![]() |
| Tak takut Tuhan? |
PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said today PAS will support a no-confidence vote against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, as mentioned by the party's elections director Datuk Mustafa Ali.
"If there is a no-confidence vote moved against the prime minister, PAS will join in as the actions by 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and answers on the RM2.6 billion donation clearly cannot be accepted by the people," he said. - Tuan Ibrahim Tuan Man
Sebelum ini Tuan Ibrahim pernah membuat kenyataan bahawa skandal 1MDB serta permasalahan lain yang melanda Malaysia sebenarnya telah membuka ruang yang lebih luas untuk parti-parti pembangkang. Beliau berkata kini waktu terbaik bagi pembangkang untuk mengenepikan permasalahan mereka dan duduk semeja untuk mencatur kaedah untuk menyelamatkan negara.
Kenyataan beliau dua minggu yang lalu itu mungkin hanya dinilai dari sudut politik kerana Tuan Ibrahim juga menyentuh tentang perlunya keseluruhan pentadbiran ditukar, bukan hanya setakat menyingkiran Perdana Menteri yang telah menyebabkan pelbagai masalah kepada negara dan rakyat.
Namun kenyataan terbaru Tuan Ibrahim mungkin boleh ditafsir dalam konteks yang lebih luas, kerana kenyataan ini datangnya selepas 'komplot' Ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri heboh. (Komplot dihebohkan oleh Timbalan Perdana Menteri)
Oleh itu, dari satu sudut Tuan Ibrahim boleh dilihat menzahirkan pendirian jelas PAS mengenepikan politik kepartian buat seketika untuk berdiri bersama rakyat.
Pas mungkin telah sedar akan denyut nadi sebenar sebahagian besar rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, darjat atau pegangan politik. Ajaran agama serta nilai-nilai murni kehidupan mengatasi segalanya.
Pas atau mana-mana parti politik atau perkumpulan lain tidak lagi mempunyai pilihan selain melangkah keluar dari kepompong politik demi menyelamatkan negara.
Ini bukan lagi politik. Ini gerakan aman rakyat Malaysia, mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan, untuk menyelamatkan negara.
Siapa lagi yang sebenarnya bersama rakyat untuk negara?
Harus diambil maklum juga bahawa ada sebilangan ahli politik pembangkang serta penyokong yang berpendapat bahawa krisis kepimpinan masakini harus dibiarkan berlarutan agar parti pemerintah lumpuh sepenuhnya menjelang pilihanraya akan datang. Mereka ini nyata meletakkan kepentingan parti mengatasi segalanya tanpa mempedulikan akibatnya kepada negara dan rakyat?
P.S. DAULAT TUANKU!


