Saturday 11 July 2015

Apa kesudahan skandal 1MDB - TABUNG HAJI ?


Skandal Tabung Haji membeli tanah kerajaan dengan harga hampir EMPAT PULUH KALI GANDA dari 1MDB ini apa kesudahannya? 

Dah jual ker belum? 

Untung berapa juta? 

Kalau belum, kenapa belum jual?

Kenyataan Pengerusi Tabung Haji yang dibuat DUA BULAN lepas pada 9hb Mei 2015, berikutan nasihat Perdana Menteri, hanya PEMBOHONGAN? 

Ingat, wang yang digunakan untuk 'membeli' tanah kerajaan dari 1MDB adalah wang pendeposit dan bukan-nya wang Tabung Haji, Kerajaan ataupun milik mana-mana pemimpin atau keluarga mereka.
Mungkin pihak task force yang menyiasat 1MDB juga harus memberi sedikit tumpuan khusus kepada isu Tabung Haji ini kerana ramai pendeposit sudah mula risau. 

Nota kaki : Tiada siapa yang dapat membantu jika rakyat ingin kekal bodoh dan seronok bila terus diperbodohkan. Terima Kasih 


31 comments:

Anonymous said...

Rakyat Malaysia memang sangat seronok di perbodohkan. Kalau tidak, tidak lah perlu untuk mengambil masa yang lama untuk membokar kemungkaran. Pemimpin yang tidak amanah, melangar sumpah berhikmat untuk bangsa dan negara dan memungkiri janji di lindungi. Akhir nya kebenaran terhapus dan kemungkaran akan hidup terus....,

Anonymous said...

Bukan rakyat yg bodoh.

Yg bodoh ialah yg tulis artikel ni...

Kenapa pulak kata TH beli tanah tu dgn harga berlipat kali ganda.???

1MBD beli tanah tu memang murah, tapi dia jual ikut harga pasaran malah dia jual lebih rendah sedikit kepada TH.

Kenapa kita nak sibuk pasal berapa 1MDB beli tanah tu???

Contoh:: Kalau kita menang kete BMW dalan cabutan SSP BSN, dan kita nak jual kete tu. Adakah kita jual dengan harga RM 100 sebab dapat free. Atau jual ikut harga pasaran??

Sama jugak dgn harga tanah tu. TH beli dgn harga 2 ribu lebih sekaki persegi. Tapi ada tanah kat kawasan berdekatan dijual dgn harga yg lebih tinggi. Maknanya, TH beli pun boleh dkatakan murah jugak...Sekarang value tanah tu dah cecah dekat 4 ribu sekaki persegi....

Kalau TH bangunkan tanah tu dan untuk jangka panjang, TH akan untung berlipat klai ganda sebab harga tanah terus naik bila ada pembangunan...

Faham tak??? Jgn asyik nak jadi yahudi ajer...memang tak senang bila org islam maju

Apanama said...

Khas buat Anon 9:00. Penjelasan untuk pembaca yang mampu berfikir dibawah.

Kenapa ianya tidak masuk akal?

1. Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji, dengan membayar jumlah penuh RM 188.5 JUTA dengan serta-merta ketika urusan jual beli atau S&P ditandatangani, adalah pada asalnya tanah milik kerajaan yang dikurniakan kepada 1MDB dengan harga tidak melebihi 5 JUTA RINGGIT.

2. 1MDB hanya menjadi 'pemilik' tanah tersebut untuk jangkawaktu lebih kurang 5 tahun sahaja.

3. Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Najib Razak -yang juga individu bertanggungjawab melahirkan 1MDB merangkap Menteri Kewangan dan Ketua Penasihat 1MDB mengurniakan tanah tersebut kepada 1MDB dengan alasan tanah itu akan digunakan untuk 'strategic development' atau pembangunan strategik yang diterajui 1MDB.

4. Tanah itu tidak 'dikurniakan' kepada 1MDB supaya syarikat bermasalah itu boleh membuat keuntungan atas angin (kerugian buat Kerajaan) dengan menjadi broker tanah kelas atasan.

5. Jika syarikat bermasalah yang bergelumang dengan hutang dan merosakan nama negara diseluruh dunia boleh dikurniakan tanah kerajaan untuk hanya 5 JUTA RINGGIT kenapa harus TABUNG HAJI membayar tambahan 183.5 JUTA RINGGIT untuk tanah yang sama?

6. Jika 1MDB yang baru muncul sekitar tahun 2009 layak untuk anugerah tanah kerajaan, kenapa tidak Tabung Haji - berusia 52 TAHUN, yang telah banyak berjasa kepada rakyat, negara dan Kerajaan Barisan Nasional ini?

7. Apakah sumbangan besar 1MDB sehingga layak menerima layanan istemewa ini berbanding sumbangan serta sokongan Tabung Haji dari pelbagai segi, terutamanya sokongan dana pelaburan untuk membangunkan masyarakat selari dengan agenda Kerajaan selama lebih 50 tahun?

8. Tidak dapat dinafi Kerajaan sebenarnya terhutang budi dengan Tabung Haji kerana bebas 'meminjam' dana Tabung Haji untuk projek-projek pembangunan negara selama ini. Apakah untuk membalas jasa ini kerajaan bersekongkol dengan broker tanah untuk menipu Tabung Haji?

http://www.apanama.my/2015/06/kerajaan-membalas-budi-tabung-haji.html

Apanama said...

Ini laporan sebulan lalu -

Ketika pengumuman menangkis fitnah ini dibuat sudah ada TIGA tawaran pembelian yang akan memberi KEUNTUNGAN kepada Tabung Haji, mengikut kata Datuk Seri pengerusi.

Ketika pengumuman ini dibuat yang menjadi perhitungan hanyalah jumlah keuntungan yang bakal dikecapi Tabung Haji. Terlalu ramai yang berpusu-pusu untuk membeli tanah kerajaan yang amat berharga ini katanya.

Kini sudah lebih SATU BULAN semenjak Tabung Haji terkedu dan berjanji untuk menjual balik tanah, apabila urusan diam-diam membeli tanah milik kerajaan dari broker (1MDB) dengan harga tinggi melangit itu terbongkar.

http://www.apanama.my/2015/06/tabung-haji-dah-jual-tanah-1mdb.html

Apanama said...

Ini laporan sebulan lalu -

Ketika pengumuman menangkis fitnah ini dibuat sudah ada TIGA tawaran pembelian yang akan memberi KEUNTUNGAN kepada Tabung Haji, mengikut kata Datuk Seri pengerusi.

Ketika pengumuman ini dibuat yang menjadi perhitungan hanyalah jumlah keuntungan yang bakal dikecapi Tabung Haji. Terlalu ramai yang berpusu-pusu untuk membeli tanah kerajaan yang amat berharga ini katanya.

Kini sudah lebih SATU BULAN semenjak Tabung Haji terkedu dan berjanji untuk menjual balik tanah, apabila urusan diam-diam membeli tanah milik kerajaan dari broker (1MDB) dengan harga tinggi melangit itu terbongkar.

http://www.apanama.my/2015/06/tabung-haji-dah-jual-tanah-1mdb.html

Apanama said...

Ini sehari sebelum KENYATAAN Pengerusi Tabung Haji dibuat -

Selamatkan Tabung Haji, Umno dan negara daripada ditelan SKANDAL 1MDB
Keputusan sulit Lembaga Tabung Haji menggunakan duit hasil tabungan orang Islam untuk membeli tanah milik kerajaan daripada 1MDB nampaknya telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk pemimpin UMNO yang selama ini dilihat se-olah merestui skandal kehilangan berbillion ringgit dana milik kerajaan menerusi 1MDB.

Pendedahan kelicikan Tabung Haji melulus serta membuat pembayaran sepantas kilat kepada 1MDB (berjumlah hampir RM190 juta ringgit) untuk sebidang tanah yang diperolehi daripada kerajaan untuk hanya lebih kurang RM4 juta ringgit nampaknya telah menyedarkan ramai pihak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta Pergerakan Pemuda Umno telah mengeluarkan kenyataan masing-masing.

Kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno amat keras dan mendesak agar skandal 1MDB diselesaikan segera oleh Perdana Menteri/Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum '1MDB membunuh UMNO'.

http://www.apanama.my/2015/05/selamatkan-tabung-haji-umno-dan-negara.html


Selamat berfikir secara waras tanpa apa-gangguan syaitan dan iblis.

Anonymous said...

bro i think you are dead right about this TH issue but i still don't understand your fixation with UMNO. melayu memang suka diperbodohkan? :)

cheers,
./mkh

Anonymous said...

Anon 9.00 adalah seorang yg paling bodoh sebab menyokong seorang yg bukan saja bodoh dalam urusniaga tetapi menguna kuasa dengan cara mengkhianati amanah yg diberi rakyat.....

Unknown said...

Anon 9.00 awak baru bangun tidur ka , kes ini dah sekarang dah bulan july , bukan masih dibulan march , ni ala standard pemikiran penjilat najib .

Apanama said...

Dear MKH - Pls don't turn this into a racial or party matter.

1- I have never mentioned or written 'Melayu memang suka diperbodoh'.

2 - To assume that the mention of TH means Melayu is not only naive but also factually fled and incorrect because the depositors in TH are Muslims. While Malays are almost entirely Muslims please don't forget that not all Muslims are Malays. TQ

3 - Fixation with Umno. What do you mean?

Apanama said...

factually flawed

Anonymous said...

bro,

I dont meant it that way. "melayu suka diperbodohkan?", I wrote that, not you. :)

cheers,
./mkh

Anonymous said...

e.g.

1. http://www.apanama.my/2015/05/luahan-hati-timbalan-presiden-umno-1mdb.html
2. http://www.apanama.my/2015/05/selamatkan-tabung-haji-umno-dan-negara.html
3. http://www.apanama.my/2015/04/muhyiddin-to-tun-mahathir-youre-not.html

:)
./mkh

Anonymous said...

dont get me wrong, i'm sure you know the meaning ..... i'm just stressing my point here, cheers bro ...

:)
./mkh

--

fixation

noun
1.
an obsessive interest in or feeling about someone or something.
"our fixation with diet and fitness"

synonyms: obsession with, preoccupation with, mania for; monomania, fetish, addiction, complex, neurosis, compulsion; idée fixe; informalhang-up, thing, yen, rage, bug, craze, fad, bee in one's bonnet
"the modern fixation on fitness"

Apanama said...

Trust me, when Umno becomes the Opposition no one will bother. 'Fixation' now coz basically its Umno leaders who form the bulk of the Government and the government is responsible to the people/voter irrespective of party affiliation, race, religion or social standing.
'Fixation' with Umno bcoz the once much respected and 'leading' party is now in a sorry state and the sorry state is directly reflected in the government leadership.
We can choose to live in denial or stand up and do something about it. Umno maybe proud of ALL its current batch of representatives in Govt but the people are not.

Anonymous said...

#UndurlahNajib -> #UndurlahUMNO ?

Anonymous said...

ok bro,i got you, i am just wondering as i am a frequent reader of your blog. there is no such thing as grey area for me. Najib is a gone case to me.

:)
./mkh

Anonymous said...



Presiden Umno Mohd Najib Tun Abdul Razak kini di kenali di seantero dunia. Pasti ramai pemimpin serantau yang makan hati berulam jantung. Pemimpin ulung kita begitu mashyur olehkerana siasatan rasuah, salahguna kuasa, khianat, wang berjuta dalam akaun isteri dan sabagainya. Umno terus mara untuk rakyat Malaysia.

Mah Mewah

Apanama said...

TQ bro mkh. We shall visit 'kenyalang' again. ;-)

Anon said...

Show the finger asap.....exit near but yet so far

myGreenlast said...

Whatever. Whether Najib stays or not, no more vote for BN. Bosan.

Anonymous said...

Pesanan Pujangga Hamka:

"Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh"

"Kemerdekaan suatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa"

"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja"

Anonymous said...

Pesanan Pujangga Hampeh

babi & kera pun ada maruah hidup dan etika bekerja .....

Anonymous said...

Awas ini kerja syaitan (dari jinn dan manusia)

Surah Al A'raf

16. Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,


17. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

Anonymous said...

Kalau dah beli tu xyah lah sibuk2 nak jual. Simpan. Develop. Daripada jual kat org bukan melayu buat pe....lagi x berpaedah.

Anonymous said...

Pujangga Hampeh!

Adakah Babi dan Kera mempunyai Intelligence Quotient IQ, Emotional Quotient EQ, Spiritual Quotient SQ?..... mungkin adalah sikit2 setakat nak hidup, makan, dan jimak.

Haji Li said...

Anon 9:09. Kalau macam tu, kenapa TH tak beli terus je dari kerajaan pada harga suci hati yang 1MDB bayar? Kau tahu tak berapa 1MDB bayar untuk dapatkan tanah tu dari kerajaan? Tersangat murah..

Apa istimewanya 1MDB sampai kerajaan begitu bermurah hati menjual tanah prime lands di tengah-tengah ibukota KL dengan harga yang tersangat murah? Kenapa TH tidak mendapat the sama treatment dari kerajaan?

Kalau dah nak dikira TH adalah agensi ulung negara yang paling banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini. Pasal TH lah, sejak dari tahun 70 an, berjuta-juta orang Islam di negara kita tak kira tua, muda, miskin, kaya dapat menunaikan rukun Islam ke lima di tanah suci Mekah. Dengan jasa dan khidmat yang sebegini besar, TH jauh lebih layak untuk mendapat special treatment dari kerajaan seperti untuk mendapatkan tanah milik kerajaan dengan harga yang murah.

Anonymous said...

@Saturday, July 11, 2015 9:09:00 p.m.

Najib beli tanah hampir percuma, kemudian jual kat TH harga tinggi sebab nak bayar hutang 1MDB.

Duit rakyat yang disimpan untuk tunaikan haji, dijadikan "bailout" supaya Najib terus memimpin.

Ini adalah pecah amanah.

Anonymous said...


Saturday, July 11, 2015 9:16:00 p.m. (Apanama)

A good retort overall to the misguided poster above.

To me, the fact that TH ignored its OWN risk assessment committee (that advised not to buy TRX) is conclusive.

Azeez should resign on that score alone.

Sang Asura said...

Kenapa nak jual ? Bodoh dan rugi TH kalau tunduk pada tekanan politician dan macai2 beragenda kat sini or elsewhere... Tak timbul soal pecah amanah. Pendeposit kat TH menyimpan dengan konsep Wadiyah Yad Dhomamah. Maksudnya selepas diakadkan, penyimpan memberi kebenaran/ mewakilkan TH untuk menggunakan wang deposit untuk tujuan perniagaan. Kenapa berniaga ? Untuk cari keuntungan dan beri subsidi to all makcik pakcik ayah mak kita yg pergi haji tu. X ada untung xda subsidi bro. Dalam jangka panjang tanah tu la yg antara akan beri keuntungan kat th. Dengan unjuran untung bersih lepas 3 tahun mencecah RM177 juta.

Tolong berfikiran positif dan jangan asik percaya pada cerita cerita karut..

Anonymous said...

TH tu nak meniaga cari duit nak bg subsidi haji kat korang, kalau xde subsidi haji nanti korang bising gak..ape laaa korang ni