Wednesday 9 December 2015

Apa nilai sebenar parti keramat ?


Dimana letaknya kekuatan parti politik yang selama ini diiktiraf umum sebagai pejuang agama, bangsa dan negara ?

Bagi sebahagian besar ahli dan sebilangan kecil para pemimpin-nya, kekuatan parti ini masih terletak pada nilai-nilai murni serta asas perjuangan yang mengutamakan agama, bangsa dan paling penting sekali negara bertuah ini. Apakah kepercayaan mereka ini berasas?

Parti yang pada suatu ketika dahulu menunjangi pemerintahan negara ini secara dominan masih pada landasan yang serupa atau telah terpesong dari hala tuju yang termaktub dalam perlembagaan parti dan negara? 

Parti ini masih yang serupa atau nilai-nilai murni yang digenggam erat dahulu telah ditukar ganti dengan nilai wang ringgit serta habuan-habuan lain demi kepentingan peribadi segelintir pemimpin yang telah 'menculik' parti ini?

Perhimpunan pemimpin akar umbi kali ini amat penting untuk parti ini kerana umum sedang menanti untuk menterjemahkan semula nilai-nilai sebenar pertubuhan yang seringkali dilaungkan sebagai parti keramat ini. 

Nilai mana yang sebenarnya menjana jantung hati perjuangan parti keramat ini? Nilai perjuangan agama, bangsa dan negara atau nilai ringgit dan dollar Amerika? 

Ini peluang terakhir untuk mereka yang masih berpegang kepada nilai sebenar untuk bangun mempertahankan pertubuhan mereka. Jika tidak berani kerana benar yang batil akan terus ber-maharajalela. 

Ini peluang terakhir untuk bercakap yang benar, berpegang kepada yang benar, bangkit menegakkan yang benar dan menolak segala yang tidak benar bersama onar dan duri yang merosakkan.

Ini peluang sebenar untuk menunjukkan kepada umum apa sebenarnya nilai parti keramat ini. 

Bertindak sekarang sebelum nasi menjadi bubur. 

Jangan gadai maruah diri, agama, bangsa dan negara demi wang ringgit. Ini haram se-haram-haramnya! (Gambar hiasan, jangan gundah gulana)
Jangan hancurkan harapan anak muda

p/s

Kepada blogger tak sedar diri yang begitu gah menyalak mempertahankan pencuri dan penyamun. Sudah-sudahlah mengata orang lain. Cermin diri sendiri dahulu. Tolong jangan beri anak-anak makan dengan duit hasil kerja tidak bermaruah kamu. Jangan merajuk, ini hanya teguran ikhlas. 



9 comments:

Anonymous said...

Tepat sekali tuan. Macai2 umno semua, jangan kata tak ada yang beri teguran, nasihat dan peringatan....macai2 pahlawan bugis dan bentaranya, sedar diri tu. Idup dunia tak kekal ya...botox tak dapat membantu kamu untuk terus idup kekal bernyawa. Perbuatan keji balasannya adalah keji yang berganda2...tak tau lah pula berapa kali ganda...mungkin lebih dari 2.6 billion kali kut. Kalau kena bakar 2.6 billion kali lebih panas dari api oxy memang sakit sangatla...fikir2kanlah ya macai2...

Anonymous said...

Orang miskin dan kampung macam kami hanya mampu berdoa saja agar mereka yang munafik dan terlalu taksub terhadap kuasa dan kekayaan akan dilaknati Allah. Percayalah sudah banyak surau2 yang mengadakan sembahyang hajat supaya laknat rurun keatas pemimpin2 yang munafik ni.

Anonymous said...

assalamualaikum tuan admin..
mne tuan mghilang....lme x post brita... semoga tuan chat...
dahaga berita dr tuan

Anonymous said...

ya saudara. kita memang mahukan UMNO yang berjuang untuk rakyat tapi apa yang berlaku sekarang ialah kita sedang membilang faktor2 yang membawa kepada kejatuhan UMNO akibat daripada kepercayaan sang penguasa bahawa wang mampu menyelesaikan segala masalah. ....

Anonymous said...

Saudara, Tai Gor Jib telah meluputkan "keramat" UMNO dengan cara pentadbirannya yang songsang dan bersampah.

berasiam said...

Bumi bertuah ini lebih utama daripada sebuah parti. Mustahil masih keramat bila bohong jadi budaya, wang jadi raja.

Anonymous said...

Apo yang tuan nak kobarkan tontang parti keramat ni ...
Untuk makloman tuan , parti ni jadi keramat sobab ahli2 eh yang buek dio jadi keramat .
Sekarang dah jadi lagi keramat . Sokongan pado pemimpin eh dah terbukti . Apo nak lai ...

So , apo nak dikato ... Oghang kampong dah berkato .

Waghih.

Anonymous said...

Hadith Mashyur Tentang Keramat Orang Yang Beramal Soleh

"Ketika tiga orang sedang dalam perjalanan, hujan lebat menimpa mereka. Mereka berlindung ke dalam gua di sebuah bukit. Tiba-tiba runtuhlah batu-batuan bukit menutup pintu gua dan mereka terkurung. Maka di antara mereka terjadilah perbincangan. “Perhatikan amal saleh yang telah kalian lakukan kerana Allah. Berdoalah kepada Allah Ta’ala supaya Dia menyelamatkan kalian.”

Maka seorang di antara mereka berdoa, “Ya Allah, dahulu aku punya orang tua yang sudah sangat lanjut usianya, aku juga punya isteri dan anak-anak kecil. Semua menjadi tanggunganku. Bila aku pulang dari pekerjaanku, aku memerah susu. Aku mulai dari kedua orang tua aku. Aku melayankan kepada mereka air susu itu sebelum aku memberikannya kepada anak-anakku. Pada suatu hari aku mencari kayu dari tempat yang jauh sehingga aku terlambat pulang petang. Aku mendapatkan kedua orang tuaku sudah tertidur. Aku memerah susu seperti biasa. Aku mendatangi keduanya dengan membawa wadah susu itu. Aku berdiri di dekat mereka. Aku segan membangunkan mereka dari tidurnya. Aku juga tidak ingin memberikan susu itu kepada anak-anakku sebelum memberikannya kepada ibu bapaku. Anak-anak merengek di bawah kakiku. Begitulah keadaanku dan keadaan mereka sampai terbit fajar. Jika Engkau tahu perbuatan itu aku lakukan kerana mengharapkan redha-Mu, bukakan pintu gua ini sehingga kami dapat melihat langit.” Maka pintu gua terbuka sedikit sehingga mereka boleh melihat langit, tetapi tidak cukup untuk keluar.

Yang orang kedua berkata pula: “Ya Allah, dahulu aku mempunyai saudara sepupu perempuan. Aku mencintainya lebih dari kecintaan laki-laki lain terhadap perempuan. Aku mengajaknya berkencan, tetapi ia menolak kecuali aku dapat memberinya seratus dinar. Aku bekerja keras sehingga aku berhasil mengumpulkan seratus dinar, dan aku datang menemuinya. Ketika aku berada di antara kedua kakinya, ia berkata: "Hai hamba Allah, takutlah kepada Allah. Jangan engkau buka khatam kecuali dengan haknya." Maka aku tinggalkan dia di situ. Jika Engkau tahu perbuatan itu aku lakukan kerana mengharapkan keredaan-Mu ya Allah, bukakanlah pintu gua ini.” Pintu gua terbuka sedikit lagi, tetapi masih belum cukup untuk dapat mereka keluar.

Yang orang terakhir berkata, “Ya Allah, dulu aku pernah mengambil seorang pekerja dengan perjanjian membayarnya dengan satu takar padi. Setelah menyelesaikan pekerjaannya, ia datang kepadaku dan berkata: "Berikan hakku". Jadi aku menyerahkan padi itu, tetapi ia meninggalkannya saja. Maka aku pun tanamkan padi itu, sehingga dari hasilnya aku berusaha menghimpunkan ternak dan gembala. Setelah bertahun-tahun lepas, pekerja itu datang menuntut haknya. Ia berkata: "Takutlah kepada Allah, jangan rampas hakku". Dan aku berjawab: "Pergilah ke kumpulan ternak itu dan penggembalanya. Ambil-lah semuanya untukmu. Ia berkata: "Takutlah kepada Allah, jangan mempermainkan aku". Aku berkata: "Aku tidak bermain-main. Ambil lah ternak sapi itu dan penggembalanya. Maka ia mengambil dan membawanya pergi. Ya Allah, jika Engkau tahu perbuatan itu aku lakukan kerana mengharap keredaan-Mu, bukakanlah pintu gua ini.” Kemudian Allah membukakan pintu gua yang masih tersisa. Mereka ketiga pun dapat meninggalkan gua itu dalam keadaan selamat."

(an-Nawawi, Riyadus Salihin)

Unknown said...

Tdk payah kah kita mengingatkan Allah kepada perasuah perasuah sbab mereka tdk takut lansung pada tuhan. Memang jelas. Yang mereka takut skrng ialah jail. Kalahkan BN dan sumbat mereka dlm jail barulah mereja automatik ingat pada tuhan sbab mau minta tolong.