Wednesday 5 October 2016

DAULAT TUANKU



#rakyatberserah

#RakyatBerserah 11.10.2016


Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

DEKLARASI RAKYAT : RAKYAT BERSERAH KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN KEBAWAH DULI-DULI RAJA-RAJA MELAYU YANG AKAN BERSIDANG DALAM  PERSIDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA PADA 11HB DAN 12HB OKTOBER 2016 ---

DESKRIPSI LOGO :

1. Latarbelakang HITAM - melambangkan keadaan Rakyat yang berada dalam keadaan kemurungan dan ketidakpastian disebabkan kemelut salahlaku oleh kepimpinan kerajaan negara pada masa kini.

2. Frasa "DAULAT TUANKU" dalam warna KUNING - melambangkan kehormatan dan kebesaran yang diletakkan pada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, dalam warna rasmi Diraja.

3. Kedua-dua TAPAK TANGAN yang ditemukan dan dirapatkan serta hujung kesemua jari lurus menghala ke atas dan diangkat tinggi - melambangkan Rakyat merafak sembah dan memohon ampun untuk memohon mencemar duli akan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, perkenankan pemintaan dan harapan Rakyat.

4. Corak dan warna BENDERA JALUR GEMILANG pada kedua-dua tapak tangan - melambangkan sejumlah lebih 1 juta Rakyat Malaysia yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat.

5. Tarikh 11.10.2016 dalam warna KUNING - melambangkan tarikh permulaan Persidangan Majlis Raja-Raja Ke-242 yang dijadualkan pada 11hb dan 12hb Oktober, 2016, dalam warna rasmi Diraja.

6. Frasa "RAKYAT BERSERAH" dalam warna KUNING - melambangkan permintaan serta perletakan pengharapan Rakyat terhadap KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, untuk mencemar duli melaksanakan kuasa sah di bawah Perlembagaan Persekutuan yang berada pada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, dalam warna rasmi Diraja.

(ENGLISH TRANSLATION)

DESCRIPTION OF LOGO :

1. Background in BLACK - represents the people whom are in mistrust and uncertainty due to the abuse of power crisis committed by the government leadership in this nation at this material time.

2. The phrase "DAULAT TUANKU" in YELLOW - represents the respect and honour placed unto KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, in the official Royal colour.

3. Both the PALMS OF THE HANDS clasped together with the fingers straightened and pointed upwards - represents the act of "merafak sembah" and to seek the forgiveness of KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, in craving leave for the granting of the wishes of the people.

4. Design and colour of the JALUR GEMILANG FLAG on both the hands - represents the number of more then 1 million people of Malaysia whom had signed the Citizens' Declaration.

5. Date 11.10.2016 in YELLOW - represents the beginning of the 242nd Conference of Rulers, in the official Royal colour.

6. The phrase "RAKYAT BERSERAH" represents the hope and expectation of the people, for the carrying out and exercise of the valid powers of KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, vested under the Federal Constitution unto KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong and KeBawah Duli-Duli Raja-Raja Melayu, in the official Royal colour.

IN SHAA ALLAH !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

1 comment:

dt rahman pekan said...

kpa Allah swt kita berserah.

'hope for the best but be prepared to be dissappoited'