Cencaluk dan belacan boleh dijual kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar harga yang ditetapkan. Setelah dijual cencaluk dan belacan akan menjadi hak milik kekal pembeli yang sanggup membayar sejumlah wang itu tadi.
Tetapi ini bukan cerita orang Melaka jual cencaluk atau belacan di tepi jalan. Ini kerisauan akan kecederungan pihak berwajib menjual hak dan kedaulatan negara umpama cencaluk dan belacan.
Rupanya penyerahan hak dan kedaulatan bukan hanya berlaku di selatan tanahair. Melaka pun tidak kurang hebatnya.
Pada permukaannya cadangan Projek Melaka Gateway kelihatan seperti satu rancangan masa depan yang mampu menyumbang kepada industri pelancungan dan ekonomi negeri Melaka.
Kenapa sebuah negara komunis begitu cenderung untuk membangunkan Melaka yang (mengikut perancangan mereka di Melaka Gateway) akan menjadi pelabuhan terbesar di rantau ini?
Berapa ekar daripada kawasan seluas 609 ekar yang di anugerah status pegangan bebas/hak milik kekal oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron ini akan di miliki rakyat Malaysia?
Mengikut rancangan projek Melaka Gateway pelabuhan besar itu akan menjadi tarikan buat kapal-kapal pelancungan cruise liner tetapi beberapa pakar ketenteraan dan geopolitik mentafsir bahawa pelabuhan di Melaka ini besar kemungkinan akan dijadikan pengkalan tentera negara komunis China di Selat Melaka.
Kebimbangan ini bukan tidak berasas. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan mengendalikan Pengkalan tentera laut komunis China.
Syarikat-syarikat dari negara komunis China sudah / akan menguasai tanah seluas 609 ekar yang yang diberi hak milik kekal oleh kerajaan Melaka. Ketua Menteri sendiri nampaknya telah menzahirkan sokongan peribadi yang kuat untuk syarikat KAJ Development Sdn Bhd.
Siapa pemilik sebenar KAJ Development Sdn Bhd?
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Powerchina International Group Ltd. (Powerchina) bersama syarikat tempatan, KAJ Development Sdn. Bhd. (KAJD) akan membangunkan Melaka Gateway termasuk membabitkan pembinaan tiga pulau buatan dengan pelaburan RM30 bilion di Melaka. - - Projek Melaka Gateway juga akan membabitkan pembangunan semula pulau keempat di kawasan tersebut untuk dijadikan terminal kontena, pusat pembinaan dan baik pulih kapal serta taman industri maritim yang akan dibangunkan secara bersama oleh KAJD, pelabur dari Guangdong, China serta Chief Minister Incorporated (CMI) Melaka. - Utusan Malaysia
Persoalan yang ditimbul kini ialah kenapa kerajaan negeri Melaka yang diketuai Idris Haron sanggup 'menjual' kawasan yang begitu strategik, terutamanya dari segi keselamatan dan kedaulatan negara kepada pihak komunis China?
Baru-baru ini ada pengumuman bahawa negara komunis China akan mengajar Malaysia cara-cara untuk mengawal sempadan. Di fahamkan juga bahawa besar kemungkinan kapal-kapal tentera laut negara komunis China akan terlibat sama dalam rondaan bersama Tentera Laut diRaja Malaysia di Selat Melaka.
Pengkhianatan zaman moden ini amat licik bukan seperti kejadian-kejadian khianat sebelum jatuhnya Empayar Melayu Melaka pada tahun 1511. Si kitol moden amat merbahaya.
Berdasarkan laporan media yang dikuasai Parti Komunis China dan kenyataan serta keputusan para pemimpin kita baru-baru ini, adalah tidak mustahil jika Melaka akan menjadi pengkalan tentera komunis China di Selat Melaka.
Jika diteliti pemilikan serta rancangan pembinaan di pulau ke-empat dalam projek Melaka Gateway, kemungkinan wujudnya pengkalan tentera komunis China adalah berasas. 1. Apa pendirian Datuk Seri Idris Haron dan kerajaan negeri Melaka dalam isu ini?
2. Apakah kerajaan negeri Melaka dan kerajaan persekutuan akan membuka pintu belakang dan membiarkan tentera komunis China berpengkalan di Melaka?
3. Apakah kerajaan negeri Melaka dan kerajaan persekutuan masih mempunyai hak untuk menghalang tentera komunis China daripada berpengkalan di Melaka bilamana tanah tambakan seluas 609 ekar itu diberi hak milik kekal ?
4. Sebagai Ketua Menteri yang diberi kepercayaan oleh orang Melaka, Idris Haron juga mesti menjelaskan kenapa Syarikat KAJ Development Sdn Bhd diberi hak milik kekal untuk kawasan seluas 609 ekar kerana pakar perihal tanah berpendapat bahawa ianya melanggar Seksyen 76 Kanun Tanah Negara.
Tafsiran pakar dan kebimbangan masyarakat ini ada asasnya, maka Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron harus tampil membuat penjelasan dan ketetapan akan pendirian kerajaan.
Ini isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan perihal cencaluk atau belacan.
p/s
Sambil-sambil menjelaskan kebimbangan rakyat tentang pengkalan tentera komunis China, Idris Haron juga mungkin boleh memberi sedikit penerangan tentang lagenda Yusuf Soros dari negeri Melaka.
Sahabat saya dari Masjid Tanah risau kerana menurut beliau Soros ini menyimpan banyak rahsia di-bawah tangga batu.
Katanya Soros yang baru-baru ini dicekup SPRM juga adalah pembekal pasir kepada projek Melaka Gateway. Ada surat sokongan juga dari Ketua Menteri untuk syarikat Soros ?
Keluhan rakyat serta implikasi cerita korek pasir, curi pasir dan tambak pantai ini bukan lagi rahsia.
Malaysia Negara Gila Kereta
-
OLEH KADIR JASIN 1. Dalam catatan kali ini, saya hendak cerita sesuatu yang
ringan iaitu mengenai orang Malaysia dan kereta. Ikut istilah permotoran,
Mal...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
-
(For English, Read Below)
*Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu*
*Bismillahhirrahmanirrahim*
1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.