Tan Sri Muhyiddin Yassin, nampaknya, telah tampil kehadapan untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional.
Ungkapan 'you're not alone' atau 'Anda bukan keseorangan' yang dizahirkan dihadapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis anti-peperangan di Kuala Lumpur hari ini membawa erti yang begitu besar, terutamanya kepada ribuan ahli, orang serta penyokong Umno, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia.
Ramai juga pemimpin dari akar umbi hingga peringkat tertinggi, termasuk kakitangan kerajaan, yang tertunggu-tunggu akan isyarat ini.
Pasti ada ulat-ulat yang akan cuba memperlekeh, memutar belit serta menipu diri sendiri akan ungkapan Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri ini.
Di harap Timbalan Perdana Menteri tidak terkejut dengan reaksi golongan barbarian (hidupan tidak bertamadun yang dibela umpama hantu raya) yang pasti menyerang beliau di alam siber.
Walau apa pun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana muncul meniup api perjuangan menentang kebatilan pada saat dan waktu yang amat getir kini.
Saat dan waktu kini sudah getir kerana pemungut hasil pun telah mula disalahgunakan untuk mengugut dan menindas mereka yang tidak menjunjung kebatilan.
Kita juga harus berwaspada dan jangan lupa akan ungkapan 'kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak teratur'.
Jangan alpa dengan kebatilan yang dipersembahkan bersama irama merdu dan sogokan wang ringgit serta jawatan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
Jangan gadaikan maruah serta masa depan dengan menongkah kebatilan yang sudah nyata.
Ini soal masa depan kita semua TANPA MENGIRA agama, bangsa, bahasa atau warna kulit.
Semboyan telah berbunyi! Terima kasih Tan Sri!
