Thursday 8 January 2015

Keranamu Malaysia


 

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang

Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia!




Site Meter

5 comments:

Anonymous said...

Terbaik

Anonymous said...

Lagu patriotik sekarang so boring

zainal abidin awang kechik said...

terbaik dalam sejarah lagu negara

Anonymous said...

Boring sebab terkena Clueless Syndrome dengan kaki kroninya. Ya lah, rakyat khidmat pada negara, orang besar khidmat akaun diorang!

Anonymous said...

Undurlah Najib Razak http://tebuan888.blogspot.de/2015/01/undurlah-najib-razak.html