadai semata-mata untuk menyelamatkan seorang pemimpin yang rakus, tamak kuasa dan wang ringgit. 

Kalau dahulu kita dikenali dan menjadi contoh teladan kerana pencapaian, kemampuan dan keberanian dipentas dunia kini seantero dunia mengenali kita kerana hutang, rasuah dan skandal kewangan pemimpin tertinggi kerajaan. 

Krisis kita negara yang berdaulat ini adalah amat getir dan ianya BUKAN krisis politik. Pendekatan untuk mencari penyelesaian politik tidak mungkin dapat mengatasi krisis ini kerana mereka yang mencetuskan krisis ini tidak menghormati mahupun mematuhi undang-undang negara ataupun perlembagaan yang seharusnya dijadikan panduan.

Institusi penting negara telah dirobek sedemikian rupa sehingga pegawai-pegawai tertinggi dari institusi-institusi berkenaan telah tampil secara terbuka mempersoalkan 'kuasa halimunan' yang dilaporkan lebih berkuasa dari mereka yang diberi kuasa menerusi undang-undang dan perlembagaan. 

Fitnah dan pembohongan terancang telah menjadi mainan harian samada untuk mengaburi mata rakyat atau untuk mengugut mereka yang menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Semoga Solat Hajat diseluruh negeri Johor ini sepertimana yang dititah Tuanku Sultan Ibrahim dapat melembutkan hati dan membuka mata mereka yang nyata telah sesat dari jalan yang benar. 

Semoga Solat Hajat ini mampu menggerakkan hati mereka yang telah mengkhianati rakyat dan negara ini agar segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan. 

Semoga Solat Hajat ini mampu mengekang dan menghalau 'kuasa halimunan' yang membabi buta tanpa batas.

Sebenarnya masyarakat telah mula putus harapan dengan sebahagian besar ahli politik, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, yang kebanyakannya hanya pintar bersandiwara. Wang ringgit, jawatan serta kuasa masih menjadi percaturan mereka ketika negara diancam pengkhianatan dari dalam. 

Negara kita dalam bahaya. Retak menanti belah tetapi mereka yang mampu bertindak masih sibuk tawar-menawar demi hasil dan pulangan untuk diri dan kumpulan masing-masing.  

Sememangnya hanya pada Raja tempat rakyat bernaung dan berlindung. 

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. 




Tuesday, 25 August 2015

TUANKU SULTAN JOHOR MENGINGATKAN KERAJAAN AKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Dikemaskini - 7.30pm

  DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

"Sememangnya kedudukan saya sebagai Raja tidak boleh mencampuri urusan politik tetapi sebagai Raja saya bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat dinegeri saya berada didalam keadaan yang baik, maju dan makmur.

Oleh itu saya menggesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit. 


Suka juga saya ingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi."

                       

Video Titah ucapan penuh Tuanku Sultan ketika perbarisan hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-50 Jubli Emas di Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing akan menyusul. 

Rakaman video titah ucapan Tuanku Sultan Johor di-bawah.



Sunday, 16 August 2015

UMNO di-penghujung jalan

*BUKAN untuk pakaian





Nampaknya warga Johor di Tanjung Piai, Pontian bukan setakat mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Umno ke kawasan mereka hari ini. Hasrat serta harapan tersirat jelas terpampang dikain-kain rentang yang telah mula dinaikkan disekitar pekan dan bandar sejak semalam. 

Desakan agar Presiden Umno, yang kini bergelumang dengan skandal 1MDB serta beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, meletakkan jawatan semakin lantang diseluruh negara.

Dalam keadaan orang Umno sudah mendesak agar Presiden yang juga Perdana Menteri supaya berundur secara sukarela, rakyat Johor nyata bersama secara terbuka merafak sembah memohon campurtangan DYMM Sultan Johor serta Raja-Raja Melayu yang lain untuk menyelamatkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dari kerakusan pemimpin. 

DAULAT TUANKU! 


Orang Umno Johor diTanjung Piai nyata amat peka dengan perkembangan terbaru dalam usaha untuk merehatkan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai presiden Umno. Kematangan ini juga dizahirkan menerusi kain-kain rentang yang menyeru agar pemimpin lama yang masih berpengaruh tampil membantu Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Yassin untuk menyelamatkan Umno.

Orang Umno sudah sedar dan sudah mula menerima hakikat bahawa hanya orang lama parti dengan sokongan Raja-Raja Melayu yang mampu menyelamatkan Umno dan kerajaan dari kehancuran mutlak ditangan pemimpin yang sesat. 

Orang Umno sendiri telah mula sedar bahawa penasihat asing, pengampu bodek atau bijak pandai yang semuanya berkiblatkan wang ringgit, pangkat dan jawatan tidak mungkin mampu mengembalikan mereka ke jalan yang benar. 

Pemimpin yang kini berguling bersama wang ringgit harus sedar bahawa bukan semua yang boleh di-beli dengan duit berkodi, walaupun habuan-nya berjuta dan terpaksa di-isi dalam beg pakaian (suitcase). 

Umno hampir ke-penghujung jalan. Selamat Datang ke Tanjung Piai... di-penghujung benua Asia.

p.s Jika ada masa terluang sila hayati sebahagian ucapan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Kemaman pada Jumaat lepas. Mesyuarat Bahagian Kemaman dirasmikan Timbalan Presiden Umno. 



  

Sunday, 2 August 2015

Tan Sri Muhyiddin di Istana Bukit Serene bersama Sultan Johor

Johor Southern Tigers 

Gambar kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru hari ini untuk menghadap DYMM Tuanku Sultan Johor. Turut serta TMJ Tunku Ismail serta Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Berita lanjut akan menyusul jika ada maklumat terkini berkenaan hasil pertemuan diantara DYMM Tuanku Sultan Johor dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.