Serangan bertali arus puak penegak kebatilan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad bermula sejak bekas presiden Umno itu mendesak agar Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir menolak Najib kerana anak Tun Abdul Razak itu terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB yang menggelapkan duit berbillion ringgit milik kerajaan Malaysia.
Tidak cukup dengan ratusan juta ringgit duit hutang (jaminan kerajaan) yang digelapkan, tanah milik kerajaan (termasuk Kem TUDM Sungai Besi) juga di gadai menjadi milik orang asing. Stesen penjana elektrik juga tidak terlepas dari kerakusan penyamun. Rakyat harus ingat bahawa Dr Mahathir membuat teguran terbuka ketika kudis Najib belum bernanah lagi. Amaran Dr Mahathir bukan saja tidak dihiraukan malah beliau dimaki hamun dan dicaci cerca. Kini kudis Najib bukan saja sudah bernanah malah telah mengeluarkan bau yang amat busuk. Oleh kerana Najib masih memegang jawatan perdana menteri maka kebusukannya terpalit pada negara kita Malaysia. Makian dan cacian kuncu-kuncu Najib terhadap Dr Mahathir tidak berjaya menutup atau mengalih perhatian dari kudis yang sudah bernanah dan busuk seperti bangkai. Malaysia kini masyur dan dikenali ramai kerana skandal 1MDB, rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan PERDANA MENTERI nya sendiri. Siasatan jenayah berkaitan skandal Najib Razak ini sedang berjalan dibeberapa negara asing, terutamanya di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura. Di Singapura beberapa orang yang terlibat sama telah dituduh dan dijatuhi hukuman penjara dan denda. Keterangan ketika perbicaraan di Singapura telah menimbulkan bukti-bukti yang lebih kukuh akan penglibatan PERDANA MENTERI Malaysia dalam skandal 1MDB dan kecurian duit negara. Tahap kebusukan semasa Najib mungkin boleh dijelaskan oleh menteri, pembantu menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia yang berada di Davos, Switzerland menghadiri Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) pada ketika ini. Seperti dijangka Najib Razak tidak menghadiri WEF 2017 di Switzerland pada tahun ini tetapi rakyat Malaysia yang hadir di Davos atas pelbagai kapasiti lain terpaksa menanggung malu akibat skandal 1MDB dan jenayah anak Tun Abdul Razak. Menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dari Davos, "Where is your famous Prime Minister ?", 'Why Malaysians have not kicked him out yet?" dan "What is happening to your country?" adalah antara soalan yang dilontar apabila diberitahu bahawa beliau berasal dari Malaysia. "Saya terpaksa mengelak beberapa temujanji dan makan malam dengan delegasi asing kerana malu. Menteri yang hadir pun cuba mengelak tetapi hampir kesemua orang yang kita temui di WEF termasuk media antarabangsa hanya berminat tentang skandal 1MDB dan penglibatan jenayah perdana menteri dan keluarga beliau," katanya. Mungkin seluruh dunia sudah tahu kenapa dan mengapa Najib tidak berani menjejak kaki di bumi Switzerland. Yang buat-buat tak tahu hanya anggota kabinet kerajaan Malaysia, para penyokong mereka dan segelintir pihak berkuasa berkaitan yang jelas bersekongkol dengan penjenayah. Najib takut peguam negara Switzerland akan mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau? Kalau tak bersalah kenapa bersembunyi? Puak penegak kebatilan akan terus mempertahankan penjenayah dan pengkhianat selagi mana mereka dapat memperolehi hasil untuk diri dan keluarga masing-masing. Kita jangan terkejut jika puak penegak kebatilan ini sanggup berdebat mengatakan bahawa duit hasil judi, duit yang dicuri dan duit lain yang diperolehi dengan cara haram boleh digunakan untuk menunaikan Haji atau Umrah. Jangan terkejut kerana puak ini telah melampaui segala batas dan adab kehidupan. Kalau diberi wang ringgit yang cukup, ibu dan bapa mereka pun akan dijual tanpa segan silu. Rakyat Malaysia yang waras dan mampu berfikir dan membezakan antara yang baik dan buruk pastinya tidak boleh diperbodohkan oleh puak penegak kebatilan ini. Yang waras harus berusaha untuk menyelamatkan Malaysia. Ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa hari yang lalu, Dr Mahathir telah menggariskan ancaman yang dihadapi serta tindakan yang perlu untuk mengembalikan tanahair kita ke landasan yang betul. Dr Mahathir berikrar bahawa kerajaan baru yang ditubuh selepas puak penegak kebatilan ditumpaskan akan mencari setiap sen dari duit 1MDB yang dirompak.
GST yang menjadi beban utama rakyat Malaysia juga akan dihapuskan. Rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik harus menghayati amanat negarawan ini. Ingat! Dr Mahathir lahir pada tahun 1925, iaitu 32 tahun sebelum kita mencapai kemerdekaan. - https://youtu.be/jAgO0P63r3c
Ada yang mengatakan bahawa perkara paling ditakuti pemimpin kuku besi adalah kesatuan rakyat. Keadaan dimana sebahagian besar, jika tidak keseluruhan, rakyat bersatu menentang kezaliman.
Harap ketakutan sebegini bukan sebab mengapa pihak berkuasa begitu risau apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia selesa dengan singkatan BERSATU. Yang pasti rakyat selesa bersatu dan hidup rukun damai bebas dari sengketa perkauman dan agama.
Tidak mungkin rakyat di bumi Malaysia yang kita kenali ini menyokong golongan pelampau yang sanggup melakukan apa saja demi wang ringgit, jawatan dan pelbagai habuan lain. Tidak mungkin majoriti rakyat kita tidak bermoral. Tidak mungkin sebahagian besar rakyat negara kita boleh ditakutkan dengan ugutan jenayah dan aksi ganas samseng jalanan. Samseng akan hilang bila rakyat bersatu.
Rakyat kebanyakan mendukung kebenaran dan tidak boleh diperdaya menerusi media arus perdana yang sudah hilang kedudukan moral dan kepercayaan umum. Syarikat media yang menjadi (atau dijadikan) alat propaganda pembohongan sudah mula gulung tikar. Ini bukan andaian. Tepuk dada tanya selera. Ada syarikat media yang sudah mula menjual hartanah dan menutup kilang.
Propaganda pembohongan menerusi media sosial juga tidak kemana. Jika setahun dahulu masih ada yang cuba menegakkan benang yang basah dalam isu skandal 1MDB kini sudah tidak ada yang berani berhujah. Segala pembohongan mereka menerusi propaganda terancang yang menelan jutaan ringgit hancur berkecai apabila Jabatan Keadilan US mengeluarkan laporan siasatan mereka.
Bila ada menteri mengakui bahawa Malaysian Official 1 itu adalah Perdana Menteri Malaysia maka tidak ada lagi yang keruh. Kita tahu siapa pengkhianat yang mencuri itu.
Kini penulis upahan serta pencacai sedar bahawa mereka sebenarnya cuba melindungi perbuatan jenayah pengkhianatan paling jijik dalam sejarah negara ini. Kalau pun tidak semua pasti yang berakal itu tahu membezakan antara yang benar dan yang bathil. Mungkin nafsu, harga diri dan kepentingan peribadi mereka melintangi susur pulang ke pangkal jalan. Ini nasib mereka.
Bila sudah tersepit maka tugas utama pencacai upahan adalah melancarkan fitnah dan pembohongan berbentuk serangan peribadi. Bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memiliki berbillion ringgit dalam akaun peribadi beliau? Ini tidak dijawab tetapi orang lain diserang dengan pelbagai fitnah untuk mengelirukan pandangan rakyat.
Yang pasti cerita derma Putera Arab yang kemudiannya bertukar menjadi Raja Arab sudah tidak boleh diterimapakai selepas pembongkaran Jabatan Keadilan US.
Masalah yang diperjuangkan rakyat kini bukan percaturan politik. Ianya bukan sekadar perlawanan politik didalam atau diluar mana-mana parti. Masalahnya bukan perebutan kuasa didalam Umno atau untuk jawatan perdana menteri. Masalah yang kita hadapi adalah jauh lebih besar dari politik.
Politik hanya digunakan dalam percubaan untuk melepaskan diri dari jenayah yang mungkin menerima hukuman gantung sampai mati dikebanyakan negara dalam dunia. Kuasa politik disalahguna demi kepentingan golongan kecil pengkhianat negara yang berleluasa seperti samseng jalanan. Jenayah berselindung disebalik politik.
Rakyat tahu dan peduli akan keadaan ini?
Perbincangan dan debat umum perkumpulan ramai, media sosial serta forum khusus lain jelas menunjukkan kadar kerisauan yang tinggi akan keadaan semasa negara.
Tafsiran perbincangan dan perkongsian dalam pelbagai kumpulan Whatsapp/Telegram pastinya memberikan petunjuk jelas.
Kadar tidak puas hati dalam setiap chat-group media sosial, jika dikumpul, mungkin mampu menghasilkan ledakan Hiroshima. Sayang, perasaan dan pandangan sekuat manapun tidak boleh mengubah apa-apa tanpa tindakan.
Tindakan awal yang boleh diambil oleh setiap rakyat Malaysia adalah untuk bersatu. Jangan hanya pandai mendesak tetapi tidak mampu berkorban demi kesatuan rakyat.
Kesatuan rakyat terletak ditangan kita sendiri dan bukannya budibicara mutlak parti politik. Rakyat harus menolak parti politik yang enggan bersatu untuk menyelamatkan negara.
Parti-parti politik yang kini tergolong sebagai 'pembangkang' mesti ikhlas dalam memberi tumpuan kepada persamaan diantara mereka dan bukan bercakaran mempertahankan perbezaan. Persetujuan dalam perjuangan menyelamatkan negara adalah jauh lebih bermakna dari apapun perbezaan yang wujud.
Sering kedengaran rungutan umum bahawa parti politik pembangkang tidak bersatu. Bagaimana mereka mungkin bersatu jika kepentingan peribadi dan kumpulan sendiri mengatasi kepentingan lain?
Rakyat juga harus memainkan peranan jika kita benar-benar ingin bersatu demi untuk menyelamatkan Malaysia. Selagi mana Perlembagaan Persekutuan itu menjadi dukungan utama selagi itu percakaran agama, bangsa atau pertembungan ideologi tidak harus wujud.
Satu-satunya kuasa yang masih ada adalah kuasa yang akan dizahirkan apabila rakyat benar-benar bersatu. #selamatkanMalaysia
Dengar kata-kata Perdana Menteri Singapura yang diucapkan kepada rakyat negara itu. Jika pahit tukar setiap sebutan Singapura kepada Malaysia.
Tidak salah kita mengambil yang baik dan menolak yang haram, tidak kira dari mana datangnya. Jangan terlepas kod masa '9:50' dalam ucapan diatas.
Kuat lilit kerana simpulnya, kuat Malaysia kerana rakyatnya.
p/s
Singapura, katanya, menyimpan hasil siasatan jenayah pemimpin Malaysia.
What does this country want?
-
[1] Responding to Anthony Loke’s resignation over the Pardons Board’s
recent decision to allow Najib to serve the remainder of …
Continue reading →
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
-
(For English, Read Below)
*Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu*
*Bismillahhirrahmanirrahim*
1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.