Saturday 25 July 2015

MEMPERINGATI 43 TAHUN SKANDAL WATERGATE

Skandal Watergate yang akhirnya telah menyebabkan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon meletak jawatan mula terbongkar apabila penceroboh yang memecah masuk ke Ibu Pejabat Parti Demokratik di Kompleks Hotel/Pejabat Watergate di Washington DC telah di tangkap. 

Beberapa penceroboh kemudiannya dihubungkait secara langsung dan tidak langsung dengan mereka disekeliling Presiden Nixon yang datang dari Parti Republikan. Beliau (Presiden) cuba menghalang siasatan. Akhirnya Nixon "under threat of impeachment" oleh Kongres menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat yang meletak jawatan semasa masih menjawat jawatan.

Watergate tidak akan terurai atau diambil peduli umum tanpa; PERTAMA semangat waja kewartawanan penyiasatan oleh wartawan-wartawan Washington Post Bob Woodword dan Carl Bernstein,

KEDUA kesanggupan pemberi maklumat dalaman yang digelar "deep throat" yang akhirnya dikenalpasti dari pengakuannya sendiri puluhan tahun kemudian sebagai Pengarah Bersekutu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Mark Felt (FBI ialah agensi yang dipertanggungjawabkan menyiasat),

KETIGA keberanian Pendakwaraya Khas Archibald Cox yang mensapina pita-pita rakaman perbualan Rumah Putih,

KEEMPAT integriti Peguam Negara Elliot Richardson dan Timbalannya William D. Ruckelshaus kerana sanggup meletak jawatan disebabkan enggan menurut perintah Presiden Nixon bagi memecat Cox sebagai Pendakwaraya Bebas untuk menyiasat kes tersebut kerana Nixon enggan mematuhi/tidak gembira dengan Sapina yang dikeluarkan Cox untuk pita-pita perbualannya,

KELIMA kesepakatan Mahkamah Agong (walau secara hakikatnya dilantik berdasar ideologi) yang mengarahkan Presiden Nixon menyerahkan 64 pita-pita rakaman perbualan White House dan menafikan tuntut lindung beliau di bawah payung "executive privilege".

Akhirnya kejatuhan Nixon bukan sangat kerana kaitan beliau dengan penceroboh Kompleks Watergate tetapi kerana usaha-usahanya kemudian untuk menghalang siasatan kadangkala dengan menggunakan jentera kerajaan. Kejadian pencerobohan Ibu Pejabat Parti Demokratik berlaku pada 17 Jun 1972. Dalam pilihanraya presiden November 1972 Nixon telah menang besar untuk penggal ke-2 kepresidenan namun telah meletak jawatan pada 8 Ogos 1974. Pengganti beliau Presiden Ford telah mengampunkan beliau dari berhadapan dengan sebarang pendakwaan.

P.S. Pada pilihanraya presiden November 1976 Presiden Ford yang mewakili Parti Republikan telah tewas kepada Gabenor Jimmy Carter yang mewakili Parti Demokrat. Banyak penganalisa yang mempersalahkan kekalahan Ford kerana mengampuni Nixon.


Nota: Coretan sejarah skandal Watergate di-atas adalah kiriman pembaca yang juga merupakan bekas pegawai tinggi pentadbiran negara tidak lama dahulu.



4 comments:

Praxis said...

Good reminder of the parallels to our case here, and consequences. Wise will learn, but not fools caught in short-circuits destined for the pit.

Anonymous said...

"Many men go fishing all of their lives without knowing that it is not fish they are after."

- Henry David Thoreau (d.1862) was an American author, poet, philosopher, abolitionist, naturalist, tax resister, development critic, surveyor, and historian. A leading transcendentalist, Thoreau is best known for his book Walden, a reflection upon simple living in natural surroundings, and his essay Resistance to Civil Government (also known as Civil Disobedience, an argument for disobedience to an unjust state.

What are we and what am I after?

Anonymous said...

Saya umno tmn cantek cheras. Kalau najib dan semua menteri selipar tak turun/ditukar saya akan undi pembangkang.

Umno bukan untuk org melayu lagi!!! Kalau masih utk.melayu kenapa gomen susahkan melayu? Minyak, ringgit, Gst, duit hilang, TH, KWAP, menipu dll lgi? Walaupun kesannya menyeluruh kpd smua rakyat malaysia tapi yg paling terasa pastinya melayu...

Jadi rasional!!! Cara utk mengajar MANA2 parti politik ialah dgn mengundi yg lain jika parti yg sedia ada x tunaikan janji dan tanggungjawab.

BN dlm manifestonya ge13 bukan ke nak menyenangkan rakyat? Rakyat makin.senang ke makin susah skrg? Ada 1 janji bahawa minyak x naik tapi lepas ge13 apa jadi?

Jgn buat undi rosak/protes kerana ini akan memungkinkan BN manipulasi undi2 tersebut. Kita undi Pas/PKR. Kalau BN kita blh bg berpuluh2 tahun peluang knp tidak pembangkang? Nak salahkan peliwat? Yg kat dlm BN skrg takde peliwat ke? Nak salahkan kaki agama bodoh? Dlm BN takde kaki agama bodoh gak ke? BN penuh dgn penipu, penyeleweng dan pengkhianat negara dan anda masih nak undi mereka?

APA GERENTI UNDI BN RAKYAT TAK DITIPU DISELEWENG DIKHIANATI LAGI? APA GERENTI UNDI PAS/PKR PUN RAKYAT TAKKAN DITIPU DISELEWENG DIKHIANATI JUGA? TIADA GERENTI ......TAPI BN SKRG MENIPU, MENYELEWENG, MENGKHIANAT NEGARA!!! KENAPA ANDA YG ADA OTAK NAK BIARKAN DIRI ANDA DICABUL BERULANG-ULANG KALI?

Kalau pas/pkr x perform tukar la yg lain pulak!!! SETIDAK2 NYA AHLI2 POLITIK NI AKAN SEDAR KUASA MEREKA TAKKAN KEKAL JIKA KERJA X BETUL!!!

MASALAH DGN UMNO/BN SKRG IALAH MEREKA DA JADI SOMBONG BERLAGAK!!! MEREKA PIKIR APA PUN JADI MEREKA AKAN TETAP JADI GOMEN...TU PASAL MEREKA TAK TAKUT MENYELEWENG, MENGKHIANAT DAN MENIPU RAKYAT!!!

Dulu pondan bugis penah cakap dlm PAU "siapa Melayu tanpa UMNO"...ni saya nak bagi tau bugis bacul sial sekor ni....KEPALA BAPA KO!!! SIAPA UMNO TANPA MELAYU???

Anonymous said...

Another US president Bill Clinton vowed (not in Mosque) that "I'm going to say this again: I did not have sexual relations with that woman, Miss Lewinsky. I never told anybody to lie, not a single time; never. These allegations are false. And I need to go back to work for the American people."

Just like Hang takde tel*q!.