Showing posts with label anti-najib. Show all posts
Showing posts with label anti-najib. Show all posts

Saturday, 29 August 2015

Dr M - Saya sokong rakyat. Ini GERAKAN RAKYAT... People's Power!

Ini penjelasan terperinci Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beberapa kemusykilan akan pendirian beliau terhadap kerisauan sebahagian besar rakyat Malaysia akan kepimpinan Najib Bin Tun Abdul Razak.
Penjelasan ini dibuat selepas Tun Dr Mahathir berucap dan berdialog bersama Bangsa Johor di Stadium Pasir Gudang petang tadi.
Ketibaan Tun Dr Mahathir di Stadium Pasir Gudang petang tadi
Sekembalinya ke Kuala Lumpur selepas majlis Bicara Negarawan di negeri Johor Tun Dr Mahathir serta Tun Dr Siti Hasmah terus ke Dataran Merdeka untuk bersama rakyat. 
Tun Dr Mahathir serta isteri bersama RAKYAT di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Didalam rakaman di-atas dan sebelum itu dalam ucapan panjang lebar beliau dan sesi Soal-Jawab Tun Dr Mahathir berulang kali menegaskan bahawa beliau akan menyokong rakyat serta gerakan rakyat dan sebab mengapa beliau membuat keputusan untuk berbuat demikian. 

Dengar baik-baik dan fikir sendiri jika apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad ini benar atau sebaliknya.

Kalau buta penglihatan tidak mengapa tetapi jangan buta hati.

P.S. Video Ucapan / Sesi Soal-Jawab di-SINI