Kata-kata Dato Md Alwi Che Ahmad di-atas adalah rasa, suara dan perasaan terpendam kebanyakan rakyat Malaysia. Ucapan beliau sungguh bernas, pedas dan pasti menusuk kalbu mereka yang ikhlas. (harap maklum bahawa audio/suara kurang memuaskan) Tanpa perlu menggunakan perkataan kesat pun, ucapan Dato Alwi Ketereh menjadi tajuk perbualan ramai. Ramai yang terharu sehingga ada seorang rakan bekas Ahli Parlimen Umno dari Sabah berkata 'kalau duduk bersendirian dengar ucapan Alwi betul-betul boleh menangis, sungguh hiba. It is from his heart". Tidak dapat dinafikan bahawa kata kesat yang dilemparkan Datuk Seri Najib Razak terhadap golongan blogger yang dibayar/di-upah/di-gaji oleh parti Umno juga sedang hangat diperkatakan. Ramai yang bertanya siapa sebenarnya yang Presiden Umno dan Perdana Menteri tujukan perkataan kesat BANGANG dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014 pada Sabtu lepas. Siapa blogger-blogger upahan Umno yang begitu bangang sehingga seorang Perdana Menteri dan pemimpin parti Melayu sanggup mengeluarkan perkataan kesat itu yang disiarkan keseluruh negara secara langsung? Mungkin Datuk Seri Najib sendiri harus perjelaskan siapa sebenarnya blogger-blogger yang beliau anggap bangang itu kerana ramai juga bloggers Umno yang terasa panas dan pedas. Yang tidak menerima walau se-sen dari Umno tetapi menyokong Umno juga amat tersinggung dengan 'bangang' PM kita. Luahan rasa hati dalam facebook juga sudah kelihatan.
Tokoh wartawan negara Datuk A.Kadir Jasin telah menzahirkan pendapat beliau dalam tulisan Mohd Najib Kecam Blogger Upahan Umno. Sila baca dan tafsir sendiri pengamatan beliau. Ada teman yang mengatakan bahawa sebenarnya Najib tidak marah, hanya berseloroh ketika mengungkapkan perkataan BANGANG dalam ucapan penggulungan beliau. Harus di-akui ucapan penggulungan Najib nyata lebih baik daripada ucapan dasar yang hambar dengan lawak So-li-da-ri-ti yg dikatakan hasil nukilanpenulis ucapanNajib. Oleh kerana ada pendapat mengatakan Perdana Menteri hanya berseloroh, maka pasti tidak salah jika kita juga berseloroh menggunakan perkataan yang sama. Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri? Apakah perkataan itu boleh dilemparkan keatas mereka yang bertanggungjawab memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), EO serta RR dan berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan secara unilateral? Umum harus mengetahui bahawa ISA di-mansuhkan tanpa apa-apa perundingan dan hanya berdasarkan seruan dan saranan penasihat serta konsultan. Kini seluruh negara mengakui kita perlukan suatu undang-undang pencegahan seperti ISA untuk melindungi negara ini dari pelbagai ancaman dari luar dan dalam. Malah kita kini sedang merangka kembali satu rang undang-undang baru yang hampir serupa dengan ISA. Kenapa ini terjadi? Siapa yang sebenarnya bangang Datuk Seri? Pengumuman, di Perhimpunan Agung Umno, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan disambut dengan tepukan gemuruh, sorakan dan standing ovation. Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat? Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan? Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri? Apakah perbuatan melantik Penasihat British di Pejabat Perdana Menteri, selepas lebih 57 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dari Britain juga boleh di-anggap bangang? Pada pendapat saya baik Dato Alwi Ketereh, seorang pemimpin akar umbi yang jelas tentang perjuangan, berani, tidak kurang ajar, tidak menggunakan perkataan kesat dan menjiwai hati dan perasaan rakyat dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri. Harus diakui bahawa Perdana Menteri kita ini seolah-olah tidak mempunyai jati diri yang kukuh, senang di-ugut, di-desak, di-tarik kesana-sini seperti lembu yang dicucuk hidung (ini perumpamaan dan saya juga berseloroh). Flip-flop Akta Hasutan serta pemansuhan Akta ISA adalah bukti nyata dalam perkara ini. Perdana Menteri kita harus melantik seorang penasihat yang mempunyai jati diri yang ampuh serta akal fikiran yang tajam and a heart in the right place. Bukan tempat warganegara British bekas Pengarah Urusan syarikat Yahudi APCO di inner circle Presiden Umno. Ini lebih teruk dari bangang. Apakah tindakan melantik individu yang tidak sesui langung untuk menduduki kerusi Ketua Penerangan Umno juga satu tindakan yang boleh di-anggap bangang Datuk Seri? MenurutUtusan Malaysia, keluhan terhadap Ketua Penerangan yang syiok sendiri telah lama dikemukakan tetapi tidak ada apa-apa perubahan. Begitu jugarintihan akar-umbi terhadap ibu-pejabat Umno dan beberapa individu yang memperlakukan Umno umpama syarikat Sendirian Berhad milik nenek moyang mereka. Ada teman yang berkata Najib tidak berani ambil apa-apa tindakan terhadap lembu-lembu kerana lembu2 pegang rahsia Najib. Ini saya tak tahu betul atau tidak tetapi ini yang diperkatakan oleh mereka yang ingin lihat merubahan dan penambahbaikan dalam Umno. Mereka kata lembu pun sudah pandai berseloroh. Lembu suruh orang lain pulak yang gantung diri. Siapa yang sebenarnya bangang Datuk Seri?
#justasking
8 comments:
Dhahran Sea
said...
Salam Bro.,
Dah clear sangat2 siapa yang bangang.....nasib lah Melayu...
Maka melompat-lompatlah segala punahsihat dan pegawai media sang perdana menteri yang ditugaskan membayar bloger bloger. Maka sudah tiba masa untuk pembayaran kepada bloger diaudit. Orang dalam berbicara banyak lagi yang masuk kantung sendiri dpd yang dibayar kpd bloger murahan. Dalam senarai bloger yang dibayar pun lebih 70 peratus adalah bloger yang tak wujud. Baki 30 peratus terdiri dari hanya segelintir dpd mereka yang benar2 menulis yg lain hanya balaci Datuk SUA yang pakar memanjat sana sini. Benar kah cerita orang dalam tingkat 5 ini ?
Bangang oh bangang, kenapa engkau bangang Macam mana aku tak bangang, bangang keliling aku. Bangang oh bangang, kenapa engkau tak buang bangang Macam mana aku nak buang, bangang kontrol aku. Bangang oh bangang, kenapa kena kontrol Shuuuuuuu mana boleh beritahu
Bloger bangang diupah Akmar sedang tergesa gesa menuding jari terhadaap org lain untuk alih perhatian orang. Saya setuju dgn cadanggan supaya dilaksanakan satu audit berkenaan pendedahan PM. Siapa blogger bangang on Umno's payroll sebenarnya? Siapa cari makan dari siapa serta untuk siapa? Ini harus didedahkan tanpa fear or favor. Baru kita tahu golongan bloger mana pelacur sebenarnya. YY atau KY?
ini satu peringatan kpd semua ahli parlimen BN. mereka juga hidup dgn duit kerajaan. kalau kritik kjaan, maksudnya mereka tembak kawan sendiri. friendly fire. mereka juga tmasuk dalam golongan bangang yang dikatakan PM.
buat masa ini, najib cipta sejarah sebagai presiden umno pertama panggil orang bangang. kalau di parlimen, dah lama najib kena tendang keluar oleh speaker parlimen kalau dia tak tarik balik perkataan kurang sopan tersebut. tetapi dlm Umno tak apa, tak ada undang2, lagipun dia presiden, dia boleh buat apa saja.
oleh itu, ingatlah wahai ahli parlimen, jangan kritik najib, nanti masuk kumpulan bangang. walaupun pun kritikan tersebut kena pada tempatnya.
Saya menyokong penuh usul untuk mengaudit SUA yang jaga blogger.
Kalau tak boleh audit, hantar sprm pergi rumah, check semua rumah2 SUA. Berapa harta mereka ada. Berapa rumah mereka ada. Kereta apa mereka pakai. Bersesuaian ke dgn gaji SUA?
Siapa yang bangang? blogger atau SUA PM?
PM kena siasat, siapa blogger yg dpt duit dan berapa? dan berapa pula disalurkan pada SUA utk bayar blogger?
Bangang kalau PM tak siasat. siasat juga kakitangan PMO, berapa banyak dalam kantung mereka.
satu hari nanti, kakisapu akan dedah semua perkara ini.
Junkets, ego trips & official visits
-
[1] Opposition leaders are hammering away at the prime minister over his
remarks in parliament that nearly 80% of the …
Continue reading →
Bom atom: Sains yang memusnahkan manusia
-
Oleh Ku Seman Ku Hussain KHAMIS lalu (6 Ogos 2020) genap 75 tahun bandar
raya Hiroshima bersama-sama manusia dan alamnya diranapkan oleh bom atom
tenter...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Selamat mengundi Pakatan Harapan!
-
9 Mei 2018 adalah hari di mana kita akan melaksanakan tanggungjawab kita
sebagai rakyat yang patriotik dan prihatin terhadap masa depan negara.
Selamat men...
-
Daulat Tuanku.
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Open Letter to the Missing Public Prosecutor
-
Dear Public Prosecutor Where in the world are you Sir? I have a feeling
that you are stuck inside Appandi Kandasamy who prefers to be an Attorney
General a...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.
8 comments:
Salam Bro.,
Dah clear sangat2 siapa yang bangang.....nasib lah Melayu...
Dhahran Sea
Maka melompat-lompatlah segala punahsihat dan pegawai media sang perdana menteri yang ditugaskan membayar bloger bloger. Maka sudah tiba masa untuk pembayaran kepada bloger diaudit. Orang dalam berbicara banyak lagi yang masuk kantung sendiri dpd yang dibayar kpd bloger murahan. Dalam senarai bloger yang dibayar pun lebih 70 peratus adalah bloger yang tak wujud. Baki 30 peratus terdiri dari hanya segelintir dpd mereka yang benar2 menulis yg lain hanya balaci Datuk SUA yang pakar memanjat sana sini. Benar kah cerita orang dalam tingkat 5 ini ?
Bangang oh bangang, kenapa engkau bangang
Macam mana aku tak bangang, bangang keliling aku.
Bangang oh bangang, kenapa engkau tak buang bangang
Macam mana aku nak buang, bangang kontrol aku.
Bangang oh bangang, kenapa kena kontrol
Shuuuuuuu mana boleh beritahu
Bloger bangang diupah Akmar sedang tergesa gesa menuding jari terhadaap org lain untuk alih perhatian orang. Saya setuju dgn cadanggan supaya dilaksanakan satu audit berkenaan pendedahan PM. Siapa blogger bangang on Umno's payroll sebenarnya? Siapa cari makan dari siapa serta untuk siapa? Ini harus didedahkan tanpa fear or favor. Baru kita tahu golongan bloger mana pelacur sebenarnya. YY atau KY?
ini satu peringatan kpd semua ahli parlimen BN. mereka juga hidup dgn duit kerajaan. kalau kritik kjaan, maksudnya mereka tembak kawan sendiri. friendly fire. mereka juga tmasuk dalam golongan bangang yang dikatakan PM.
buat masa ini, najib cipta sejarah sebagai presiden umno pertama panggil orang bangang. kalau di parlimen, dah lama najib kena tendang keluar oleh speaker parlimen kalau dia tak tarik balik perkataan kurang sopan tersebut. tetapi dlm Umno tak apa, tak ada undang2, lagipun dia presiden, dia boleh buat apa saja.
oleh itu, ingatlah wahai ahli parlimen, jangan kritik najib, nanti masuk kumpulan bangang. walaupun pun kritikan tersebut kena pada tempatnya.
GENG BANGANG
Saya menyokong penuh usul untuk mengaudit SUA yang jaga blogger.
Kalau tak boleh audit, hantar sprm pergi rumah, check semua rumah2 SUA. Berapa harta mereka ada. Berapa rumah mereka ada. Kereta apa mereka pakai. Bersesuaian ke dgn gaji SUA?
Siapa yang bangang? blogger atau SUA PM?
PM kena siasat, siapa blogger yg dpt duit dan berapa? dan berapa pula disalurkan pada SUA utk bayar blogger?
Bangang kalau PM tak siasat. siasat juga kakitangan PMO, berapa banyak dalam kantung mereka.
satu hari nanti, kakisapu akan dedah semua perkara ini.
Kahkahkah. Hihiji... Oh tuan presiden berseloroh ye? Khir toyo dulu kasi penyapu pon berseloroh juga kan? Hahahahahaha...
Alwi Che Mat,
Dulu, kini dan selamanya membodek dan mengampu Presiden UMNO.
Kalau lembu NFC jadi Presiden pun dia tabik jugokkkk......
Post a Comment