Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

Thursday, 19 November 2015

RM2 juta dalam akaun Rosmah Mansor adalah derma ikhlas ?

Meneliti kembali laporan dan pembongkaran media, terutamanya media elektronik, berhubung duit tunai RM2 juta dalam akaun peribadi isteri Perdana Menteri, besar kemungkinan jumlah duit yang besar itu pun adalah sejenis derma.

RM2 juta itu mungkin derma yang dihulurkan kepada Rosmah Mansor untuk kerja-kerja kebajikan yang beliau begitu aktif lakukan. 

Siapa yang menderma jangan disoal, itu mungkin rahsia besar. Rahsia serupa derma RM2.6 billion yang diterima suami beliau. Keperibadian serta kebijaksanaan mereka suami isteri memang dikenali seantero dunia. Jesteru derma yang datang mencari. 

Bagi tujuan siasatan untuk memastikan ianya benar-benar derma / sumbangan ikhlas Pasukan Petugas Khas atau SPRM/PDRM/Bank Negara seharusnya mengenalpasti punca wang tunai RM2 juta yang didepositkan kedalam akaun peribadi oleh seorang individu bernama Roslan Sohari. 

Siapa Roslan Sohari? 
Dah siasat akaun yang dipaparkan?
Pembongkaran media sebelum ini mengenalpasti Roslan Sohari sebagai anggota tentera yang bertugas sebagai 'Resident Manager at the Prime Minister's Office' .

Pelbagai gambar serta maklumat peribadi serta rakaman perjalanan global Roslan Sohari bersama Perdana Menteri dan rombongan pun berjaya dirakam dari Facebook beliau (sebelum seluruh catatan Facebook Roslan Sohari hilang secara mengejut) 

Setakat ini belum ada apa-apa laporan yang mengatakan bahawa pembongkaran berhubung RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah Mansor serta indentiti individu yang bertindak mendeposit sejumlah wang tersebut, iaitu Roslan Sohari , adalah palsu.

Sebelum ini Pasukan Petugas Khas, menerusi Peguam Negara  ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail, telah membuat kenyataan rasmi bahawa kes ini didalam pengetahuan serta siasatan mereka. 

Apa perkembangan kes ini. Roslan Sohari telah disoalsiasat atau apakah individu ini pun telah melarikan diri ?

Seluruh rakyat Malaysia, terutamanya pejuang-pejuang Melayu dalam Umno yang bertarung demi Agama, Bangsa dan Negara telah menerima sebulatnya bahawa penyaluran wang RM2.6 billion kedalam akaun peribadi suami Rosmah adalah halal serta sah. Mungkin Rosmah pun wajar menggunakan alasan yang nyata mujarab itu. 

Peduli apa dengan undang-undang negara. Kan?


p/s Yang bersuara menuntut suami Rosmah agar meletak jawatan hanya golongan kecil yang tidak tahu 'cari makan'. 



Monday, 17 August 2015

Gerak jarum dari Umno Pontian dan kedangkalan pemimpin

Sedutan ucapan Ketua Bahagian Umno Pontian Datuk Hasni Mohammad ini amat ringkas namun mempunyai mesej yang amat jelas serta tepat pada masanya. Fikir-fikirkan wahai ahli, pemimpin serta orang-orang Umno, sementara anda masih ada sedikit lagi ruang untuk menyelamatkan keadaan yang semakin hari semakin merudum. 

Ketika ekonomi serta nilai ringgit kita meluncur turun  akibat ketirisan keyakinan akan kepimpinan negara masih ada lagi mereka yang bergelar pemimpin mencuba sedaya upaya untuk memperbodohkan rakyat menerusi kenyataan yang amat dangkal lagi jijik. 

Isu RM2.6 Billion - Dari Awal Lagi Rakyat Telah DiPerbodohkan !! 




Tuesday, 4 August 2015

Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak



SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION

(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti - Parlimen Belia Malaysia 

NOTA: Saudara Akmal Saufi adalah anak kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta'zim Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin.