KEMASKINI:- Majlis Taklimat Tertutup pun BATAL!
Laporan awal:-
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat yang dijangka akan membincangan beberapa isu hangat, termasuk skandal 1MDB serta kedudukan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diBATALkan.
Kenyataan dibawah, jika bukan palsu, telah dikeluarkan ibu pejabat Umno.
Khabar angin akan pembatalan mesyuarat MT ini bertiup kencang sejak lewat malam tadi ekoran suara akar umbi ahli Umno yang semakin lantang menentang pengguguran Orang No 2 Umno dari kerajaan.

