Showing posts with label salahguna kuasa. Show all posts
Showing posts with label salahguna kuasa. Show all posts

Saturday, 25 June 2016

Kepada Allah saya berserah - Muhyiddin Yassin


KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya. 

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara. 

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba. 

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini. 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Friday, 9 October 2015

Daulat Tuanku!


MEMAHAMI KERTAS SIASATAN BANK NEGARA YANG DIHANTAR KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS 1MDB 

Rupanya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah benar-benar tunaikan janjinya seperti yang beliau maklumkan pada 13 Ogos yang lalu bahawa Bank Negara telah selesai siasatan 1MDB dan telah hantar laporan kepada Peguam Negara yang baru Tan Sri Apandi Ali untuk tindakan undang-undang selanjutnya ke atas 1MDB. (rujuk berita: http://goo.gl/oDvUhF)

Selepas Majlis Raja-Raja bertitah, Pejabat Peguam Negara hari ini telah memberi jawapan balas yang negatif berhubung Kertas Siasatan (Investigation Paper - IP) yang telah dihantar oleh pihak Bank Negara kepada Pejabat Peguam Negara tersebut. Bank Negara telah menghantar surat rayuan kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula tetapi ditolak sekali lagi oleh Pejabat Peguam Negara atas alasan "tiada bukti selanjutnya" dan telah dipulang Kertas Siasatan tersebut kepada Bank Negara.

(rujuk pekeliling am yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara: http://goo.gl/y5kXLe)

Kertas Siasatan dan laporan Bank Negara ke atas 1MDB itu adalah berkaitan pemalsuan kenyataan yang dibuat oleh pihak 1MDB di bawah perenggan (4)(b) dalam Bahagian 1 daripada Jadual 5 dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (paragraph (4)(b) of Part 1 of the Fifth Schedule to the Exchange Control Act 1953)  iaitu berhubung "compliance" yang ditetapkan oleh Bank Negara:

"No person in or resident in Malaysia shall—
(b) in furnishing any information for any of the purposes of this Act, make any statement which he knows to be false in a material particular, or recklessly make any statement which is false in a material particular;"

Persoalan-persoalan berbangkit:

1 - Soalnya sekarang kenapa Bank Negara sanggup menghantar semula Kertas Siasatan tersebut walaupun telah ditolak sebanyak 2 kali oleh Pejabat Peguam Negara? 

2- Adakah ini bermakna Bank Negara benar-benar telah pastikan siasatan mereka benar-benar jelas, yakin dan tiada syak lagi berhubung salah laku 1MDB?

3 - Kalau begitu, kenapa Pejabat Peguam Negara masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dilampirkan oleh Bank Negara untuk menolak buat kali kedua Kertas Siasatan yang sama dihantar semula oleh Bank Negara pada 13 Ogos lalu?

4 - Apakah yang Bank Negara maksudkan dengan pemalsuan makluman kepada Bank Negara yang 1MDB lakukan? 

5 - Adakah ianya melibatkan pelaburan dalam usaha sama yang dibuat oleh 1MDB ke atas syarikat PetroSaudi International yang rumit itu? 

6 - Atau adakah ianya melibatkan pemalsuan makluman kepada Bank Negara melibatkan pelaburan 1MDB dalam portfolio Brazen Sky Limited di Pulau Cayman?

7 - Saya fikir Bank Negara sendiri runsing melihat perkembangan ini kerana sampai DUA KALI pihak Bank Negara menghantar semula kertas siasatan tetapi ditepis juga sebanyak DUA KALI oleh Pejabat Peguam Negara.

8 - Bank Negara ada keluarkan notis untuk mencari dua individu penting bagi membantu siasatan 1MDB iaitu Casey Tang dan Jasmine Loo (rujuk notis rasmi tersebut: https://goo.gl/HZq1op). 

9 - Adakah dengan mendapatkan keterangan dua saksi ini pihak Pejabat Peguam Negara akan berpuas hati dan menerima Kertas Siasatan Bank Negara berhubung 1MDB?

10 - Bolehkah pihak Polis Diraja Malaysia menggunakan Interpol untuk menjejaki kedua-dua individu ini? Seperti dilaporkan The New York Times pada 21 September yang lalu (http://goo.gl/MGZe18), salah seorang daripada mereka iaitu Jasmine Loo telah dipastikan tinggal di kondominum mewah di Times Warner Center, Manhattan, New York.

Menyahut titah Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini, rakyat menyeru semua pemegang amanah yang menyiasat kes 1MDB untuk mentaati titah Raja-Raja Melayu yang telah dititah pada 6 Oktober yang lalu iaitu "penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran"

Daulat Tuanku!

Ikhlas,
Rakyat Malaysia,

Friday, 21 August 2015

Fitnah itu kerja mereka yang tidak diajar ibu bapa - Datuk Hamid Bador


'Ada pihak cuba pujuk saya tutup mulut' - Abdul Hamid Bador

Abdul Hakim Rahman, Astro Awani | Ogos 21, 2015 08:26 MYT

ABDUL HAMID: Terperosoklah saya dalam neraka jahanam selama-lamanya jika saya lakukan dosa besar ini (menfitnah Tun Mahathir).
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengakui ada pihak yang cuba memujuk beliau daripada bercakap mengenai isu sebenar.

"Orang yang sebarkan berita palsu (dalam aplikasi WhatsApp) itu sengaja berbuat demikian untuk buy time (lengahkan masa).

"Ia satu taktik mengalih tumpuan buat sementara untuk beri masa bagi usaha memujuk saya agar tutup mulut dari isu sebenar," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Abdul Hamid berkata demikian susulan khabar angin dalam WhatsApp yang menyatakan beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apa dosa Tun Mahathir kepada saya sehingga tergamak saya hendak memfitnah beliau?

"Terperosoklah saya dalam neraka jahanam selama-lamanya jika saya lakukan dosa besar ini.

"Menangis roh ibu bapa saya dalam kubur," katanya lagi sambil menyifatkan pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut mungkin tidak mempunyai ibu bapa kerana tidak diajar menjadi insan yang jujur. - ASTRO AWANI

Berita sebelum ini - 

Cut me into pieces but I will never defame Dr M



Wednesday, 19 August 2015

NEGARAKU - Siapa lagi bersama rakyat ?

Tak takut Tuhan?
Sebagaimana yang dikatakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat.:- Tun Ibrahim Tuan Man - Timbalan Presiden Pas

PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said today PAS will support a no-confidence vote against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, as mentioned by the party's elections director Datuk Mustafa Ali.
"If there is a no-confidence vote moved against the prime minister, PAS will join in as the actions by 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and answers on the RM2.6 billion donation clearly cannot be accepted by the people," he said.
- Tuan Ibrahim Tuan Man  


Sebelum ini Tuan Ibrahim pernah membuat kenyataan bahawa skandal 1MDB serta permasalahan lain yang melanda Malaysia sebenarnya telah membuka ruang yang lebih luas untuk parti-parti pembangkang. Beliau berkata kini waktu terbaik bagi pembangkang untuk mengenepikan permasalahan mereka dan duduk semeja untuk mencatur kaedah untuk menyelamatkan negara.  

Kenyataan beliau dua minggu yang lalu itu mungkin hanya dinilai dari sudut politik kerana Tuan Ibrahim juga menyentuh tentang perlunya keseluruhan pentadbiran ditukar, bukan hanya setakat menyingkiran Perdana Menteri yang telah menyebabkan pelbagai masalah kepada negara dan rakyat. 

Namun kenyataan terbaru Tuan Ibrahim mungkin boleh ditafsir dalam konteks yang lebih luas, kerana kenyataan ini datangnya selepas 'komplot' Ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri heboh. (Komplot dihebohkan oleh Timbalan Perdana Menteri)

Oleh itu, dari satu sudut Tuan Ibrahim boleh dilihat menzahirkan pendirian jelas PAS mengenepikan politik kepartian buat seketika  untuk berdiri bersama rakyat. 

Pas mungkin telah sedar akan denyut nadi sebenar sebahagian besar rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, darjat atau pegangan politik. Ajaran agama serta nilai-nilai murni kehidupan mengatasi segalanya. 

Pas atau mana-mana parti politik atau perkumpulan lain tidak lagi mempunyai pilihan selain melangkah keluar dari kepompong politik demi menyelamatkan negara.

Ini bukan lagi politik. Ini gerakan aman rakyat Malaysia, mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan, untuk menyelamatkan negara. 

Siapa lagi yang sebenarnya bersama rakyat untuk negara?

Harus diambil maklum juga bahawa ada sebilangan ahli politik pembangkang serta penyokong yang berpendapat bahawa krisis kepimpinan masakini harus dibiarkan berlarutan agar parti pemerintah lumpuh sepenuhnya menjelang pilihanraya akan datang. Mereka ini nyata meletakkan kepentingan parti mengatasi segalanya tanpa mempedulikan akibatnya kepada negara dan rakyat? 

P.S. DAULAT TUANKU!

Sunday, 16 August 2015

Siapa sebenarnya yang hilang akal?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pengkritiknya paling lantang, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa beliau berbelanja kurang daripada RM10 juta dalam setiap kempen pilihan raya semasa beliau menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
Najib, yang menghadapi kritikan kerana menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak lama sebelum pilihan raya umum 2013 berkata, adalah tidak logik dan tidak masuk akal sekiranya satu kempen pilihan raya hanya memakan belanja RM10 juta.
Najib berkata beliau memikirkan mengenai jumlah yang dikatakan Dr Mahathir itu berkali-kali dan mendapati ianya tidak logik.
"Dia kata dalam 90-an dia hanya belanja RM10 juta. Saya fikir tentang itu berulang kali. Dengan deposit pilihan raya untuk 193 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri, anda akan memerlukan sekurang-kurangnya RM41 juta. (??????????)
"Itu baru perbelanjaan minimum jika anda menghabiskan RM100,000 bagi setiap kerusi Parlimen dan RM50,000 deposit bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kepala Batas hari ini.
"Itu tidak termasuk wang yang parti akan habiskan untuk barang pilihan raya seperti papan iklan, kain rentang, poster, kemeja dan mesyuarat.
"RM10 juta tidak munasabah. Kalau nak mengkritik pun, lakukanlah dengan berasas. Ia mesti logik dan berfakta," katanya kepada perwakilan Umno dalam mesyuarat bahagian Kepala Batas hari ini di Pulau Pinang. - Malaysian Insider 
Tolong pakai otak ok. Please! 
Mula-mula dalam tulisan bertajuk AKAUN PERIBADI di dalam blog beliau Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: -

Perenggan- 13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.

Dalam tulisan seterusnya bertajuk MALAYSIA Tun Dr Mahathir mengulas secara lebih mendalam lagi tentang perkara yang sama. Beliau berkata:- 

Perenggan- 26. Kepada pemimpin bahagian UMNO dan pelbagai kuncu-kuncu, PM, dalam mesyuarat tertutup, mendakwa berbilion-bilion ini adalah untuk pilihan raya.

Perenggan- 27. RM2 bilion untuk pilihan raya adalah tidak munasabah. Saya memerlukan kurang daripada 10 juta untuk setiap satu daripada lima pilihan raya yang saya mempengerusikan dan saya memenangi semua dengan lebih daripada 2/3 majoriti. Mengapa anda perlu 2.6 bilion lebih atau 2600 juta Ringgit. Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam, atau untuk memanupulasi pilihan raya. Ini tidak betul, apatah lagi dari segi undang-undang.

Kenapa Najib terpaksa berfikir berulang kali namun gagal memahami kenyataan ringkas ini. Tidak faham atau buat-buat tak faham Datuk Seri?

Jawapan ringkas untuk merungkai kekeliruan melampaui batas yang dihidapi YAB Perdana Menteri (tidak perlu fikir berkali-kali sampai hilang akal). 

Kita kira perbelanjaan deposit bagi tahun 1999.

193 kerusi Parlimen x RM15,000 = RM 2,895,000
504 kerusi DUN x RM8,000 = RM 4,032,000 

Wang Deposit Pilihan Raya - KOS TERKINI 2013
Jumlah deposit seperti berikut:  - 
RM10,000 untuk deposit calon Parlimen  - RM5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen  - 
RM5,000 untuk deposit calon DUN - RM3,000 untuk deposit bahan kempen DUN -  SUMBER

Jumlah sebenar perbelanjaan bagi deposit hanya RM 6,927,000. 

Jika pada tahun 1999 pun perbelanjaan deposit yang di-uruskan ibu-pejabat tidak sampai RM 7juta ringgit maka tahun-tahun sebelumnya nyata lagi rendah kerana jumlah deposit yang lebih kecil pada ketika itu. Mungkin pada tahun 1999 pun kosnya lebih rendah lagi kerana perkiraan ini berdasarkan kos deposit terbaru tahun 2013. (Faham?)

Sebenarnya tuduhan Najib Razak bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir tidak masuk akal adalah tidak berasas dan merupakan fitnah jika Najib membuat kenyataan tersebut dalam sedar. Saya fikir, seperti kebiasaan sejak kebelakangan ini, mungkin Najib pun tidak faham apa yang beliau ungkapkan dikhalayak ramai.

Perkiraan di-atas adalah bagi semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri yang ditandingi BARISAN NASIONAL dan bukan UMNO semata-mata. Harus di-akui bahawa selain perbelanjaan deposit terdapat pelbagai perbelanjaan lain ketika pilihanraya dan terdapat had perbelanjaan yang ditetapkan mengikut Parlimen/DUN. 

Kos perbelanjaan lain yang di-hadkan ini biasanya ditampung melalui pelbagai sumber lain termasuk parti-parti politik dalam Barisan Nasional di-peringkat nasional/negeri menerusi dana sendiri atau sumbangan penyokong (yang dimasukan kedalam akaun parti dan bukan peribadi). Melampaui had yang ditetapkan adalah satu kesalahan pilihanraya dan jika disabitkan kesalahan boleh dilucutkan jawatan.

P.S. 
1. Deposit RM 41 juta untuk kerusi Parlimen dan DUN pada tahun 1999 tu you kira macam mana Datuk Seri Perdana Menteri? 

2. Mereka yang masih tidak memahami isu deposit/perbelanjaan pilihanraya ini, termasuk YAB Perdana Menteri, boleh mengemukakan permohonan agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengadakan satu seminar khas berhubung isu ini.  Jika tidak ada mana-mana pihak yang gundah gulana, Tun Dr Mahathir boleh dijemput untuk memberi penerangan yang lebih terperinci. 

#beranikeranabenar 


Sekadar makluman :- 









Tuesday, 4 August 2015

Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak



SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION

(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti - Parlimen Belia Malaysia 

NOTA: Saudara Akmal Saufi adalah anak kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta'zim Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin. 


Saturday, 25 July 2015

MEMPERINGATI 43 TAHUN SKANDAL WATERGATE

Skandal Watergate yang akhirnya telah menyebabkan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon meletak jawatan mula terbongkar apabila penceroboh yang memecah masuk ke Ibu Pejabat Parti Demokratik di Kompleks Hotel/Pejabat Watergate di Washington DC telah di tangkap. 

Beberapa penceroboh kemudiannya dihubungkait secara langsung dan tidak langsung dengan mereka disekeliling Presiden Nixon yang datang dari Parti Republikan. Beliau (Presiden) cuba menghalang siasatan. Akhirnya Nixon "under threat of impeachment" oleh Kongres menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat yang meletak jawatan semasa masih menjawat jawatan.

Watergate tidak akan terurai atau diambil peduli umum tanpa; PERTAMA semangat waja kewartawanan penyiasatan oleh wartawan-wartawan Washington Post Bob Woodword dan Carl Bernstein,

KEDUA kesanggupan pemberi maklumat dalaman yang digelar "deep throat" yang akhirnya dikenalpasti dari pengakuannya sendiri puluhan tahun kemudian sebagai Pengarah Bersekutu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Mark Felt (FBI ialah agensi yang dipertanggungjawabkan menyiasat),

KETIGA keberanian Pendakwaraya Khas Archibald Cox yang mensapina pita-pita rakaman perbualan Rumah Putih,

KEEMPAT integriti Peguam Negara Elliot Richardson dan Timbalannya William D. Ruckelshaus kerana sanggup meletak jawatan disebabkan enggan menurut perintah Presiden Nixon bagi memecat Cox sebagai Pendakwaraya Bebas untuk menyiasat kes tersebut kerana Nixon enggan mematuhi/tidak gembira dengan Sapina yang dikeluarkan Cox untuk pita-pita perbualannya,

KELIMA kesepakatan Mahkamah Agong (walau secara hakikatnya dilantik berdasar ideologi) yang mengarahkan Presiden Nixon menyerahkan 64 pita-pita rakaman perbualan White House dan menafikan tuntut lindung beliau di bawah payung "executive privilege".

Akhirnya kejatuhan Nixon bukan sangat kerana kaitan beliau dengan penceroboh Kompleks Watergate tetapi kerana usaha-usahanya kemudian untuk menghalang siasatan kadangkala dengan menggunakan jentera kerajaan. Kejadian pencerobohan Ibu Pejabat Parti Demokratik berlaku pada 17 Jun 1972. Dalam pilihanraya presiden November 1972 Nixon telah menang besar untuk penggal ke-2 kepresidenan namun telah meletak jawatan pada 8 Ogos 1974. Pengganti beliau Presiden Ford telah mengampunkan beliau dari berhadapan dengan sebarang pendakwaan.

P.S. Pada pilihanraya presiden November 1976 Presiden Ford yang mewakili Parti Republikan telah tewas kepada Gabenor Jimmy Carter yang mewakili Parti Demokrat. Banyak penganalisa yang mempersalahkan kekalahan Ford kerana mengampuni Nixon.


Nota: Coretan sejarah skandal Watergate di-atas adalah kiriman pembaca yang juga merupakan bekas pegawai tinggi pentadbiran negara tidak lama dahulu.