YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri
Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.
Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.
Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.
Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.
Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin, nampaknya, telah tampil kehadapan untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.
Ungkapan 'you're not alone' atau 'Anda bukan keseorangan' yang dizahirkan dihadapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis anti-peperangan di Kuala Lumpur hari ini membawa erti yang begitu besar, terutamanya kepada ribuan ahli, orang serta penyokong Umno, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia.
Ramai juga pemimpin dari akar umbi hingga peringkat tertinggi, termasuk kakitangan kerajaan, yang tertunggu-tunggu akan isyarat ini.
Pasti ada ulat-ulat yang akan cuba memperlekeh, memutar belit serta menipu diri sendiri akan ungkapan Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri ini.
Di harap Timbalan Perdana Menteri tidak terkejut dengan reaksi golongan barbarian (hidupan tidak bertamadun yang dibela umpama hantu raya) yang pasti menyerang beliau di alam siber.
Walau apa pun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana muncul meniup api perjuangan menentang kebatilan pada saat dan waktu yang amat getir kini.
Saat dan waktu kini sudah getir kerana pemungut hasil pun telah mula disalahgunakan untuk mengugut dan menindas mereka yang tidak menjunjung kebatilan.
Kita juga harus berwaspada dan jangan lupa akan ungkapan 'kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak teratur'.
Jangan alpa dengan kebatilan yang dipersembahkan bersama irama merdu dan sogokan wang ringgit serta jawatan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
Jangan gadaikan maruah serta masa depan dengan menongkah kebatilan yang sudah nyata.
Ini soal masa depan kita semua TANPA MENGIRA agama, bangsa, bahasa atau warna kulit.
KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU 1MDB 6 MAC 2015 Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu. Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut. Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte. Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku. Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan. 1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas. Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB. Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN Timbalan Perdana Menteri
Hadi’s Washington Delusion
-
[1] According to media reports, Abdul Hadi Awang told the recent PAS
muktamar in Kota Baru that a US Embassy …
Continue reading →
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
-
(For English, Read Below)
*Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu*
*Bismillahhirrahmanirrahim*
1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.