Showing posts with label khianat. Show all posts
Showing posts with label khianat. Show all posts

Sunday, 2 August 2015

Akar umbi lantang, Pemuda Umno semakin berani. Mana Khairy ?




Ini terbaru dari akar umbi Pemuda Umno di Bahagian Kuala Kedah. Dengar sendiri apa yang diluahkan dihadapan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang merasmikan persidangan sayap Bahagian Kuala Kedah. 

Semakin hari ramai dikalangan akar umbi Umno yang telah mula menyatakan pendirian mereka secra terbuka, terutamanya golongan muda dari Pemuda serta Puteri. 

Ada juga ahli serta pemimpin peringkat akar umbi yang telah letak jawatan sebagai tindakan membantah halatuju parti dibawah pimpinan Najib Razak. 

Difahamkan ramai dikalangan pimpinan tertinggi Wanita, Pemuda serta Puteri Umno pun tidak bersetuju dengan beberapa 'tindakan melampaui batas' di-dalam dan luar parti baru-baru ini namun kesemuanya masih belum cukup berani untuk menyatakan pendirian secara terbuka.

Rami juga yang agak terkilan dengan 'silent mode' saudara Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda Umno yang sebelum ini dilihat sebagai antara pemimpin pelapis Umno yang mampu meraih sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi dari a 'cross section of the Malaysian society' kerana keterampilan beliau. 

Saya pasti KJ kini faham bahawa tanggungjawab pemimpin pelapis bukan setakat menganjurkan festival atau karnival untuk belia,  tetapi KJ hanya belum cukup berani untuk menyatakan atau lebih tepat lagi menyampaikan suara akar umbi tanpa 'fear or favour'.  

Akar Umbi Umno Gesa Cari 'Kaedah Agresif' Jika Najib Gagal Jawab Isu 1MDB
Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 12:45 PM

"Jangan Takut Bercakap Benar" - Shafie


Muhyiddin: I won’t stop discussing 1MDB

Sementara itu Muhyiddin dijangka menghadap Tuanku Sultan Johor pada lebih kurang pukul 4petang ini. Hanya berita ini sahaja yang sahih, yang lainnya (berhubung pertemuan petang ini) mungkin spekulasi semata-mata, tetapi harapan rakyat nyata tinggi menggunung bila berita Raja Melayu dari Negeri Johor mengambil maklum tentang 'penderitaan' rakyat mula tersebar luas. 

Daulat Tuanku! 

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI, berkata Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini. - AWANI 


Saturday, 13 June 2015

Antara kaca dan permata - Jangan BOHONG!


Hayati nasihat yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Cuba berfikir secara jelas dan besar kemungkinan anda akan mendapat petunjuk dari Allah.

Pembohongan dan lebih teruk lagi kesediaan kita untuk hidup dalam pembohongan kerana alpa dan terlalu malas untuk menentang kemungkaran akan hanya menghancurkan kita dan negara tercinta ini. 

Ramai yang tidak berani, segelintir lagi melacurkan diri demi wang ringgit, jawatan, anugerah dan sebagainya sehingga pencuri dan pembohong disanjung dan ditatang. Pembunuh pun mungkin diberi permaidani merah. Yang dikeliling tidak peduli jika negara pun digadai.

Yang tidur se-bantal tidak perlu dihurai lagi. Seluruh negara sedar akan penyakit bongkak dan tamak haloba.

Politik ada batasnya. Batas politik adalah apabila tindakan, kelakuan, halatuju dan keputusan dibuat semata-mata kepentingan peribadi, keluarga, rakan-rakan serta tidak berasakan undang-undang dan kepentingan rakyat dan negara. Jauh sekali dari panduan agama. 

Apapun bentuk dan rupa, politik yang menghalalkan pengkhianatan, pembohongan dan rompakan khazanah negara mesti ditentang habis-habisan. Tidak kira siapa, pengkhianat tetap pengkhianat walaupun darahnya berlainan warna.

Kita tidak perlu pemimpin yang tidak peduli jika rumah yang diduduki bersama perlu dibakar hanya kerana ingin terus berkuasa dan menyelamatkan diri dari dihumban ke-penjara.

Pantun dibawah ini mungkin hanya dua kerat tetapi makna-nya amat mendalam dan sangat sesuai untuk kita renungkan bersama disebalik tabiat pemimpin yang sudah kerap bercakap bohong kepada rakyat. 

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri. 

Mungkin dahulu urutan-nya adalah bercakap bohong lama-lama mencuri tetapi kini ada yang mencuri terlebih dahulu sebelum bercakap bohong untuk menipu rakyat. 

Saban hari pelbagai cerita dongeng serta pembohongan direkacipta hanya untuk melencongkan pemikiran rakyat daripada jenayah pencurian khazanah negara. Yang membongkar dihina dan dicerca, si-pencuri pula bermegah mendabik dada. 

Apakah kita rakyat Malaysia ini sudah terlalu hina sehingga tidak mampu membezakan antara kaca dan permata?

Janganlah kita khianati anak-anak kita dengan tindakan bersekongkol bersama pencuri dan pembohong yang sedang riak dengan kuasa dan jawatan. Ingat, berdiam diri tanda-nya setuju.

Bangkitlah sebelum nasi menjadi bubur. 


Site Meter