Showing posts with label Tan Sri Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Khalid Ibrahim. Show all posts

Tuesday, 17 November 2015

Apa perkembangan kes RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah Mansor ?


SEKARANG ROSMAH PULA DIDAKWA TERIMA RM2 JUTA DALAM AKAUN PERIBADI

Ini bukan cerita baru. Laporan di-atas disiarkan pada 9hb Julai yang lepas, lebih kurang EMPAT bulan yang lalu. 
Kami dah tahu pasal akaun Rosmah - Pasukan Petugas Khas

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memaklumkan mereka sudah mengetahui berkaitan dakwaan wang RM2 juta dimasukkan ke akaun isteri perdana menteri.

"Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan," kata Pasukan Petugas Khas itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan media itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan Petugas Khas itu dalam kenyataannya turut menegaskan siasatan dijalankan dengan telus, bebas dan profesional serta berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan mereka. -
AstroAWANI 

Bukan berniat mempersoalkan kewibawaan Pasukan Pertugas Khas yang kita tahu pada suatu ketika dahulu begitu berani... atau lebih tepat lagi lebih bebas bertindak. 

Apa yang menimpa Pasukan Petugas Khas yang gah itu diketahui umum, tidak perlu diulang disini. Umum terkeliru dengan kecelaruan yang menimpa Pasukan Petugas Khas kita, hanyut umpama bulu pipit yang dibuai angin. Terkapai entah dimana.

Berbalik kepada perkara yang dibincangkan. Perkembangan siasatan kes duit tunai RM2 juta ringgit didalam akaun peribadi isteri Perdana Menteri harus diumumkan secara serta merta. 

Ini soal tanggungjawab, amanah, kewibawaan dan yang lebih penting lagi kebolehpercayaan (trustworthiness) agensi-agensi yang menganggotai Pasukan Petugas Khas. Pihak berwajib mungkin boleh membuat bancian terbuka untuk seluruh rakyat jika mereka perlu diyakinkan lagi akan ketirisan kepercayaan rakyat. 

Jika Rosmah tidak bersalah nyatakan seadanya. Yang penting jangan menggadai amanah dan kepercayaan yang disandarkan rakyat. 

Apa perkembangan kes RM2 juta dalam akaun peribadi Rosmah Mansor ?

Pasukan Petugas Khas yang dikatakan masih 'hidup' itu mungkin boleh mengeluarkan kenyataan secepat mungkin. 

Untuk pengetahuan mereka yang masih menyiasat kes ini - Secara umum siasatan wang tunai didalam akaun peribadi yang ini seharusnya lebih mudah. 

Tidak mungkin ianya lebih rumit dari siasatan berhubung RM2.6 billion dalam akaun peribadi suami Rosmah yang juga Perdana Menteri Malaysia. Kes melibatkan RM40 juta yang disalurkan dari SRC International ke akaun peribadi suami Rosmah juga rumit sedikit kerana ianya disalurkan menerusi dua syarikat lain serta saksi-saksi utama masih lagi 'makan angin' diserata dunia. 

Berdasarkan apa yang telah dilaporkan sebelum ini dan kenyataan rasmi dari Pasukan Petugas Khas/Peguam Negara kita tahu bahawa kes siasatan keatas Rosmah hanya melibatkan deposit tunai berjumlah RM2 juta ringgit. Orang yang mendeposit wang tunai dalam jumlah yang begitu besar itu pun telah dinamakan sebelum ini. Rasanya bank dimana duit tunai tersebut dideposit pun masih beroperasi lagi.

Apakah Pasukan Petugas Khas juga masih menunggu 'temu-janji' dari Rosmah sebelum siasatan dapat diselesaikan? 

Jangan biarkan rakyat dalam teka-teki. 

Mungkin tidak salah jika pihak berwajib mengadakan temubual serentak dengan isteri dan suami. Ianya juga akan mempermudahkan mereka berdua untuk bertukar-tukar fikiran dan ingat mengingat sebelum menjawab soalan. Kan?  


P/S 
Jangan makan atau minum ketika menjalankan tugas penting seperti soalsiasat jenayah. Bukan apa, ia mungkin bertentangan dengan displin dan etika.  

  AML/CFT  -