Showing posts with label fgv. Show all posts
Showing posts with label fgv. Show all posts

Friday, 10 February 2017

Melayu mampu tanpa Umno


1. Melayu akan terus wujud dan maju tanpa Umno. Umno yang akan hilang kuasa tanpa sokongan orang Melayu dan bukan sebaliknya. Kuasa Melayu akan kekal dengan orang Melayu. 

2. Umno tidak sedar bahawa sebahagian besar pengundi Melayu/Islam tidak lagi menyokong mereka.  Data keputusan PRU13 adalah bukti nyata fakta ini. Melayu bukan hak mutlak Umno.

3. DAP tidak berhasrat merampas kuasa dari orang Melayu/Islam. DAP juga tidak mampu berbuat demikian berdasarkan penguasaan kerusi parlimen. Peratusan pecahan penduduk mengikut kaum juga tidak memihak kepada hasutan bahawa 'Cina akan merampas kuasa'. Peratusan rakyat Melayu/Islam dijangka meningkat kepada 85% dalam masa 15 tahun. 

4. Rakyat Malaysia yang bermastautin di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tidak mati kebuluran atau hidup dalam keadaan darurat kerana menolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya. Kehidupan mereka, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang, nyata lebih baik sekarang.

5.Siapa Najib Razak ? Luangkan sedikit masa untuk menonton dan mendengar sendiri apa kata Ahli Parlimen Raub (DAP) YB Ariff Sabri (video diatas). 
Ariff merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dibawah Parlimen Pekan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan selama 4 tahun. 
Ketua Umno Bahagian Pekan adalah Datuk Seri Najib Razak. Menurut Ariff jenayah yang dilakukan Najib tidak boleh dimaafkan.

p/s 

Umno kalah hari ini, matahari akan tetap terbit esok pagi. Tak percaya?




Wednesday, 22 April 2015

Surat terbuka anak Tok Mat

Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Ahli Parlimen Pulai (Johor) selama tiga penggal, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Ketua Bahagian Umno Pulai dan antara pemimpin pelapis Umno. 

Kata Nur Jazlan,

"Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.

Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.

Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini.

Di sinilah letaknya perbezaan utama Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.

Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.

Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja.

Sama ada Najib masih boleh bertahan sehingga tempoh akhir Parlimen pada 2018 dengan segala serangan ini atau tidak, wallahhuallam…tetapi yang pasti lakon layar Umno ini bukan sesuatu yang memelikkan atau mustahil kerana tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam parti ini."

Baca sepenuhnya luahan hati pemimpin pelapis ini di Accountant Speaks 



Site Meter