Monday 13 July 2015

MALAYSIA TANAHAIR KU

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu
Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi
Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan
Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…



8 comments:

Apanama said...

Posting Tun Dr Mahathir Moahamd's latest posting here due to readers request.
Original posting at www.chedet.cc - click on Dr M's name in the posting for direct link. Thank You.

Anonymous said...

Sayu membaca luahan hati Tun Dr Mahathir.

Menitis air mata ketika kata kata ikhlas Tun menyerap perasaan sedih dan pilu.

Tahap kekesalan amat menghiris hati sanubari.

Saperti ini adalah permintaan terakhir Tun.

Anonymous said...

sebak dan sedih..

Anonymous said...

Rangkap yg terakhir sebak sangat. Harapan rakyat adalah Najib sedar diri. Rakyat dah tolak dia. Lantik pemimpin baru terajui dan pulihkan semula umno dan Msia.

Anak Bukit Jelutung said...

Sedih, pilu menusuk hatiku
Sambil deraian air mata hangat,
Mengalir tanpa sedar.

Begitu hina bangsaku
Setelah menempuhi berbagai
Dugaan membadai.

Cuma Tun Mahathir belum tentu dirimu atau kami yang pergi dulu.
Bersabarlah

Yang aku gusar
Apakah akan ada lagi insan jujur seumpama mu
Yang sanggup terus berjuang demi agama , bangsa an watan
Biarpun jiwanya tersiksa kerana kecewa
Nasib Bangsanya

Akan adalagi kah insan sejujur Tun selepas ketiadaannya.

Anonymous said...

Sdr Apanama
can translate poem into English? thanks.

Anonymous said...

Sesungguhnya Tun memang seorang philosopher..pemikir..visionary..penulis yang bail..sdg najib berjuang dengab menabur wang disana sini..Tun berjuang dengan tintanya..dengan pemikirannya..yang tak tertanding oleh juga Profesor2 yang ada..Tun is a gift to us all...let us appreciate him while we can...doakan Tun dipanjangkan umur supaya pemikirannya dpt dikongsi bersama2 kita..amin ya rabbalalamin..

Anonymous said...

Do not despair Tun, i am pretty sure theres plenty of young patriotic Anak Malaysia who will put our country back to their glory days when you were PM. Money and material will one day not bring any meaning anymore. These greedy vultures are all having a cultural shock...dah senang nak senang lagi....many of the younger generation with corrupted parents who ndulged them so much that they dont know how to appreciate what they have anymore. They take everything for granted because everything us too easy. But one day all these will have no meaning and thats when they look for something meaningful....hopefully pride, integrity and patriotism will come back again. I have hope in our younger generation....somewhere out there another young Mahathir will come again...your grandchildren...maybe....God Bless both of you Tun.