Kenapa urusniaga pembelian tanah sekangkang kera dengan harga tinggi melangit dari 1MDB ini belum dibatalkan atau tanah tersebut dijual balik dengan keuntungan jutaan ringgit, seperti yang dijanjikan sebelum ini?
Apakah urusniaga Tabung Haji dengan syarikat broker tanah bermasalah seperti 1MDB itu HALAL atau HARAM?
Apakah benar duit tabungan pencarum digunakan untuk menyelamatkan 1MDB?
Persoalan-persoalan ini harus dijawab oleh pihak berwajib.
Rasanya kakitangan Tabung Haji sendiri sudah mula hilang sabar akan krisis yang mengaibkan nama baik institusi yang telah berjasa kepada rakyat ini.
Apa kesudahan krisis ini? Sorok bawah tikar dan buat tak tahu kerana skandal besar 1MDB yang dihadapi pemimpin negara pun boleh diputarbelit sehingga ada yang mula was-was dengan kebenaran?
Kita tunggu dan lihat... nilai serta budi pekerti mereka yang bergelar pemimpin.