Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pengkritiknya paling lantang, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa beliau berbelanja kurang daripada RM10 juta dalam setiap kempen pilihan raya semasa beliau menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
Najib, yang menghadapi kritikan kerana menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak lama sebelum pilihan raya umum 2013 berkata, adalah tidak logik dan tidak masuk akal sekiranya satu kempen pilihan raya hanya memakan belanja RM10 juta.
Najib berkata beliau memikirkan mengenai jumlah yang dikatakan Dr Mahathir itu berkali-kali dan mendapati ianya tidak logik.
"Dia kata dalam 90-an dia hanya belanja RM10 juta. Saya fikir tentang itu berulang kali. Dengan deposit pilihan raya untuk 193 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri, anda akan memerlukan sekurang-kurangnya RM41 juta. (??????????)
"Itu baru perbelanjaan minimum jika anda menghabiskan RM100,000 bagi setiap kerusi Parlimen dan RM50,000 deposit bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kepala Batas hari ini.
"Itu tidak termasuk wang yang parti akan habiskan untuk barang pilihan raya seperti papan iklan, kain rentang, poster, kemeja dan mesyuarat.
"RM10 juta tidak munasabah. Kalau nak mengkritik pun, lakukanlah dengan berasas. Ia mesti logik dan berfakta," katanya kepada perwakilan Umno dalam mesyuarat bahagian Kepala Batas hari ini di Pulau Pinang. - Malaysian Insider
 |
Tolong pakai otak ok. Please! |
Mula-mula dalam tulisan bertajuk AKAUN PERIBADI di dalam blog beliau Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: -
Perenggan- 13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.
Dalam tulisan seterusnya bertajuk MALAYSIA Tun Dr Mahathir mengulas secara lebih mendalam lagi tentang perkara yang sama. Beliau berkata:-
Perenggan- 26. Kepada pemimpin bahagian UMNO dan pelbagai kuncu-kuncu, PM, dalam mesyuarat tertutup, mendakwa berbilion-bilion ini adalah untuk pilihan raya.
Perenggan- 27. RM2 bilion untuk pilihan raya adalah tidak munasabah. Saya memerlukan kurang daripada 10 juta untuk setiap satu daripada lima pilihan raya yang saya mempengerusikan dan saya memenangi semua dengan lebih daripada 2/3 majoriti. Mengapa anda perlu 2.6 bilion lebih atau 2600 juta Ringgit. Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam, atau untuk memanupulasi pilihan raya. Ini tidak betul, apatah lagi dari segi undang-undang.
Kenapa Najib terpaksa berfikir berulang kali namun gagal memahami kenyataan ringkas ini. Tidak faham atau buat-buat tak faham Datuk Seri?
Jawapan ringkas untuk merungkai kekeliruan melampaui batas yang dihidapi YAB Perdana Menteri (tidak perlu fikir berkali-kali sampai hilang akal).
Kita kira perbelanjaan deposit bagi tahun 1999.
193 kerusi Parlimen x RM15,000 = RM 2,895,000
504 kerusi DUN x RM8,000 = RM 4,032,000
Wang Deposit Pilihan Raya - KOS TERKINI 2013
Jumlah deposit seperti berikut: -
RM10,000 untuk deposit calon Parlimen - RM5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen -
RM5,000 untuk deposit calon DUN - RM3,000 untuk deposit bahan kempen DUN - SUMBER
Jumlah sebenar perbelanjaan bagi deposit hanya RM 6,927,000.
Jika pada tahun 1999 pun perbelanjaan deposit yang di-uruskan ibu-pejabat tidak sampai RM 7juta ringgit maka tahun-tahun sebelumnya nyata lagi rendah kerana jumlah deposit yang lebih kecil pada ketika itu. Mungkin pada tahun 1999 pun kosnya lebih rendah lagi kerana perkiraan ini berdasarkan kos deposit terbaru tahun 2013. (Faham?)
Sebenarnya tuduhan Najib Razak bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir tidak masuk akal adalah tidak berasas dan merupakan fitnah jika Najib membuat kenyataan tersebut dalam sedar. Saya fikir, seperti kebiasaan sejak kebelakangan ini, mungkin Najib pun tidak faham apa yang beliau ungkapkan dikhalayak ramai.
Perkiraan di-atas adalah bagi semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri yang ditandingi BARISAN NASIONAL dan bukan UMNO semata-mata. Harus di-akui bahawa selain perbelanjaan deposit terdapat pelbagai perbelanjaan lain ketika pilihanraya dan terdapat had perbelanjaan yang ditetapkan mengikut Parlimen/DUN.
Kos perbelanjaan lain yang di-hadkan ini biasanya ditampung melalui pelbagai sumber lain termasuk parti-parti politik dalam Barisan Nasional di-peringkat nasional/negeri menerusi dana sendiri atau sumbangan penyokong (yang dimasukan kedalam akaun parti dan bukan peribadi). Melampaui had yang ditetapkan adalah satu kesalahan pilihanraya dan jika disabitkan kesalahan boleh dilucutkan jawatan.
P.S.
1. Deposit RM 41 juta untuk kerusi Parlimen dan DUN pada tahun 1999 tu you kira macam mana Datuk Seri Perdana Menteri?
2. Mereka yang masih tidak memahami isu deposit/perbelanjaan pilihanraya ini, termasuk YAB Perdana Menteri, boleh mengemukakan permohonan agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengadakan satu seminar khas berhubung isu ini. Jika tidak ada mana-mana pihak yang gundah gulana, Tun Dr Mahathir boleh dijemput untuk memberi penerangan yang lebih terperinci.
#beranikeranabenar
Sekadar makluman :-