Sunday, 19 April 2015

SEMBOYAN telah berbunyi, Terima kasih Tan Sri

Muhyiddin to Tun Mahathir: You're not alone Sir!


Tan Sri Muhyiddin Yassin, nampaknya, telah tampil kehadapan untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. 

Ungkapan 'you're not alone' atau 'Anda bukan keseorangan' yang dizahirkan dihadapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis anti-peperangan di Kuala Lumpur hari ini membawa erti yang begitu besar, terutamanya kepada ribuan ahli, orang serta penyokong Umno, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia. 

Ramai juga pemimpin dari akar umbi hingga peringkat tertinggi, termasuk kakitangan kerajaan, yang tertunggu-tunggu akan isyarat ini.

Pasti ada ulat-ulat yang akan cuba memperlekeh, memutar belit serta menipu diri sendiri akan ungkapan Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri ini. 

Di harap Timbalan Perdana Menteri tidak terkejut dengan reaksi golongan barbarian (hidupan tidak bertamadun yang dibela umpama hantu raya) yang pasti menyerang beliau di alam siber. 

Walau apa pun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana muncul meniup api perjuangan menentang kebatilan pada saat dan waktu yang amat getir kini. 

Saat dan waktu kini sudah getir kerana pemungut hasil pun telah mula disalahgunakan untuk mengugut dan menindas mereka yang tidak menjunjung kebatilan. 

Kita juga harus berwaspada dan jangan lupa akan ungkapan 'kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak teratur'. 

Jangan alpa dengan kebatilan yang dipersembahkan bersama irama merdu dan sogokan wang ringgit serta jawatan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. 

Jangan gadaikan maruah serta masa depan dengan menongkah kebatilan yang sudah nyata.

Ini soal masa depan kita semua TANPA MENGIRA agama, bangsa, bahasa atau warna kulit. 

Semboyan telah berbunyi!  Terima kasih Tan Sri!


Site Meter

17 comments:

Anonymous said...

YES TAN SRI YOU ARE RIGHT. WE ARE WITH YOU AND TM

Anonymous said...

Thank you very much, tan sri. We in east malaysia are very proud of you, sir

1. TDM is not maksum but you can tap his farsighted vision and ideas

2. TDM has his flaws but you can go and improve where he had failed

3. Tan Sri, sir.....make your move and we shall give you undivided support and loyalty.

Tan Sri, we are counting on you to save bn and the country from going to the dogs....God forbids....

ImsyaALlah berjaya.

Wallahuaklam

Anonymous said...

What took you so long Tan Sri Muhyiddin? The people have long been clamoring for sanity in the heads of government. Their worthwhile aspirations have often been cheated by the misappropriations of those elected to the nation's offices, and here and there echoes of dis-unity reverberate.

Next pm said...

Not a big fan of muhyiddin but what else is on the table? Would prefer Ku Li. One must not forget that muhyiddin is also in the same generation as that shithead najib. Is this guy really Dr.M's choice? If he is, could the old doc make it a hatrick? I would prefer someone outside the ship so that means no za-hate triad, no icham ke-reez. People were so excited when dollah snoozy was gone that people forgot what baggage that dumb fat biatch was to her husband.

I honestly do not think muhyiddin is all that.

Anonymous said...

Alhamdulillah, sya, keluarga dan kkwan umno akar umbi sekitar lembah klang sokong penuh TSMY dan Tun.

"Hapuskan pemerintah zalim dan penipu"!!!

LK

Berjaya NS said...

We the grassroot members of Umno Cheras and Melawati support Tun Mahathir and TSM.

Anonymous said...

UMNO kini bertukar jadi kelab SYIOK Sendiri

maae said...

TPM ini sepatut nya lebih vokal dan konsisten semenjak "kenyataan rasis" yang di momok Dap dan sekutu nya dahulu, termasuk MCA dan Gerakan.

Tiada salah nya beliau berada di pundak Melayu dan membela Umno. Ini perjuangan yang semakin di tekan. Semua media sosial, web browser, carian popular internet, u tube, akbar dan apa jua paparan media elektronik dan seumpama nya di kawal oleh pro pembangkang. Malah mereka boleh sponsor apa jua paparan awam. Tidak kurang pula sokongan dari The Star dan evangelista(dedahan blog helenang) dan cara mereka bermain psikologi dan bertindak atas sentimen. Saman menyaman senjata ampuh - kita tahu sangat kenapa... Utusan memang bahan lawak mereka.

Bijak lah kita menilai dan membuat tafsiran. Kadangkala dalam senario politik, kepakaran "menggodak" boleh meluruskan saf-saf Melayu. Munafik kita kena humbankan dalam jurang ! Keterlaluan juga memberi risiko dan memberi untung pembangkang....

Saya tidak memilih. Umno dalam keadaan lemah sekarang. Yang perlu, semua pemimpin Umno sekarang, juga yang mantan, sedar lah ! Melayu selalu di "perdagangkan!"

Sampai bila ?

tarantula said...

HANG JEBAT SUDAH BERSUARA

CAYALA LU TAN SRI, ISYARAT JELAS

Anonymous said...

HANG JEBAT DAH BERSUARA

CAYALA LU TAN SRI

HIDUP TUN M

RD. said...

Thank you DPM and Apanama.

Bustanul Bistari Bey said...

Salam,

Saya amat berharap TSMY kekal menjadi catalyst kepimpinan negara, dan amat amat amat berharap beliau jadi PM Malaysia suatu masa nanti.

Malaysia amat memerlukan pemimpin yang berjiwa pejuang yang sanggup menongkah arus demi bangsa, agama dan negara.

Anonymous said...

Percayalah umno tak kemana dan menanti saat untuk mati,walau siapa pun pengantinya. Yang nyata umno membawa negara ini pada kehancuran.

Anonymous said...

Ha ha.... x berbeza...

Anonymous said...

Anon 10:01, ada hadith nabi yang bermaksud: "Tiap2 perkara akan dinilai dengan niat yang di bawa seorang itu."

Praxis said...

Hopefully this is a clarion call that the pious have been waiting for.

Thankfully we have in the DPM a man of integrity.

But the governance problems at this juncture are acute, which require some maturity and wisdom in handling but with a deep commitment to truth that will not flip flop left/right he should be bale to handle these problems and steer us through the storm.

Anonymous said...

Best ku li to upgrade his own state.;)