Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang penjenayah yang masih kekal dengan sabitan kesalahan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram serta penyalahgunaan kuasa.
Proses perbicaraan kes Najib telah melalui Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan jenayah serta hukuman yang telah dijatuhkan.
Panel tiga hakim kanan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun (keseluruhan 72 tahun) serta denda RM210 juta ke-atas Najib kerana jenayah yang dilakukan ketika penjawat jawatan perdana menteri Malaysia.
Ketika mengekalkan sabitan kesalahan Najib pada 8 Disember 2021, panel hakim Mahkamah Rayuan merumuskan bahawa jenayah yang dilakukan Najib telah memalukan negara atau 'a national embarrassment'.
Proses terakhir perbicaraan jenayah dalam sistem kehakiman Malaysia adalah rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Najib adalah penjenayah dengan sabitan kesalahan-nya kekal sehingga Mahkamah Persekutuan bersidang dan mempertimbangkan rayuan.
Najib kini bebas dan belum menjalani hukuman penjara kerana Mahkamah Rayuan telah membenarkan hukuman ditangguh sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan, dengan jaminan wang RM 2 juta.
Setakat ini belum ada pengumuman akan bila Mahkamah Persekutuan akan bersidang dan mengakhiri kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Media antarabangsa turut mengikuti kes ini yang berkait rapat dengan skandal kleptokrasi terbesar dunia - 1MDB yang turut di-siasat pihak FBI dan Jabatan Peguam Negara di Amerika Syarikat.
Inilah fakta akan kedudukan Najib sebagai penjenayah selaras dengan undang-undang negara kita.
Jadi, bagaimana Najib dibenarkan masuk dan duduk bersama-sama DYMM Yang DiPertuan Agong di-majlis berbuka puasa DYMM Yang DiPertuan Agong bersama anggota kabinet, orang kenamaan dan perwakilan asing di dalam Istana Negara?
Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Hakim Negara juga hadir dalam majlis berbuka puasa itu.
Menurut laporan Berita Nasional Malaysia - BERNAMA - majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Persoalan yang ditimbul bukan berniat menghina individu atau mana-mana institusi tetapi lebih kepada mempertahankan kesucian institusi-institusi serta kedaulatan undang-undang yang menjadi antara paksi utama negara kita.
Ramai yang amat terkejut dan menimbulkan persoalan kenapa DYMM Yang DiPertuan Agong di letakkan didalam keadaan serba salah (awkward position) kerana terpaksa duduk di meja utama (high table) bersama seorang penjenayah.
Pelbagai teori dan andaian mula bermain di hati dan pemikiran umum kerana 'penjenayah duduk bersama Agong di hadapan perwakilan asing dan Ketua Hakim Negara'.
Apakah ada mesej yang ingin di sampaikan?
Siapa yang memastikan agar Najib dilihat bersama di high table untuk tatapan pegawai tertinggi negara serta wakil kedutaan asing ?
Kejadian ini harus disiasat kerana kita mesti bertindak mempertahan serta melindungi DYMM Yang DiPertuan Agong dan Institusi Raja-Raja Melayu dari sengaja di-aibkan pihak tidak bertanggungjawab..
Institusi Raja-Raja Melayu harus dipertahan dan dikekalkan kerana inilah satu-satunya institusi yang menjadi tunjang sistem Raja Berperlembagaan yang kita terima dan amalkan, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kita tidak boleh alpa jika ada percubaan untuk mengaibkan Institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan peribadi mana-mana pihak dari luar istana.
Mungkin Majlis Raja-Raja juga harus mengambil maklum akan perkara ini. Ini adalah sesuatu yang serius dan mampu menimbulkan kecurigaan rakyat.
Anggapan serta tanggapan negatif akan perkara ini harus diperbetulkan segera.
Kedaulatan undang-undang tidak boleh dipermainkan atau diperlihat seperti dipermainkan secara terbuka.
Sejujurnya catatan ini adalah untuk menyampaikan persoalan umum dan bukan berniat menghasut atau mencerca.
Assalamualaikum.