Friday, 27 May 2016

Kuasa sebenar Raja Raja Melayu diMalaysia

INSTITUSI RAJA SEBAGAI CABANG KEEMPAT KERAJAAN DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Tuanku Sultan Johor adalah Raja Melayu Malaysia Moden yang berjaya menambat hati rakyat dengan tindakan serta pendirian yang bijaksana, bukan populis. 
"1. Ianya adalah satu kekhilafan sehingga kini, untuk kita berkeanggapan bahawa sistem demokrasi berparlimen di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah cetakan semula akan sistem demokrasi berparlimen Westminster yang mengandungi tiga cabang Kerajaan; Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
2. Perlembagaan Persekutuan kita dengan jelas telah menzahirkan akan kedudukan dan peranan sebenar yang dimainkan oleh INSTITUSI RAJA sebagai cabang keempat dalam sistem demokrasi berparlimen ini, untuk melaksanakan akan semakan dan imbangan (“check and balance”) termesti ke atas ketiga-tiga cabang lain Kerajaan.
3. Justifikasi berhubung dengan pandangan di atas, adalah berpandukan kepada peruntukan tertentu di bawah Perlembagaan Persekutuan.
3.1 Perkara 37 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Baginda YDPA yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja hendaklah sebelum menjalankan tugasnya, mengangkat dan menandatangani SUMPAH JAWATAN di hadapan Majlis Raja-Raja, di dalam kehadiran Ketua Hakim Negara, akan SUMPAH JAWATAN seperti yang tertera di Bahagian I pada Jadual Keempat; dan ANGKAT SUMPAH yang mana hendaklah disaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu, oleh Majlis Raja-Raja:
SUMPAH JAWATAN ITU:
… Dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini …”
- jelaslah, Baginda YDPA telah mengangkat SUMPAH JAWATAN dan mengisytiharkan bahawa Baginda AKAN melaksanakan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan tanpa gagal.
- “SUMPAH JAWATAN” oleh Baginda YDPA adalah semestinya lebih tinggi kedudukannya berbanding dengan angkat sumpah lain ... " - Haniff Khatri 

Haji Haniff Khatri ialah seorang pengamal undang-undang yang aktif. Antara peguam yang berani menyatakan yang hak dizaman masyarakat dituba dengan pelbagai dakyah, penipuan dan pembohongan. 

Kupasannya panjang lebar namun secara ringkasnya peguam ini merungkai kuasa sebenar Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan. 

Sebenarnya perlembagaan sebuah persekutuan yang diberi nama Malaysia ini memberi kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong untuk melaksanakan peruntukan undang-undang serta Perlembagaan itu sendiri. 
Kami...  


Mungkin pindaan perlembagaan pada tahun 1993 telah memperkukuhkan lagi kuasa dan peranan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran serta kerajaan demi untuk memastikan keadilan, keamanan dan untuk memelihara kesucian Islam. 

Jika Raja dan rakyat dilihat sama dari kacamata undang-undang maka Raja juga seharusnya berhak akan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat biasa.  

Kebebasan bersuara serta mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan negara, rakyat serta martabat pemerintahan yang ditunjangi Islam adalah hak Raja Raja Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. 

Sumpah Jawatan Yang DiPertuan Agong juga amat jelas. 

Daulat Tuanku!  
   

p/s Segala tindakan untuk menyelamatkan negara dari pengkhianat dan kumpulan perompak bukannya mainan politik dan tidak boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk berpolitik. Itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh seluruh rakyat yang bernaung dibawah Raja Raja Melayu. 


24 comments:

Anonymous said...

Jadi Sekarang kat mana isunya sehingga boleh Tun sewenang2nya bahawa YDPA berhadapan dengan tahanan rumah????? mana mungkin penjawat awam atau Polis Diraja Malaysia berani melangkaui titah Tuanku????? Sekarang Tun terperangkap dengan mainan lidah sendiri bukan........

Anonymous said...

Kamu ni wartawan tapi dok copy paste.

Anonymous said...

Brader betul Big Dog dah tak makan nasi lagi?

Anonymous said...


Raja ada kuasa maka dedak dedak yang terdesak pun menyerang lebih 1juta rakyat yang menandatangan Deklarasi Rakyat.

Anonymous said...

Ok katakanlah najib tidak bersalah, tidak kah dia merasa bertanggung jawab untuk cuba menagih wang2 yang ditipu supaya mengecilkan kerugian wang rakyat dari terus hangus? Logik ker dia mengatakan tiada penyelewengan cuma kelemahan pentakbiran berlaku? Tentu saja tidak logik.... tapi adalah logik dia memberikan ulasan begini kalau dia sendiri adalah salah satu pencuri nya. Ya tak ya juga ya. Ini baru dapat diterima akal....Sifat yang wajib bagi pencuri ialah bohong. Mustahil benar. Sifat yang harus pada pencuri ialah bohong selagi bolih bohong...Penyokong2 Najib memang seronok sakan dibodohkan dan dengan sukarela memelok pegangan baru akidah yang berkiblatkan kepentingan kesenangan dunia mereka.

Anonymous said...

Bukan copy bro tapi bagi ulasan. Macam movie review la..

Apanama said...


1. Kalau rasa hanya copy paste dan tidak memberi apa-apa manfaat sila layari blog lain. TQ

2. Saya tidak pasti akan tabiat makan manusia yg merasakan dirinya anjing. Terima kasih.

ali along said...

Umno yg jdkan statement tun 1 isu..org lain tak pun..ko org umno ke?kalau ko penjilat najib,ko memang haramjadah..

Waghih said...

Salam Bro ...

Tindakan Dr Mahathir melakukan pindaan perlembagaan pado tahun 1993 adolah nak menyelamatkan institusi rajo dari kemarahan rakyat .
Terlalu banyak isu berkait dongan instana yang berunsur peribadi .
Dr Mahathir , selaku PM pado maso itu telah banyak memberi nasihat pado istano dalam menangani perkaro2 negatib ini .
Malangnyo ado pihak istana (yang tertentu sajo ) yang tidak mengindah nasihat2 yang diusurkan olih gomen .
Dongan demikian amat berpatutan PM pado maso itu melakukan pindaan demi memberi keyakinan rakyat pado institusi istano .

Malangnyo sekarang ni Dr Mahathir sudah berubah wajah dan menjadi Tun M . Sudah hilang keperihatinan terhadap rakyat hinggokan sangup khobarkan perkaro yang tak sohih dan memanipulasikan rakyat .

Deklarasi rakyat .. Tun M khobar an dah ado 1.2 juta tandotangan rakyat . Berito terbaru Cik Gu Bard ado SD mengatokan tandotangan 1.2 juta itu tidak bonar dan merupakan manipulasi yang bosar .

Tun M pun mengatokan bahawo YDP Agong telah dilotak dalam tahanan rumah , disobabkan Tun M tak dapek mempersembahkan tandotangan deklarasi rakyat . Ini sohih penipuan dan dinafikan olih pihak istano .

Menuduh 1MDB telah kehilangan 42 billion dan wang tersebut tolah dicuri olig PM Nagib . Ini telah disahkan olih PAC dan BNM sebagai tidak bonar .

Tun M khobar an nak selamatkan Malaysia dari PM Nagib . Tapi hakikat eh dio nak anak eh Mukhriz ambik alih jawatan PM tu .

Banyak lai cerito kebelakangan ni tontang Tun M ni ...tapi waghih kek kampong dah tak percayo kek dio dah .
Mano tak eh ... kalau dio berjayo turunkan PM Nagib , habih sumo pemberian saperti BRIM , vocher buku dll akan ditarik balik ... kan nayo tu .
Paghah oghang tuo ni ...

Waghih.

Anonymous said...

"Menuduh 1MDB telah kehilangan 42 billion dan wang tersebut tolah dicuri olig PM Nagib . Ini telah disahkan olih PAC dan BNM sebagai tidak bonar.."

- You're obviously ignoring IPIC's statement to London Stock Exchange that Aabar registered at British Virgin Islands got nothing with them. Probably living in a cave for the lost couple of months. FYI 1MDB pumped some USD 3.5 billions in that company which equivalent to 14 to 15 billions of Malaysian ringgit. What happened yo this money if it is not gone missing? Or you probably privy to it. Please share with us.
Tun M never said that 42 billions had gone missing and stolen. Please don't put that in his mouth. He's only saying 1MDB accumulated 42 billions with some of those billions were not properly accounted. The actual figure in PAC report is 50 billion.

Anonymous said...

Masalah ea sekarang ni lagi paghoh. Beri sikit kaut banyak. Ado x zmn tun dulu menteri siap suruh rakyat buat 2-3 kije? Dulu tun kata siapa rajin akan berjaya tapi sekarang utk hidup kene buat 2-3 kije

Anonymous said...

waghih demo miring. bong-bang bong-bang mace macai jiwa sempit. apo guno make budu tapi tak berbudi? kumpu emas perut tak sudi? bertopeng oghang berjiwa syaitan?

Waghih said...

Apo bangang sangat ni ...

Zaman sekarang , rajin buek 2-3 kojo akan berjayo .

Zaman Tun dulu , rajin tak buek kojo ... menghabihkan bogheh .

Dulu lain ... sekarang lain .

Tapi kalau nak duduk zaman batu poi lah ...
Takdo sapo halang do ...

Waghih.

Sabri Degreat said...

Waghih oh waghih, ko dok risau Br1m , voucher buku ditarik balik.. sebelum ni budak2 yg masuk U ok jer... samapi zaman najib .. budak2 U kena ikat perutla, kena masak kat kampus la.. baik si PM tu kekalkan subsidi atau tambah jer subsidi yg berterusan... lg mantap... tu pun kalau dia kekal lg la... aku doakan dia undur cepat2.. dah mcm species penyamun dah dia tu...

Anonymous said...



"There is only one viable, comprehensive, single all-encompassing answer to all the above questions (and more): 1MDB is a front company. It was especially created, a special purpose vehicle, used solely as an individual political fund raiser, pocketing some money on the side.

They never thought of paying back every sen gotten — they can’t afford to — so that all those other things were just for show: the signing ceremonies, the platitudinous speeches of great economic fortunes, the TRX, the mock-ups, the grand talk of business model, bad or good, of savings for the government…. Because political funding only spends money, Bandar Malaysia and especially Edra, old generators, were needed. But, they were primarily for show — something a little more convincing than mere speeches — things you can see and touch with your hands, tangible things to show on paper, the Accounts.

This explains why the Accounts were never on time and many crucial entries had to be negotiated with auditors then inserted after the submission deadline. They were as if an afterthought: How to legally classify 3bn ringgit that isn’t there with 1MDB? Such attempts to conceal the truth of things produced a plethora of obfuscating terms like ‘fund units’, ‘Level 3 assets’, ‘cash equivalent’, and ‘ready for sale investments’.

All this is also to say, 1MDB is a Malaysian Government scam, the first of its kind in the world. It was clearly carried out at Najib’s behest but, since so much was so easily gotten, so quick, with so much available for distribution and, when discovered, Umno was formally and quietly inducted to be a part of it, both as money recipient and to buy personal loyalty for Najib. Hence, Azalina Othman and, hence, political funding."

https://shuzheng.wordpress.com/2016/05/27/now-it-all-makes-sense-updated/

Anonymous said...

Setuju Sabri. Duk selalu ungkit Brim dengan voucher buku tu. Waghih ni tak nak cerita pulak zaman Pak Jib budak-budak belajar universiti duit ptptn tak dapat penuh. Kena potong. Kutipan dah semakin improve pun still kemut nak bagi penuh.
Zaman siapa yang kerajaan tak ada duit nak hantar student cemerlang belajar luar negara? Zaman siapa subsidi barang-barang keperluan asas dihapuskan? Zaman siapa yang kutip paling banyak cukai dari rakyat hatta yang fakir miskin pun kena bayar? Copat Waghih jawab..

Tajul said...

Berapo puluh lak kojo ekau buek skg? 10? 20?

Kalau salah satu eh mengango mentekodarah dodak sampai kombung, ekau poi la buek sensorang.

Takat tu yo la yang dapek dibuek dek ekau domi monyahut soruan mat maslan.

Rakyat dicokik dongan cukai molambung naik eh
Tak cukup lak tu diporah lak tenago sampai disuruh buek bebanyak kojo

Dio laki bini bejoli katak kek merato alam.. Ekau pun aminkan yo kojo tak botur dio..

Elok bonar la tu.. Bosar saham akhirat ekau esok..

Anonymous said...

Kenapa lembab sangat?Kalau dulu kena kelentong dengan McMichael,....sekarang McMichael menjelma semula dalam diri Pahlawan Bugis.Bila nak sedar?Tak kan hampa pun makan dedak juga macam Ku Nan?

Waghih said...

Hello bro ,
Didnt the govt mentioned earlier that 1MDB is a strategic investment company .
Now , if it is an investment company then it is govt linked .
It is no rocket science .

For the so called missing money , it was clearly highlighted by AG , BNM and PAC committee that everything was above board . Clearly can be seen on 1MDB yearly financial statement .

For the delay report submission , well didnt CEO Arul mentioned all files was in the custody of police for the investigation ?

Now for the REAL SCAM .
Tunnel project in Penang ...
Penang state govt admitted payment made to CZBUCG was RM305 million . The paperwork ( feasibility and design ) costed mind bogling RM208 million . This constituted about 10% from overall project cost .
Now, JKR project sop specify the cost for feasibility and design work should not be more than 2.8% of overall project cost .
So , the question in everybody's mind , where does that more than 7% goes ?.
Obviously , to someone close to Penang state govt .
Or in your own words LGE front company .
This is the REAL SCAM.

Now , lets figure out how to run biz with sales Rm51 million , you can make profit Rm64 million . ( Take note you dont have asset.)

Yes , that happened in Penang.

Waghih.

Anonymous said...

Apa maknanya cabang keempat,kalau sama taraf dengan kanser tahap empat.Raja-Raja Melayu konsisten sejak zaman Siam,Inggeris,Jepun,dan Inggeris lagi,sehinggalah ke zaman Jho Low.

Anonymous said...

Waghih, according to your IQ, what's the difference between REAL SCAM and UNREAL SCAM? We citizens hereby declare Ahjibgor 1MDB an UNREAL SCAM!

eri said...

waghih hang tak kesian ka kat mak hang....mengandung hang beranak pahtu bela sampai besar untuk dipanggil bodoh bangang ja kat sini....

Anonymous said...

emmmmmm....ye ker macam tue...ishh..isshh..isshhh...rupanya hebat jugak undang2 negara kita nie...patut la semua rakyat jelata hidup bahagia selama nie...aman dan makmur....hehehehhehehehe

Anonymous said...

yang aku tengok yaqng duduk atas tue dari dulu senang lenang jer...yang bersusah payah tetap ler rakyat jelata...tak habis2 kena kencing dengan yang duduk kat atas2 nie...yang paling aku kesian adalah rakyat jelata...walaupun sudah hancing kena kencing pun tetap setia menyokong pemimpin masing2..memang dunia nak kiamat...
pada aku 1 jer,selagi pemimpin hidup kaya raya,rakyat jelata akan selamanya hidup susah menderita...Setahu aku Kerana itulah Rasullullah SAW memilih untuk hidup secara sederhana...barulah umat manusia aman sejahtera...hehehe...aku harap tuan tanah jangan main jilat jer k...