Showing posts with label ahmad said. Show all posts
Showing posts with label ahmad said. Show all posts

Sunday, 16 August 2015

UMNO di-penghujung jalan

*BUKAN untuk pakaian





Nampaknya warga Johor di Tanjung Piai, Pontian bukan setakat mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Umno ke kawasan mereka hari ini. Hasrat serta harapan tersirat jelas terpampang dikain-kain rentang yang telah mula dinaikkan disekitar pekan dan bandar sejak semalam. 

Desakan agar Presiden Umno, yang kini bergelumang dengan skandal 1MDB serta beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, meletakkan jawatan semakin lantang diseluruh negara.

Dalam keadaan orang Umno sudah mendesak agar Presiden yang juga Perdana Menteri supaya berundur secara sukarela, rakyat Johor nyata bersama secara terbuka merafak sembah memohon campurtangan DYMM Sultan Johor serta Raja-Raja Melayu yang lain untuk menyelamatkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dari kerakusan pemimpin. 

DAULAT TUANKU! 


Orang Umno Johor diTanjung Piai nyata amat peka dengan perkembangan terbaru dalam usaha untuk merehatkan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai presiden Umno. Kematangan ini juga dizahirkan menerusi kain-kain rentang yang menyeru agar pemimpin lama yang masih berpengaruh tampil membantu Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Yassin untuk menyelamatkan Umno.

Orang Umno sudah sedar dan sudah mula menerima hakikat bahawa hanya orang lama parti dengan sokongan Raja-Raja Melayu yang mampu menyelamatkan Umno dan kerajaan dari kehancuran mutlak ditangan pemimpin yang sesat. 

Orang Umno sendiri telah mula sedar bahawa penasihat asing, pengampu bodek atau bijak pandai yang semuanya berkiblatkan wang ringgit, pangkat dan jawatan tidak mungkin mampu mengembalikan mereka ke jalan yang benar. 

Pemimpin yang kini berguling bersama wang ringgit harus sedar bahawa bukan semua yang boleh di-beli dengan duit berkodi, walaupun habuan-nya berjuta dan terpaksa di-isi dalam beg pakaian (suitcase). 

Umno hampir ke-penghujung jalan. Selamat Datang ke Tanjung Piai... di-penghujung benua Asia.

p.s Jika ada masa terluang sila hayati sebahagian ucapan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Kemaman pada Jumaat lepas. Mesyuarat Bahagian Kemaman dirasmikan Timbalan Presiden Umno.