Monday 10 October 2016

Bersatu - Kuat lilit kerana simpulnya


Ada yang mengatakan bahawa perkara paling ditakuti pemimpin kuku besi adalah kesatuan rakyat. Keadaan dimana sebahagian besar, jika tidak keseluruhan, rakyat bersatu menentang kezaliman. 

Harap ketakutan sebegini bukan sebab mengapa pihak berkuasa begitu risau apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia selesa dengan singkatan BERSATU. Yang pasti rakyat selesa bersatu dan hidup rukun damai bebas dari sengketa perkauman dan agama. 

Tidak mungkin rakyat di bumi Malaysia yang kita kenali ini menyokong golongan pelampau yang sanggup melakukan apa saja demi wang ringgit, jawatan dan pelbagai habuan lain. Tidak mungkin majoriti rakyat kita tidak bermoral. Tidak mungkin sebahagian besar rakyat negara kita boleh ditakutkan dengan ugutan jenayah dan aksi ganas samseng jalanan. Samseng akan hilang bila rakyat bersatu.

Rakyat kebanyakan mendukung kebenaran dan tidak boleh diperdaya menerusi media arus perdana yang sudah hilang kedudukan moral dan kepercayaan umum. Syarikat media yang menjadi (atau dijadikan) alat propaganda pembohongan sudah mula gulung tikar. Ini bukan andaian. Tepuk dada tanya selera. Ada syarikat media yang sudah mula menjual hartanah dan menutup kilang.  

Propaganda pembohongan menerusi media sosial juga tidak kemana. Jika setahun dahulu masih ada yang cuba menegakkan benang yang basah dalam isu skandal 1MDB kini sudah tidak ada yang berani berhujah. Segala pembohongan mereka menerusi propaganda terancang yang menelan jutaan ringgit hancur berkecai apabila Jabatan Keadilan US mengeluarkan laporan siasatan mereka. 

Bila ada menteri mengakui bahawa Malaysian Official 1 itu adalah Perdana Menteri Malaysia maka tidak ada lagi yang keruh. Kita tahu siapa pengkhianat yang mencuri itu.

Kini penulis upahan serta pencacai sedar bahawa mereka sebenarnya cuba melindungi perbuatan jenayah pengkhianatan paling jijik dalam sejarah negara ini. Kalau pun tidak semua pasti yang berakal itu tahu membezakan antara yang benar dan yang bathil. Mungkin nafsu, harga diri dan kepentingan peribadi mereka melintangi susur pulang ke pangkal jalan. Ini nasib mereka.

Bila sudah tersepit maka tugas utama pencacai upahan adalah melancarkan fitnah dan pembohongan berbentuk serangan peribadi. Bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memiliki berbillion ringgit dalam akaun peribadi beliau? Ini tidak dijawab tetapi orang lain diserang dengan pelbagai fitnah untuk mengelirukan pandangan rakyat. 

Yang pasti cerita derma Putera Arab yang kemudiannya bertukar menjadi Raja Arab sudah tidak boleh diterimapakai selepas pembongkaran Jabatan Keadilan US. 

Masalah yang diperjuangkan rakyat kini bukan percaturan politik. Ianya bukan sekadar perlawanan politik didalam atau diluar mana-mana parti. Masalahnya bukan perebutan kuasa didalam Umno atau untuk jawatan perdana menteri. Masalah yang kita hadapi adalah jauh lebih besar dari politik. 

Politik hanya digunakan dalam percubaan untuk melepaskan diri dari jenayah yang mungkin menerima hukuman gantung sampai mati dikebanyakan negara dalam dunia. Kuasa politik disalahguna demi kepentingan golongan kecil pengkhianat negara yang berleluasa seperti samseng jalanan. Jenayah berselindung disebalik politik. 

Rakyat tahu dan peduli akan keadaan ini? 

Perbincangan dan debat umum perkumpulan ramai, media sosial serta forum khusus lain jelas menunjukkan kadar kerisauan yang tinggi akan keadaan semasa negara. 

Tafsiran perbincangan dan perkongsian dalam pelbagai kumpulan Whatsapp/Telegram pastinya memberikan petunjuk jelas. 

Kadar tidak puas hati dalam setiap chat-group media sosial, jika dikumpul, mungkin mampu menghasilkan ledakan Hiroshima. Sayang, perasaan dan pandangan sekuat manapun tidak boleh mengubah apa-apa tanpa tindakan. 

Tindakan awal yang boleh diambil oleh setiap rakyat Malaysia adalah untuk bersatu. Jangan hanya pandai mendesak tetapi tidak mampu berkorban demi kesatuan rakyat. 

Kesatuan rakyat terletak ditangan kita sendiri dan bukannya budibicara mutlak parti politik. Rakyat harus menolak parti politik yang enggan bersatu untuk menyelamatkan negara.

Parti-parti politik yang kini tergolong sebagai 'pembangkang' mesti ikhlas dalam memberi tumpuan kepada persamaan diantara mereka dan bukan bercakaran mempertahankan perbezaan. Persetujuan dalam perjuangan menyelamatkan negara adalah jauh lebih bermakna dari apapun perbezaan yang wujud.

Sering kedengaran rungutan umum bahawa parti politik pembangkang tidak bersatu. Bagaimana mereka mungkin bersatu jika kepentingan peribadi dan kumpulan sendiri mengatasi kepentingan lain? 

Rakyat juga harus memainkan peranan jika kita benar-benar ingin bersatu demi untuk menyelamatkan Malaysia. Selagi mana Perlembagaan Persekutuan itu menjadi dukungan utama selagi itu percakaran agama, bangsa atau pertembungan ideologi tidak harus wujud.  

Satu-satunya kuasa yang masih ada adalah kuasa yang akan dizahirkan apabila rakyat benar-benar bersatu.

#selamatkanMalaysia

Dengar kata-kata Perdana Menteri Singapura yang diucapkan kepada rakyat negara itu. Jika pahit tukar setiap sebutan Singapura kepada Malaysia.

Tidak salah kita mengambil yang baik dan menolak yang haram, tidak kira dari mana datangnya. Jangan terlepas kod masa '9:50' dalam ucapan diatas. 

Kuat lilit kerana simpulnya, kuat Malaysia kerana rakyatnya. 


p/s 

Singapura, katanya, menyimpan hasil siasatan jenayah pemimpin Malaysia. 



 

11 comments:

Anonymous said...

Good writing...

Weldone Admin!!

Anonymous said...

The hypocrite looks for faults; the believer looks for excuses.
- Abu Hamid al-Ghazali

Imam Ahmad bin Hanbal (rahimullah) was asked about the correct meaning of this hadith:
'When you hear something form or about your brother, ascribe to it the best interpretation until you can no longer do so.'
He replied, Find an excuse for him by saying, "Maybe he said this, or maybe he meant such and such."

An-Nūr:11 - Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

An-Nūr:14 - Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

An-Nūr:15 - IAITU SEMASA KAMU BERTANYA ATAU MENCERITAKAN BERITA DUSTA ITU dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu YANG KAMU TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG SAH MENGENAINYA; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

An-Nūr:19 - Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

An-Nūr:20 - Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

Anonymous said...

Panjang Lebar!!!

Kesimpulannya?????

Anonymous said...

27:92 And to recite the Qur'an." And whoever is guided is only guided for [the benefit of] himself; and whoever strays - say, "I am only [one] of the warners."

27:93 He will show you His signs, and you will recognize them. And your Lord is not unaware of what you do."

**********
5:51 O you who have believed, do not take the Jews and the Christians as allies. They are [in fact] allies of one another. And whoever is an ally to them among you - then indeed, he is [one] of them. Indeed, Allah guides not the wrongdoing people.

5:52 So you see those in whose hearts is disease hastening into [association with] them, saying, "We are afraid a misfortune may strike us." But perhaps Allah will bring conquest or a decision from Him, and they will become, over what they have been concealing within themselves, regretful.

5:53 And those who believe will say, "Are these the ones who swore by Allah their strongest oaths that indeed they were with you?" Their deeds have become worthless, and they have become losers.

Al-Mā'idah:52 - Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

 

Anonymous said...

Salam

Sebenarnya simpulan tali yang kuat tidak memberi apa2 makna yang signifikan dalam usaha untuk tuan2 dalam membentuk kerajaan.

Yang saya nampak ialah pegang tali dengan erat akan menyatukan semua mereka yang terlibat sekiranya itu yang dimaksudkan.

Juga saya ingin tuan2 semua untuk mengimbas kembali bagaimana pembentukan Singapura dan sayugia diingatkan ialah pihak yang terlibat dalam pembentukan Singapura perlukan ruang untuk mereka meluaskan perniagaan kerana terdapat potensi yang besar. Oleh itu bagi memastikan survival, pihak tersebut akan melakukan apa saja untuk hidup dengan menguasai dunia yang sementara ini dan akhirnya umat Islam terpengaruh dan terjebak tanpa disedari yang boleh menguntungkan pihak berkenaan. Ini analisa saya.

Apanama said...

Salam Anon 2:09

Mana mungkin simpulan tali yang kuat tidak memberi makna jika simpul itu merupakan ikatan. Biasanya tali disimpul bagi mengelak tali itu terlepas dari pegangan jadi makna dan signifikasi simpul pasti lebih mendalam dari sekadar berpegang.
Mengimbas kembali pembentukan Singapura ada baiknya namun yang lebih penting untuk kita rakyat Malaysia pada waktu ini ialah untuk mencermin diri sendiri. Apakah kedudukan kita jauh lebih baik atau sebaliknya daripada Singapura yang ingin kita imbas itu?

Apanama said...

Anon 1:34

Sila baca berulang kali sampai anda menemui kesimpulannya. Jika masih tidak menjumpainya, sila mohon bantuan murid2 yang sedang menduduki peperiksaan PT3.

Anonymous said...

Baik punya smash..bos
Kalau buang simpul, lilit terbarai..
Indah Bahasa Melayu ni

Nenekghuffran said...

Terbaik....

Bersatu!!! Nenek sudah...yang lain bila lagi? Ketua Penyamun dah nak lingkup tak lama lagi....

Anonymous said...

Binatang Ternak (Al-'An`ām):120 - Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan.

An-Nisā':108 - Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

Al-Baqarah:159 - Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

John Doe said...

Well written Tuan. Keep it up and never give up. Doa saya bersama tuan.