Saturday 4 July 2015

Kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri

YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia


4 Julai 2015




10 comments:

Anonymous said...

ya ke? betul ke ni TS? iklas ke? silap2 najib ada huloq "duit kempen" kat pahlawan islam garang ni masa PRU13 guna duit dalam ambank private acct. LOL

:)
django

Anonymous said...

i am not a fan of mukhriz but if there is any current UMNO leader left that did not kaw tow to jibby sotong is him, yang lain semua dayus!

./mkh

Anonymous said...

asyik bedoa je no actions patutlah apa pun tak berubah!

Anonymous said...

ive learned my lesson.

inilah masa/ saat yg telah byk kali berlaku bila semua org memandang muhidin utk bertindak.

akhirnya kami semua hampa.

episode terbaru ini hanya akan menyaksikan muhidin sekali lagi menghampakan seluruh rakyat yg mahu menyokong umno.

eloklah kita jgn terlalu teruja.

Anonymous said...

Ah sudahla tsmy...
Slow poke...main safe game memanjang...ringgit dah jatuh teruk
Rakyat x suke najib, org gomen pon x suke, harga minyak dah naik,tol bakal naik
Sampai skrang x naik2 lg lawan najib
Semua nk tgu tun shj main peranan
Bn dah tgu masa nk berkubur sj
Nk sokong pon dah malu
Nak tgu sampai bila lg?

Anonymous said...

Relax bro..tindakan ni mcm serampang 2 mata..dah si bugis tu takut benor nsk saman..biar la tsmy cabar dia indirectly..percayalah..si bugis tu mmg takut naik court..bila dah masuk court ni mcm2 menda leh kuar..huhu

Anonymous said...

Janganlah tak sokong BN pulak - BN umpama rumah kalu tak sukakan pintu ganti pintu yang baru. Janganlah pulak di robohkan rumah!

Conspiracy Theorist said...

As-Salam Bro Apanama..,heheh... dis is frm MYKMU:- Akaun Peribadi, Peguam Negara Sahut Cabaran PM

Ghani-PatailPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini.com bahawa beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan yang didakwa milik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

“Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun yang didakwa milik Perdana Menteri.

“Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

“Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit,” katanya.

Semalam Mohd Najib menyelar pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti dan berjanji tindakan akan diambil mengikut undang-undang termasuk undang-undang jenayah jika perlu..,

Getting to be more interesting..,heheh..,ape pun hopefully he will step down n let TSMY take over n reform our country wth d help/advise of Tun M of course..,heheh.. wat else can I say,.. (",)

Anonymous said...

JANGAN LAH KITA HUKUM UMNO YG UMPAMA ORANG TUA YG TELAH BANYAK BERJASA DEK KERANA SIKAP HAPRAK PEMIMPIN NYA YG ADA HARI INI.KITA NAK TENDANG SIAPA UMNO YG BANYAK BERJASA ATAU NAJIB SANG PEMBUAT ONAR? ITU SIKAP KITA ORANG MELAYU GEMAR BUAT HARAKIRI.AKHIR NYA KITA YG RUGI.TENGOK MACAM KAUM SEPET ,WALAUPUN DIA TAU DAPigs ADALAH PARTI YG AMAT KUAT BERBOHONG DAN KAKI KELENTONG TAPI DIAORANG TETAP SOKONG DAPigsDEMI SURVIVAL KAUM SEPET DIA.

Anonymous said...

Betul 10.09