Monday 1 May 2017

Soros mampu jatuhkan pemimpin tinggi Umno Melaka?

Kenderaan di-atas adalah Toyota FJ Cruiser, iaitu sejenis kenderaan pacuan 4-roda yang agak popular dikalangan peminat 4x4 Malaysia. 

Purata harga FJ Cruiser adalah dalam lingkungan RM150,000 - 200,000. 

Tiga buah Toyota FJ Cruiser yang hampir serupa seperti dalam gambar diatas kini berada diperkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka. 

Dua daripada tiga buah Toyota FJ Cruiser lengkap bercermin gelap itu dirampas dari dua orang VVIP dan seorang individu yang dikenali sebagai Soros. 

Soros yang kini masih diburu pihak SPRM dipercayai telah menghadiahkan kenderaan tersebut kepada kedua-dua VVIP berkenaan. 

Menurut sumber dari bumi Hang Tuah, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron adalah salah seorang VVIP yang menggunakan kereta Toyota FJ Cruiser yang dihadiahkan Soros. (Jika laporan ini kurang tepat, Idris Haron boleh tampil menafikan berita ini) 

Untuk makluman pembaca skandal rasuah bernilai RM150 juta (mungkin lebih) ini melibatkan seorang individu dari Melaka yang dikenali sebagai Soros. Umum tahu bahawa Idris Haron dan Soros mempunyai hubungan yang akrab.

Kegagalan SPRM untuk mendakwa Soros dimahkamah setelah mendapat restu Pejabat Peguam Negara  telah menimbulkan pelbagai persoalan akan campurtangan ahli politik negeri untuk melindungi Soros. 

Menurut seorang bekas pemimpin tertinggi dari negeri Melaka, skandal Soros ini mampu menamatkan riwayat politik pemimpin tinggi politik dari negerinya. 

"Jika Soros didakwa maka segala tembelang pemimpin politik berkenaan akan pecah dan besar kemungkinan beliau dan ahli keluarga beliau pun terpaksa didakwa. SPRM tidak boleh membuat pendakwaan terpilih.

"Beliau dalam keadaan yang amat terdesak sekarang dan sanggup lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Soros. Skandal ini lebih besar dari Soros dan RM150 juta," katanya. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai Idris Haron telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Manila dan membincangkan skandal rasuah ini. 

Idris Haron harus mengadakan satu sidang media khas untuk memperjelaskan skandal yang telah mencemarkan negeri Melaka ini.

Mungkin Idris Haron Ketua Menteri Melaka juga tahu siapa lagi yang terlibat dalam skandal rasuah berkenaan. 

p/s 

Senarai rampasan penuh di-SINI

Kenapa SPRM pun tiba-tiba kelu tak berkata-kata? Rakyat sedang perhatikan tindak tanduk kalian.



15 comments:

Unknown said...

Bro, jgn main sergah jer. Ada bukti ke penulisan ni atau sekadar dapat info dari khabar angin. Awak blogger terkemuka, jangan rosakan nama dengan kualiti penulisan macam ni.

Apanama said...

Jika yang ditulis ini tak betul maka Ketua Menteri boleh tampil membuat penafian/penjelasan. Mudah.

Anonymous said...

Bukankah ketua menteri melaka menganggap mo1 adalah anugerah tuhan... Dalam maknanya tu

Anonymous said...

Spot ON Bro Apanama...

Anonymous said...

keluar je kes baru..semua pemimpin dari parti UMNGOK

Quantum Metal Consultant said...

Cash Is King masih lagi valid.

Ricesaffron@gmail.com said...

Bro kalau nak balun , balum semua di Melaka,, jangan nanti pencurik di ganti dengan penyamun,, ada esco kanan Melaka yg dah berangan nak jadi KM pun boleh intai intai , ini lagi teruk,, dulu kerani peladang saje. Sekarang dengan gaya dan lagak anak beranak mengalah big boss,, narda cekal sdn bhd tu apa dan siapa dan mcmn boleh beralih rumah,,, tolong intai intai ini bukan main main ini betul betul

Anonymous said...

Mohd Yusof Abu Hassan?

Not surprised at all.

Kalau M01 Najib is not a public official, so is CM Idris. Untouchable setara para Ambia???

Unknown said...

Melaka in A Mess...not Dont Mess With Melaka....lawyer perumahan

Anonymous said...

saffron rice ni sape,din 3 minit tu ker?

Anonymous said...

Percaya atau tidak milik pembaca. Tdm pernah kata, tulis sampah, lalat jer yg baca. Orang bijak tak baca. Dulu saya singgah juga blog jiwa paradox, lama dah tak jumpa blog bila baca tulisan kurang mantap tarikannya. Tajuk tak menarik.

Anonymous said...


Boss Derih di Melaka pun dapat 4x4 mewah juga. Hebat mainan Yusuf Soros. Memang tak akan dituduh. SPRM makan kacang.

Anonymous said...

95% pemimpin umno terlibat rasuah. Jika agong ada kuasa memecat mereka ini, dah lama berambus. Disebabkan mereka ini, hasil mansul negara tak dapat diagih kepada rakyat. Sepatutnya ekonomi malaysia lebih baik dari negara jiran. Wang kita pasti harga tinggi berbanding tukaran yang ada sekarang. Rakyat malaysia jangan jadi bodoh termakan dengan kata2 iblis umno ini. Rakyat perlu berfikiran positive, buang umno agar menghindarkan pemimpin mereka menyalah gunakan kuasa untuk menyamun harta negara. Bertindaklah secara bijak untuk kebaikan negara dan diri sendiri. Fikir2kan, jangan bersakongkol membuat dosa.

Anonymous said...

Bukan salah SPRM. SPRM dah buat kerja dia. Kumpul bukti semua. KM Melaka sendiri pun dah disoal siasat. Next step is pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini tugas AG.
Kalau AG refused to charge tak boleh nak kata apa. Tak pun AG dah ready nak charge, tiba-tiba 'wahyu' turun, maka niat terhenti di tengah jalan. Kalau ianya melibatkan Umno dan pemimpin korup mereka, all the rules in the land will not apply to them. Mereka ini kebal.
Lim Guan Eng yang kesalahannya hanya membeli banglo murah dan tidak melibatkan sebarang wang rakyat sepantas kilat didakwa di mahkamah, pemimpin-pemimpin Umno di bahagian bebas ke sana ke mari throwing money and gift to buy influence. Corruption is endemic in Umno right from very top down below. Money is like griss to get things done. Like Tun M always said in his ceramah, one of the reasons why 1MDB fund was set up in the first place was to raise money to buy Umno ranks and files. Each and every one of them can be baught provided you know the price. Some get 2 millions. Some get a million. Some get 200 thousand and some get a paltry 50 thousand. Ordinary members get cash in an envelope with free lunch.
Malaysia ni dah jadi sebuah negara dictatorship. Dari segi kulit dan luaran, memang ianya bergelar democratic with separation of powers tapi dalamnya 'full fledged' autocratic tyrant. Its leader ruled with iron fist.
Democratic institutions seperti AG, judiciary, legislative dan enforcement egencies tidak berfungsi secara normal. They took orders from above seperti apa yang berlaku di parlimen baru-baru ini di mana speaker sesuka hati memberhentikan perbahasan tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada MP-MP.
Dia berhujah he has the power to do so. Bukan saja di parlimen bahkan institusi-institusi lain pun. Judges dispense mind boggling judgements which defy rationality. Selalu ada tangan-tangan ghaib yang mencampuri urusan mereka.
Yang mana enggan tunduk kepada 'arahan' yang diberikan, pressure will be applied to them seperti apa yang berlaku kepada pegawai kanan SPRM baru-baru ini. Kehidupan peribadinya diselongkar dan keaibannya didedahkan kepada umum. Some were removed from the office. Others were not that lucky. Itulah harga sebuah perjuangan.

Jidin said...

Anon 6:13am,well written bro..so remember PRU 14..dismiss umno/bn to the doldrums!