Monday 1 May 2017

Soros mampu jatuhkan pemimpin tinggi Umno Melaka?

Kenderaan di-atas adalah Toyota FJ Cruiser, iaitu sejenis kenderaan pacuan 4-roda yang agak popular dikalangan peminat 4x4 Malaysia. 

Purata harga FJ Cruiser adalah dalam lingkungan RM150,000 - 200,000. 

Tiga buah Toyota FJ Cruiser yang hampir serupa seperti dalam gambar diatas kini berada diperkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka. 

Dua daripada tiga buah Toyota FJ Cruiser lengkap bercermin gelap itu dirampas dari dua orang VVIP dan seorang individu yang dikenali sebagai Soros. 

Soros yang kini masih diburu pihak SPRM dipercayai telah menghadiahkan kenderaan tersebut kepada kedua-dua VVIP berkenaan. 

Menurut sumber dari bumi Hang Tuah, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron adalah salah seorang VVIP yang menggunakan kereta Toyota FJ Cruiser yang dihadiahkan Soros. (Jika laporan ini kurang tepat, Idris Haron boleh tampil menafikan berita ini) 

Untuk makluman pembaca skandal rasuah bernilai RM150 juta (mungkin lebih) ini melibatkan seorang individu dari Melaka yang dikenali sebagai Soros. Umum tahu bahawa Idris Haron dan Soros mempunyai hubungan yang akrab.

Kegagalan SPRM untuk mendakwa Soros dimahkamah setelah mendapat restu Pejabat Peguam Negara  telah menimbulkan pelbagai persoalan akan campurtangan ahli politik negeri untuk melindungi Soros. 

Menurut seorang bekas pemimpin tertinggi dari negeri Melaka, skandal Soros ini mampu menamatkan riwayat politik pemimpin tinggi politik dari negerinya. 

"Jika Soros didakwa maka segala tembelang pemimpin politik berkenaan akan pecah dan besar kemungkinan beliau dan ahli keluarga beliau pun terpaksa didakwa. SPRM tidak boleh membuat pendakwaan terpilih.

"Beliau dalam keadaan yang amat terdesak sekarang dan sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Soros. Skandal ini lebih besar dari Soros dan RM150 juta," katanya. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai Idris Haron telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Manila dan membincangkan skandal rasuah ini. 

Idris Haron harus mengadakan satu sidang media khas untuk memperjelaskan skandal yang telah mencemarkan negeri Melaka ini.

Mungkin Idris Haron Ketua Menteri Melaka juga tahu siapa lagi yang terlibat dalam skandal rasuah berkenaan. 

p/s 

Senarai rampasan penuh di-SINI

Kenapa SPRM pun tiba-tiba kelu tak berkata-kata? Rakyat sedang perhatikan tindak tanduk kalian.