Friday 15 January 2016

Mee segera atau cermin muka ?


Catatan sejarah kita menyebut bahawa pada tahun 1974 berlaku tunjuk perasaan yang ditunjangi penuntut pengajian tinggi. 

Tunjuk perasaan di Baling, Kedah dan di Kuala Lumpur itu dikatakan demi memperjuangkan nasib petani yang papa kedana sehingga ada yang mati kelaparan. Terdapat lebih dari satu versi dan pendekatan akan tunjuk perasaan yang dihadiri lebih 10,000 penduduk kampung dan pelajar pengajian tinggi itu.

Pelbagai laporan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah seorang dari kalangan pemimpin pelajar yang berkarisma, merupakan pemangkin kebangkitan pelajar pada waktu itu. 

Ada yang mengatakan beliau hanya menghasut berdasarkan khabar angin yang tidak benar. Apapun tunjuk perasaan Baling itu tercatat dalam sejarah negara. 

Ekonomi yang merudum dan harga barangan yang melambung menjadi api dalam sekam pada waktu itu dan kemarahan rakyat bawahan adalah benar dan nyata. 

Ada yang berpandangan bahawa peristiwa Baling itu hanya satu episod hitam dalam perjalanan kita. 

Tidak kurang juga yang mentafsir peristiwa itu sebagai titik permulaan riwayat politik Anwar Ibrahim. Sepanjang kareer politik beliau yang gilang gemilang terutamanya ketika dalam Umno, Anwar sering dicanang sebagai Hero Baling.   
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, juga salah seorang aktivis pelajar yang popular pada tahun 1974, pula mengatakan Anwar bukan Hero Baling

Siapa Hero Baling? Mungkin Anwar, mungkin Ibrahim, mungkin Syed Hamid Ali atau mungkin juga Hishamuddin Rais. Ramai yang terlibat ketika itu.

Ramai juga yang mengaku dan mendabik tetapi hakikatnya kekal bahawa pada tahun 1974 ribuan pelajar keluar memperjuangkan nasib petani dan penoreh yang diberitakan kelaparan dihimpit kemiskinan. 

Nasib yang miskin dan kelaparan diperjuangkan pelajar ketika itu. Nasib pelajar yang kebuluran ketika ini pula bagaimana? 

Tak tahu nak hantar mee segera atau cermin muka. 

p/s 

A good link to the past - Student Movement in Malaysia  .Enjoy the spirit.



3 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Tentang peristiwa Baling, eloklah tanya orang yang di sana pada ketika itu Eyewitness account. Saya bertugas sebagai seorang guru pada ketika itu dan mengakui ada kemiskinan khusunya dalam kalangan penoreh getah. Tetapi tak ramai mereka yang memprotes.

Kisahnya panjang dan terdapat pihak yang mengambil kesempatan.. Opportunists. Pelajar tak susah kelapaaran ketika itu dan mampu membuang masa memprotes dan merusuh. Sekarang?

Buka cerita baru kot agar dapat sumbangan untuk membuat protest lagi? Mengambil kesempatan menaikkan imej sendiri sebagai pemimpin pelajar dan menjadikannya landasan untuk masa depan yang lebih cerah?

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan muncul menjadi wira pula seperti Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

pelajar lapar perut, tapi hp kat tangan harga beratus. selfie, gambar mesti cantik, mesti hp mahal. kalu tak wassap, insta, wechat, tak ikut gaya terkini, kena la kasi kat telco berbanding perut sendiri. motosikal bergerak jauh daripada kampus, minum awal bulan kat cafe ada bintang. makan sekali sehari untuk pelajar normal la. mungkin tak normal untuk pelajar manja kot. tak lasak langsung generasi sekarang.

Anonymous said...

Generasi strawberi...cantik tapi lembik