Beberapa penceroboh kemudiannya dihubungkait secara langsung dan tidak langsung dengan mereka disekeliling Presiden Nixon yang datang dari Parti Republikan. Beliau (Presiden) cuba menghalang siasatan. Akhirnya Nixon "under threat of impeachment" oleh Kongres menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat yang meletak jawatan semasa masih menjawat jawatan.
Watergate tidak akan terurai atau diambil peduli umum tanpa; PERTAMA semangat waja kewartawanan penyiasatan oleh wartawan-wartawan Washington Post Bob Woodword dan Carl Bernstein,
KEDUA kesanggupan pemberi maklumat dalaman yang digelar "deep throat" yang akhirnya dikenalpasti dari pengakuannya sendiri puluhan tahun kemudian sebagai Pengarah Bersekutu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Mark Felt (FBI ialah agensi yang dipertanggungjawabkan menyiasat),
KETIGA keberanian Pendakwaraya Khas Archibald Cox yang mensapina pita-pita rakaman perbualan Rumah Putih,
KEEMPAT integriti Peguam Negara Elliot Richardson dan Timbalannya William D. Ruckelshaus kerana sanggup meletak jawatan disebabkan enggan menurut perintah Presiden Nixon bagi memecat Cox sebagai Pendakwaraya Bebas untuk menyiasat kes tersebut kerana Nixon enggan mematuhi/tidak gembira dengan Sapina yang dikeluarkan Cox untuk pita-pita perbualannya,
KELIMA kesepakatan Mahkamah Agong (walau secara hakikatnya dilantik berdasar ideologi) yang mengarahkan Presiden Nixon menyerahkan 64 pita-pita rakaman perbualan White House dan menafikan tuntut lindung beliau di bawah payung "executive privilege".
Akhirnya kejatuhan Nixon bukan sangat kerana kaitan beliau dengan penceroboh Kompleks Watergate tetapi kerana usaha-usahanya kemudian untuk menghalang siasatan kadangkala dengan menggunakan jentera kerajaan. Kejadian pencerobohan Ibu Pejabat Parti Demokratik berlaku pada 17 Jun 1972. Dalam pilihanraya presiden November 1972 Nixon telah menang besar untuk penggal ke-2 kepresidenan namun telah meletak jawatan pada 8 Ogos 1974. Pengganti beliau Presiden Ford telah mengampunkan beliau dari berhadapan dengan sebarang pendakwaan.
P.S. Pada pilihanraya presiden November 1976 Presiden Ford yang mewakili Parti Republikan telah tewas kepada Gabenor Jimmy Carter yang mewakili Parti Demokrat. Banyak penganalisa yang mempersalahkan kekalahan Ford kerana mengampuni Nixon.
Nota: Coretan sejarah skandal Watergate di-atas adalah kiriman pembaca yang juga merupakan bekas pegawai tinggi pentadbiran negara tidak lama dahulu.


