Saturday 4 March 2017

Perdana Menteri PEMBOHONG



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap bohong tanpa segan silu dihadapan orang ramai. 

Ini bukan kali pertama Najib berbohong untuk mengelirukan rakyat tetapi isu hak milik tanah di Forest City Johor adalah antara pembohongan besar yang melibatkan isu kedaulatan negara.
“Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.
“Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban,” katanya semasa berucap merasmikan program “Jom Bantu Rakyat” di Desa Pandan di sini hari ini. - FreeMalaysiaToday

Dalam laporan yang disiarkan pada 20hb Januari yang lalu Najib berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Forest City adalah fitnah.
Di bawah adalah bukti yang disahihkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Forest City pagi tadi.


Siapa sebenarnya yang bercakap bohong dan berusaha memperdaya rakyat Malaysia, khususnya orang Johor, akan kedudukan sebenar pembangunan Forest City dan penglibatan pihak berkepentingan?

Penjualan terus kawasan pesisiran laut yang ditambak menerusi hak milik kekal kepada warga asing bukan isu kedaulatan negara? Rakyat wajar berfikir secara serius dan jangan hanya berharap kepada pagar yang sudah makan padi. 

Setelah diberi hak milik kekal, Najib Razak telah meluluskan Forest City sebagai kawasan bebas cukai. Siapa yang bakal memperolehi manfaat dari status bebas cukai kawasan yang dimiliki orang asing? 

Rakyat wajar berfikir tanpa dikaburi sentimen bangsa, negeri atau perkauman. Jangan takut menegak kebenaran.

Pembohongan demi pembohongan yang di ulang tayang demi untuk menegak kebatilan tidak mungkin akan berjaya. Rakyat harus berfikir berdasarkan fakta agar nasi tidak menjadi bubur dan kita menyesal dikemudian hari.  

Yang sanggup berkomplot menukar status bumiputera kepada bukan bumiputera pun bukan orang lain.

Maklumat selanjut berkenaan Forest City di-SINI. Mungkin Datuk Seri Khaled Nordin boleh keluar dari kepompong menjelaskan isu ini jika peranan beliau bukan sekadar budak suruhan.

Ancaman terhadap kedaulatan dan hak negara tidak terbatas kepada projek mega negara China di Forest City Johor.

Kerajaan negeri Melaka dibawah pimpinan Datuk Seri Idris Haron juga, berdasarkan bukti hitam putih, telah memberikan hak milik kekal untuk kawasan pesisir pantai seluas 609 ekar yang ditambak. 

Idris Haron masih belum menjelaskan bagaimana kawasan pesisir pantai kita boleh diserah kepada pihak lain dengan hak mutlak milik kekal, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pegangan orang asing. 

Mungkin Idris Haron masih sibuk berhadapan siasatan SPRM di bumi Hang Tuah tetapi isu pemberian hak milik kekal untuk kawasan pantai yang ditambak ini harus diperjelaskan secepat mungkin. Ini soal kedaulatan negara, bukan soal cantas mencantas dalam parti jualan langsung.

 p/s 

Banyak juga duit yang masuk kedalam akaun bank peribadi pemimpin dan anak-anak mereka di Johor dan Melaka ni. Negeri lain macam mana? 







47 comments:

Cahaya Al Majid said...

Salam. Terbaik bro. Dedahkan lagi apa yg tergadai.

Unknown said...

Rasa nak menitis air mata melihat kan seorang tua yg dah 92 tahun yg sepatut nya berehat tapi rela menyusahkan diri nya demi membela nasib anak bangsa nya di masa depan,dan tak mau melihat satu lagi tanah pusaka tok nenek kita tergadai

Anonymous said...

Rakyat telah dikelirukan...

Forest city dibangunkan oleh syarikat China yg mmebuat usahasma dgn Mlasysia. Syarikat China adalah pemegang ssham terbesar.

Tanah atau harta yg dijual adalah terbuka kepada semua orang termasuk dari Malaysia, Singapura, China , Indonesia, Brunei, dan byk negara yg lain...

Kenapa isu hak mlik kekal dan pajakan nak dimanipulasi ???

Di Perak dulu, bila pakatan rakyat menang, habis hak pajakan yg 99 tahun ditukar jadi pajakan jugak tapi 1000 tahun....kalau 1000 tahun dah macam hak kekal...

Tak kiralah, mereka yg membeli dgn hak kekal pun, masih tertakluk kpd undang undang dan peraturan negara. Bukannya bagi hak kpd mereka utk buat sesuaka hati....

Nilai tanah sekitarnya akan jadi naik, kawasan sekitar akan berkembang, ekonomi akan terjana, peluang pekerjaan akan bertambah, pelabur akan terus datang, mereka pun kena bayar cukai dan byk lagi...

Semua ni win win situation...dan memebri byk kebaikan kpd negara...

Tak payahlah nak diwar warkan kononya menjual negara!!! Hanya org bodoh sahaja yg cakap macam ni

giorgio said...

Melaka banyak kes di mana tanah melayu tukar status jual pada cukong...tak caya buka fail... tanah negeri Melaka...

Unknown said...

Terbaik tn...sikit pembetulan..pegar makan padi...

Unknown said...

Betul tu..

Anonymous said...

Kesian kat rakyat Johor. Kera di hutan disusukan, anak dirumah mati tak makan..

Unknown said...

Dey...Kalau pelaburan dengan melabur kepada menjana ekonomi seperti perusahaan, industri berat, dan petrolium itu ya menjana ekonomi. Tapi pelaburan dengan menjual tanah serta hakmilik itu menjahamkan masa depan negara. Pikir dengan bijak.

sirimuda said...

Tu la sikap ahmak jika pegangan bebas mau buat wa punya suka jika pajakan ada sekatan dan syarat nyata la ngok lu apa tau kira mau duit saja belakang kasi orang

Anonymous said...

Tunggu hari bangsa johor tak mampu lagi nak beli umah di negeri sendiri

arizmaya said...

Anon 4:44
awat hang bangang sangat dok compare kes forest city dengan kes penukaran status hak milik di perak zaman Pakatan Rakyat merintah dulu..
Yang kat Perak tu hartanah tu adalah milik rakyat malaysia.. tak ada tanah mana pun yang tergadai kat bangsa dari negara asing.. bangsa yang bukan rakyat malaysia
Tapi yang kat Forest City.. tanah tu dibeli oleh warga asing... UMNO bagi rakyat asing milik kekal... hang bukak dan study buku akta National Land Code tu.. study betoi2 apa impak dia bila dah bagi tanah dengan status milik kekal kat warga asing..baca pelan2.. MILIK KEKAL...

Anonymous said...

Mmg pembohong! Rakyat Malaysia yg bodoh je sokong dia.

Anonymous said...

Kalau tak paham juga apa ia istilah MILIK KEKAL...ah macam ceritera
Singapura tu...ada individu2 bijak-laksana menyerahkan Singapura
kepada pihak British dengan harga??...teka lah!

Ambillah sejarah sebagai panduan...TUN hanyalah manusia biasa...yg
luar biasa. Jangan sampai bila dia sudah tiada baru kita nak iktiraf
kebenaran yang dia sampaikan setiap masa. Macam juga Allahyarham
Tan Sri P. Ramli...dah pergi baru kita nak mengenang jasa beliau
dan setiap Isnin memainkan Filem beliau di TV2...SEJARAH tak pernah
menipu yg menipu hanyalah N.j..!

Anonymous said...

Apa? Hartanah hak milik kekal? Ini semua salah Cina laknat DAP!!..

Nina@Nain said...

najib ni lau beliau sembang 12 menda..10 menda mmg x boleh percaya..

Unknown said...

Kesian kat anak johor di kemudian hari
Menang sorak kampong tergadai.kan sy dah cakap sebelum ini 'Selagi HIDUP Selagi BERKORBAN'itulah Tun M.

Unknown said...

Service over mesti buat dlm PRU14..cuci kerosakan2 yg trrrramat dasyat....ke laut kan kerajaan cikalang!!

Unknown said...

Hai anak johor...jgn ingat 99 tahun warga china nak duduk saja ke...
Beranak pinaklah dia dan berebut-rebut nak jadikan keturunan dia Rakyat malaysia.

Anonymous said...

To the honkey-donkey PM01 that said,

" Rakyat telah dikelirukan..."

(Forest city dibangunkan oleh syarikat China. Syarikat China adalah pemegang ssham terbesar.) You shoot your bloody fool self in the first line, MAJORITY SHARE OWNED by the CHINESE...no need to elaborate yet you have already given the facts FOREIGN OWNERSHIP in this PROJECT/s...ehhh?

(Tanah atau harta yg dijual adalah terbuka kepada semua orang termasuk dari Malaysia, Singapura, China , Indonesia, Brunei, dan byk negara yg lain...) Haven't you noticed the people coming in droves (literally speaking) ie. flew in and being taken by bus in an entourage promotional tour...why don't you spend a week and jot down the numbers that were brought in for the 'viewing'...if one 92 years old well-respected statesmen could see for himself, why not you, dumbass?

(Kenapa isu hak mlik kekal dan pajakan nak dimanipulasi ??? ) This is the MONEY SHOT...by you and by the BBP-Bloody Bugis Pirate when he himself said it PAJAKAN 99 TAHUN...any news there to say he's not a BLOODY LIAR??? Reminder....errr duit TIDAK MASUK ACCOUNT SEBAB SAYA BUKAN PENYAMUN..... bulan Ramadhan MENIPU di siang hari...?!???

(Di Perak dulu, bila pakatan rakyat menang, habis hak pajakan yg 99 tahun ditukar jadi pajakan jugak tapi 1000 tahun....kalau 1000 tahun dah macam hak kekal...) Dude, you are one RETARD whom said a line but does not come up with the NUMBERS TO COMPARE...at least try to RATIO it against FORREST CITY, in VALUE, SIZE, NUMBERS, IMPACTS etc etc...fool!

(Tak kiralah, mereka yg membeli dgn hak kekal pun, masih tertakluk kpd undang undang dan peraturan negara. Bukannya bagi hak kpd mereka utk buat sesuaka hati....) What very short or 'couldn't comprehend' memory you have, reference case on PETALING STREET.....why do you think the CHINESE AMBASSADOR make it a POINT TO BE PHYSICALLY PRESENT if not with the BLESSING FROM THE MOTHERLAND???? Kamu nih BODOH ke BINGAI atau semua sekali dengan yang ada B....BANGANG, BAGHRAL, BEBAL, BENGAP....

(Nilai tanah sekitarnya akan jadi naik, kawasan sekitar akan berkembang, ekonomi akan terjana, peluang pekerjaan akan bertambah, pelabur akan terus datang, mereka pun kena bayar cukai dan byk lagi...) Do you see the locals ie. anak jati JOHOR especially getting the job or opportunity in HUGE NUMEBRS? And, you probably not detailed the incidence where CHINESE GOODS & FOODS were even traded in renmibi/YUAN made WORST they FLAUNT IT IN CLEAR CHINESE-MANDARIN BILLBOARD or what not!

(Semua ni win win situation...dan memebri byk kebaikan kpd negara...) Where is the win-win when locals were even stopped or prohibited to even take pictures within the surroundings??? Care to add to economic spin-off???

(Tak payahlah nak diwar warkan kononya menjual negara!!! Hanya org bodoh sahaja yg cakap macam ni) YANG BODOH dan segala B nya adalah kamu.....period!

Saturday, March 04, 2017 5:25:00 pm

Anonymous said...

nak service over camne.. pembangkang pun dok berpecah taknak bersatu. Bila PRU nnti bertanding 3 atau 4 penjuru. Macamana nak menang.. nak pangkah yg mana pun dah confuse sekarang ni. akhirnya umngok gak yg menang..
Silap2 dapat dua pertiga plak nnti..hadoii

Anonymous said...

silap kalau 12..13 x leh caya

iejal78 said...

Ckp kang marah... Klu hartanah dah JD milik org bkn warga negara dgn hakmilik kekal akan datang ingat diorang nak BG balik2.... Sikit dijual PD bangsa asing lama2 x habis? Cuba pikirkan ttg populasi plk... Klu dah beli dgn hak milik kekal x kan x duduk?.... Dah duduk n beranak pinak lama2 lu n Anak bangsa lu nak JD penumpang ditanahair sendiri?

Anonymous said...

You've said it and it well bro...

mulutmelayu-realiti.blogspot.com said...

Di Penang pun bila laut diberi kebenaran oleh PBN kepada developer untuk tebus guna tanah, tanah itu diberi status FREEHOLD.

mulutmelayu-realiti.blogspot.com said...

Di Penang pun bila laut dibenarkan oleh Kerajaan negeri utk tebusguna oleh developer at their own expenses, tanah yg direclaimed itu diberi status FREEHOLD. Salah ke?

Anonymous said...

Tun M's strong patriotism and nationalism spirit is legendary. It manifested throughout his 22 years in high office. If he felt that one inch of the land being sold at the expense of the poor rakyat, don't expect him to keep quiet about it.
Even if he's now rendered powerless, he will summon all his energy and will to make things right. Even if that means his health and livelihood under jeopardy.

Anonymous said...

Antara pagar atau pegar yang mana satu betul... Pegar sejenis burung yang memang makanannya padi, jika diberi b peluang menjaga sawah padi, agak-agak apa akan terjadi....Apakah logik akal memberi peluang kepada sang pegar pemakan padi menjaga sawah kita. Pagar sebagai perlambangan untuk menjaga sawah lebih munasabah (walaupun tidak logik) atas kebijakkan orang dahulu menilai baik buruk sesebuah perumpamaan. Contoh perumpaan tidak logik yang hanya sebuah perlambangan ( metafora) adalah 'perigi mecari timba'

Anonymous said...

Anon 5:25pm..
P blajar dulu maksud leasehold dan freehold, pastu maksud pelaburan yg untungkan negara sebelum mengomen...hehehe

Pastu bg contoh negara2 lain yg mbenarkan rakyat asing beratus2 ribu/berjuta utk tinggal bermastautin di satu bhgian tanah mereka buat selama lamanya...

Tanya pulak diri sendiri boleh tak tanah dalam kawasan rumah hang sendiri dipajakkan utk bangsa asing tinggal beramai2 utk selamanya...

Pastu hang tanya diri balik, apa kata kalau org asing yg hang bg duk kat tanah dlm kawasan rmh hang tu adalah sedara mara penyangak/pemanipulasi/pemeras dan sebagainya...

Agak2 hang boleh paham tak soalan2 di atas???

Hehehehehe...

Anonymous said...

Dulu punyalah ingat Najib ni bagus selepas berjaya menggantikan 'The sleeping PM'.Rupa -rupanya tak bijak sebagaimana yang disangka.Terserlah amat terang sikap sebenar selepas terbongkar skandal kewangan terbesar 1MDB,membohong pulak tu.Lebih baik buat U turn daripada terus bersama Najib.Tak tahu menguruskan negara hendak menyalahkan orang lain,banyak cantik.Sudahlah Mr PM anda telah gagal!

Unknown said...

Bule tahan ko nye bodo ye...apa?...win-win situation...hahahahahaha...

Anonymous said...

Well said man!!

Unknown said...

Agreed! Sedih sgt... kesian tun mahathir. Patut dia blh berehat dgn cucu n isteri. Tp dia pilih mnegakkn kbenaran. Untuk apa?! Untuk siapa?!
Aku benci pemimpin taratas yg xpenah puas n xde rasa bersalah maniaya rakyat!!!!
Celaka la hidup diaorg.

Unknown said...

Dia akan beranak-pinak dgn kadar segera sbb dia dah congak tidak rugi beli harta tanah walau jauh dari tanah besar china..kalau dulu org dia berjaya maju di bumi malaysia dan sekarang kesemua mereka dahpun jadi rakyat malaysia dan mereka mahu mengulangi sejarah yg sama akan tetapi pada skala yg jauh lebih besar iaitu pemilikkan harta tanah.dulu cuma datang sebagai buruh yg melombong bijih hari ini mereka datang dengan kekayaan yg sedia ada...matlamat mereka hanyalah satu...bukan rumah dan bukan harta tetapi bakal menambah biak akan keturunan dan bangsa yg bakal ada hak mengundi biarpun perlu menunggu 99 tahun lagi..dan kita bakal di jajah dan bakal menjadi kuli selamanya sbb kelemahan kita adalah RASUAH DAN PEREMPUAN inilah yg bakal di hidangkan kepada mereka-2 yg berkepentingan.SEBELUM NASI MENJADI BUBUR

Unknown said...

Dia akan beranak-pinak dgn kadar segera sbb dia dah congak tidak rugi beli harta tanah walau jauh dari tanah besar china..kalau dulu org dia berjaya maju di bumi malaysia dan sekarang kesemua mereka dahpun jadi rakyat malaysia dan mereka mahu mengulangi sejarah yg sama akan tetapi pada skala yg jauh lebih besar iaitu pemilikkan harta tanah.dulu cuma datang sebagai buruh yg melombong bijih hari ini mereka datang dengan kekayaan yg sedia ada...matlamat mereka hanyalah satu...bukan rumah dan bukan harta tetapi bakal menambah biak akan keturunan dan bangsa yg bakal ada hak mengundi biarpun perlu menunggu 99 tahun lagi..dan kita bakal di jajah dan bakal menjadi kuli selamanya sbb kelemahan kita adalah RASUAH DAN PEREMPUAN inilah yg bakal di hidangkan kepada mereka-2 yg berkepentingan.SEBELUM NASI MENJADI BUBUR

Anonymous said...

Forest City dibangun atas pulau buatan manusia, jadi boleh bagitau TANAH SAPA YANG TERGADAI dalam projek ni??

Unknown said...

10:23 di suruh angguk angguk di suruh geleng geleng nanti tanah engkau kena lelong.kalau itu bagai di kata TANAH SAPA YG TERGADAI ?? sy nak naikkan banggunan 4 tingkat atas tanah ekou 10:23 tapi ekou jgn risau sy tidak cuit tanah ekou cuma sy nak minta tapak(ASAS) sahaja *ASAS* nak pacakkan tiang dan batang piling di hujung-2 penjuru 'SAHAJA' Dan Berjanji tidak akan usik cuit atau dengan salah menggunakan tanah ekou..lebih-lebih lagi mengganggu gugat anak cucu cicit ekou bila ekou dah mati.
Boleh je ekou bagi org asing buat banggunan ibarat terapung atas tanah ekou atas tanah.dua janji tak usik ranah ekou.tapi kalau cucu cicit kou bengap bila kou mati..dia juallah sbb dia rasa terganggu.Atok ekou bijak tapi bodoh sbb di pajaknya tanah buat banggunan terapong yg tanah di bawah cucu punya yg atas pendatang punya.
Nanti biar dia tambak sampai jadi sebesar pulau pinang.

Unknown said...

10:23 di suruh angguk angguk di suruh geleng geleng nanti tanah engkau kena lelong.kalau itu bagai di kata TANAH SAPA YG TERGADAI ?? sy nak naikkan banggunan 4 tingkat atas tanah ekou 10:23 tapi ekou jgn risau sy tidak cuit tanah ekou cuma sy nak minta tapak(ASAS) sahaja *ASAS* nak pacakkan tiang dan batang piling di hujung-2 penjuru 'SAHAJA' Dan Berjanji tidak akan usik cuit atau dengan salah menggunakan tanah ekou..lebih-lebih lagi mengganggu gugat anak cucu cicit ekou bila ekou dah mati.
Boleh je ekou bagi org asing buat banggunan ibarat terapung atas tanah ekou atas tanah.dua janji tak usik ranah ekou.tapi kalau cucu cicit kou bengap bila kou mati..dia juallah sbb dia rasa terganggu.Atok ekou bijak tapi bodoh sbb di pajaknya tanah buat banggunan terapong yg tanah di bawah cucu punya yg atas pendatang punya.
Nanti biar dia tambak sampai jadi sebesar pulau pinang.

Unknown said...

Barua 0400. Pengkhianat rakyat.
Melayu tipu melayu salah DAP.
Suka kamu lah. Pengkhianat bangsa. Binatang memang syok sendiri.

Unknown said...

What can we do. Nothing period.
Look at cina jho low. So powerful. No institution in malaysia can touch him. What can the malay do to jho low. I am not supporting him. Actually i want him in jail for what he did to our country but the problem is with whom he did it. UMNO embers, pelir pun kecut. Wow jho low. Amazingly powerful.

Unknown said...

dekat sabah/sarawak... Tanah adat pun dh kena rampas oleh kerajaan... mana2 Tanah kosong jadi milik kerajaan... padahal Sabah/Sarawak bukan tanah bersultan/raja... kalau bersultan/raja pun org asing... sungguh pun raja org asing xdelah sekejam pemimpin bangsa sekarang ni... bangsa sendiri pun dia balun, kalau bukan sama bangsa... x tau lah "perancangan" apa yg dibuat dlm diam2... penduduk tempatan Sabah/serawak nak mohon tanah kosong x dibenarkan... sebab tanah kosong milik kerajaan... tapi dalam diam2 kakitangan kerajaan bukan asal sabah/sarawak ada memiliki tanah disabah/sarawak... Ini Cuma contoh... bukan betul pun... ok...

rahman said...

Well said brother especially on the "B"

Anonymous said...

(Kenapa tak siar?),....Cina akan kembali mempunyai Maharaja di Johor.Bangsa Johor akan bertambah."Luaskan kuasa Mu".

Anonymous said...

Anon 10.23.am ternyata BONGOK..tak payah cakaplah kalau kamu tak tahu apa2..bodo..

Anak Felda said...

Membohong sudah menjadi air minum dan air mandi.
Sudah tidak ada segan-silu lagi walaupun terbukti ianya kata-kata bohong.
Apakah rakyat ini begitu bodoh dan dungu untuk menilai satu pembohongan?
Dan dusta ini diteruskan lepas satu, satu, kemudian ditambah dan tambah lagi menipu tanpa ada rasa bersalah dan rasa malu.
Apakah orang ini tiada iman hingga terang-terangan menipu di siang hari tanpa berlapik lagi?
Inikah orang yang hendak kita letakkan kepercayaan dan amanah ke atas bahunya?

Fikir-fikirkan.

Unknown said...

Tq Anak Felda..ini yg kita mahu kita tumbangkan UMNO ini.Mereka sudah terlalu menjolok mata dan Bongkak dalam tutur kata.Apa juga PARTI Kita pangkah asal saja jatuh UMNO
Pembohong muka buat bodoh je
Penipu muka buat Relek je
Penyangak muka buat selambe je
Pencuri muka buat tak bersalah je

sirimuda said...

Dah cuba berlakon tak mau jadi sapa tok guru dia kot-kot bolih menuntut ilmu muka pirassat ni

Anonymous said...

Skrg sembang jibby ngn semah org X kuasa nak dgor boleh muntah hijau. Klu pun dgor sbb kes tpaksa jea....so tpksa laa telan muntah sdri. Jibby ngn puak umno ckp laa bulan bintang waima perkara betul skalipun rakyat dah bolayan dek kelentongan maharaja klepet tahap donia. Terpekik terlolong laa ko sorang2 sampai mnyemboq air lioq basi hang....busoq beb!!! Sayonara to bn/umno. Teori RAHMan pasti mnjadi kenyataan InsyALLAH....