Gambar di-atas dari Umno Cawangan Kampung Pok - Bahagian Gelang Patah di Johor. Maksud tersurat luahan orang Umno Kampung Pok amat jelas. (terima kasih kepada pembaca untuk gambar berserta penjelasan ringkas)
Penduduk Kampung Pok dari Johor ini bukan berhimpun untuk menggulingkan kerajaan menerusi cara yang tidak demokratik.
Mereka juga bukan memegang sepanduk serta kain rentang berkempen untuk merebut jawatan parti atau kerajaan. Penduduk kampung ini hanya berhimpun meluahkan perasaan rakyat akar umbi serta menyatakan sokongan untuk kebenaran. Tolong jangan ugut untuk sumbat mereka ke dalam lokap.
Orang kampung serta rakyat biasa bukan tidak tahu akan musibah yang sedang melanda parti yang menunjangi kerajaan pada masa ini.
Rakyat era ledakan teknologi maklumat kini dapat memperolehi bermacam jenis maklumat. Apa pun percubaan untuk mengelirukan rakyat terbanyak menerusi akhbar serta televisyen hanya usaha sia-sia.
Kenyataan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamad Aziz yang juga orang kuat Umno Johor menzahirkan dengan jelas perasaan tersirat kebanyakkan ahli Umno serta segelintir pemimpin yang tahu tapi takut. Ada yang takut bini tetapi ramai lagi yang takut akan kehilangan jawatan serta habuan.
Kenapa Timbalan Pengerusi Tetap Umno itu mengeluarkan amaran sedemikian kepada Presiden parti. Apakah tujuan beliau ini untuk mengelirukan ahli Umno seperti yang sering dituduh bila ada kritikan terhadap pemimpin? Saya percaya akar umbi Umno lebih arif tentang kenyataan Mohamad Aziz.
Kita maklum pelbagai aksi sarkas dan pertunjukkan silap mata cuba digunakan untuk mengaburi rakyat tetapi hanya yang buta hati mungkin terpedaya.
Gambar dibawah dari Umno Bandar Pulai Jaya 2 pula tersebar dua hari selepas kehadiran Syawal. Ketika itu ada pihak yang tidak berapa faham atau buat-buat tidak faham akan maklumat akar umbi ini tetapi kini dua minggu setelah kita menyambut Aidil Fitri situasi sebenar semakin jelas.
Kenapa penyokong akar umbi Umno dari negeri kelahiran parti itu mula menyuarakan hasrat agar Najib 'wajib letak jawatan kalau ada maruah' jauh sebelum rombakan kabinet beberapa hari yang lalu?
Ada kemungkinan mereka telah menghidu sesuatu lebih awal tetapi kita tidak harus menolak kemungkinan bahawa desakan supaya Najib berundur sebenarnya berpunca dari isu-isu besar yang lain serta kegagalan sebagai pemimpin.
Ungkapan 'Poket didahulukan Rakyat dikorbankan' mungkin berkisar sekitar skandal 1MDB yang nyata akan terus menelan berbillion ringgit duit rakyat. Ungkapan itu juga mungkin mencerminkan luahan rakyat terhadap cukai GST.
Yang pasti semakin hari semakin ramai penduduk negara kita yang hilang keyakinan terhadap Umno yang masih menjadi akar tunjang Kerajaan yang memerintah.
Tepuk dada, tanya selera. Kenapa orang ramai, termasuk ahli/orang/penyokong Umno , hilang keyakinan yang suatu ketika dahulu tinggi melangit?
Apakah Umno masih lagi layak memerintah jika keadaan ini berterusan?
Nota:
1- Saya harap penulisan ini tidak di-takrif sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan menerusi cara yang bertentangan dengan demokrasi.
2 - Syabas kepada ahli serta pemimpin peringkat Bahagian yang masih berpegang kepada perjuangan sebenar dan tidak hanyut dengan apa-apa bentuk habuan atau ugutan.
Dari dahulu sehingga sekarang, niat Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu. Ianya nyata bukan untuk memperkayakan diri dan keluarga atau semata-mata untuk tampil popular dan disukai ramai.
Singkapan ringkas diatas mungkin dapat membuka mata rakyat Malaysia, khususnya anak-anak muda yang barangkali tidak berapa mengenali Tun Dr Mahathir ketika beliau menerajui negara kita.
Legasi dan pencapaian Tun Dr Mahathir yang paling utama ialah tindakan beliau memperkasakan jati diri setiap rakyat Malaysia. Semangat Malaysia Boleh masih membara dihati rakyat sehingga hari ini.
Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad. Budi dan jasa mu tidak mungkin dapat kami balas.
Semoga Allah terus mengurniakan kesejahteraan serta kesihatan yang baik buat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Amin.
Hadi’s Washington Delusion
-
[1] According to media reports, Abdul Hadi Awang told the recent PAS
muktamar in Kota Baru that a US Embassy …
Continue reading →
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
-
(For English, Read Below)
*Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu*
*Bismillahhirrahmanirrahim*
1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.