Nampaknya kelakuan kurang ajar tanpa adab, melampaui norma dan tatasusila manusia bertamadun sudah menjadi perkara biasa. Dahulu kelakuan demikian hanya terhad kepada penjenayah dan samseng jalanan kini tetapi kini ianya telah merebak ke peringkat atas.
Dari penyampu sampah yang meroyan mengaku dirinya imam kepada Perdana Menteri yang menghina rakyat sebagai bangsat dan menteri mengaku dirinya samseng, kelakuan kurang ajar ini sedang tular.
Kejadian terbaru yang amat memalukan rakyat Malaysia adalah tindakan menteri KANAN Umno Nazri Aziz yang menghina seorang pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) dimajlis sempena bulan Ramadan.
Walau apa pun perkara yang diulas atau didebat kata-kata yang dilemparkan Nazri terhadap Karim, yang juga seorang menteri kerajaan Sarawak, jelas tidak beradab dan amat kurang ajar.
'Nak jadi samseng belajar dengan saya'
Nazri merujuk kepada fakta bahawa Abdul Karim baru sahaja menyertai kabinet Sarawak tahun ini dan masih kurang tahap 'kekananan' dalam kerajaan.
"Dalam politik ini jangan cakap besar, you cakap besar you nak tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi.
"Saya takkan benar dia bersikap samseng begitu. Saya menteri lama dah.
"Kalau tak faham, jumpa saya dulu, tanya. Jangan baru jadi menteri dah jadi samseng. Nak belajar jadi samseng belajar dengan saya," sindir Nazri. - LAPORAN PENUH
KENYATAAN Nazri, seperti laporan di-atas, menimbulkan persoalan kenapa Ahli Majlis Tertinggi Umno ini sanggup menghina seorang pemimpin kanan kerajaan Sarawak secara terbuka?
Karim Hamzah bukan budak yang baru setahun jagung dalam kerajaan Sarawak ataupun politik Bumi Kenyalang yang ditunjangi parti PBB.
Apakah kedudukan atau status Sarawak dan khususnya PBB dimata Umno hari ini sudah begitu teruk sehingga boleh dihina tanpa adab di majlis berbuka puasa di bulan Ramadan?
Nazri bukan setakat menghina malah mencabar pemimpin PBB itu hanya kerana beliau bersuara mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak.
"you cakap besar you nak tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi" - maknanya Umno parti samseng, bukan begitu?
Apakah dalam doktrin Umno hari ini parti komponen Barisan Nasional lain yang bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dianggap 'samseng' dan oleh itu Umno berhak bertindak 'samseng' menghina komponen BN lain?
Apa pun yang diperjelaskan selepas ini dengan tujuan 'damage control' akibat keceluparan Nazri yang nyata maruah Sarawak dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak sudah tercalar.
The ball is now in Sarawak's court. You can either stand up to defend your pride and rights or be an obedient servant and learn how to be a bigger 'samseng' from Umno.
Keputusan ditangan kerajaan negeri Sarawak khususnya ditangan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Penghinaan terbuka terhadap Sarawak dan pemimpin kanan kerajaan negeri oleh pemimpin kanan Umno bukan perkara kecil yang boleh diketepikan begitu sahaja.
Abang Jo Ketua Menteri Sarawak tidak perlu berlagak samseng atau menghina sesiapa untuk mempertahankan hak dan maruah Bumi Kenyalang, tetapi jika tiada tindakan atau ketegasan yang menyusul maka peribahasa lembu dicucuk hidung mungkin akan jadi mainan dibibir rakyat.
p/s
Untuk makluman, penghinaan sebegini tidak pernah berlaku ketika Tun Pehin Sri Taib Mahmud ataupun Tan Sri Adenan Satem menerajui PBB dan kerajaan Sarawak. Kenapa sekarang?