Friday 8 May 2015

Selamatkan Tabung Haji, Umno dan negara daripada ditelan SKANDAL 1MDB

Keputusan sulit Lembaga Tabung Haji menggunakan duit hasil tabungan orang Islam untuk membeli tanah milik kerajaan daripada 1MDB nampaknya telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk pemimpin UMNO yang selama ini dilihat se-olah merestui skandal kehilangan berbillion ringgit dana milik kerajaan menerusi 1MDB. 

Pendedahan kelicikan Tabung Haji melulus serta membuat pembayaran sepantas kilat kepada 1MDB (berjumlah hampir RM190 juta ringgit) untuk sebidang tanah yang diperolehi daripada kerajaan untuk hanya lebih kurang RM4 juta ringgit nampaknya telah menyedarkan ramai pihak. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta Pergerakan Pemuda Umno telah mengeluarkan kenyataan masing-masing. 

Kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno amat keras dan mendesak agar skandal 1MDB diselesaikan segera oleh Perdana Menteri/Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum '1MDB membunuh UMNO'. 

Konsisten dengan pendirian beliau selama ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendesak agar urusniaga itu di-BATALKAN serta merta demi menjaga kepentingan pencarum Tabung Haji. 

Berikut adalah kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad dalam blog beliau.  

 Tabung Haji

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah. - www.chedet.cc


Ini pula kenyataan Muhyiddin yang disiarkan portal The Malaysian Insider. 

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has openly criticised the government's handling of the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal and warned that the issue was so serious that it might explode.
He told reporters following him on a working visit to Milan, Italy, that the debt-ridden 1MDB was the biggest factor that led to Barisan Nasional's (BN) loss in the Permatang Pauh by-election yesterday.
The Umno deputy president admitted that he was not even able to explain the scandal when campaigning because, "I don't even know what to say".
"The rakyat wants to know, not just Tun Dr Mahathir Mohamad. The rakyat wants to know why no one has been charged, why the 1MDB board has not been sacked, and about the position of the CEO and the prime minister as adviser," said Muhyiddin.
He said the situation was toxic and might have a huge adverse impact not just on the people, but Umno as well- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-scandal-could-explode-on-umno-says-muhyiddin#sthash.LH2hFDNC.dpuf

Ini kenyataan Shafie Apdal - 

Isu pembelian Tanah 1MDB.

1) Sebelum ini saya telah pun menyatakan bahawa perlunya isu 1MDB diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.

2) Isu ini bukan hanya menjadi kebimbangan saya dari awal lagi malahan rakyat secara keseluruhannya.

3) Perkara ini menjadi lebih serius apabila kita dimaklumkan tentang pembelian sebidang tanah oleh satu lagi badan pemegang amanah awam.

4) Isu tentang penglibatan Tabung Haji ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, saya khuatir kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan.

5) Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin.


Kenyataan BERANI Pemuda Umno Malaysia pula di-SINI

Ramai juga yang tertanya-tanya. Kenapa Najib Razak senyap seribu bahasa. Najib harus di-ingatkan bahawa 1MDB adalah mahluk ciptaan beliau. Najib juga harus di-ingatkan bahawa beliau juga adalah Ketua Penasihat 1MDB, Menteri Kewangan serta Perdana Menteri Malaysia. 

Jika tidak mampu memperjelaskan skandal 1MDB yang semakin hari semakin parah ini, Najib tidak ada pilihan lain kecuali berundur dengan secebis kehormatan yang mungkin masih ada. 

p/s Syukur Alhamdulillah masih ada lagi yang berani bersuara demi kepentingan rakyat dan negara. Kini jelas Dr Mahathir tidak keseorangan. 





Site Meter

27 comments:

Anonymous said...

I am so happy this is happening. Let's hope TH is completely fucked.

Anonymous said...

Banyaknya kenyataan menyelamatkan diri! Terutamanya KPU. Masa awal2 dulu.... puih...

Anonymous said...

GST.....ghosmah say thank you....NKRA tu maksud najib kerja rosmah ambil....ok dah tu......che det awesome. ....undur sebelum diundur

Anonymous said...

When a gangster and a paid kaki pukul is chosen to head Tabung Haji......he is bound to bow to the demands of Birkin Lady.
His initial denial and subsequent admission says a lot about car salesmen gimmicks

Anonymous said...

Next we'll hear about LTAT and EPF doing deals with 1MDB.

Anonymous said...

No!
No!
No!

After all the saga...all the insult tun's having it...najib cannot undur just like that!
Too late...he is so stubborn..nk tgu sampai semua hancur lepastu senang2 undur secare kehirmat dpt tun najib tun rosmah???

No way...

We want to see some real justice. Put najib in trial. If not for altantuya but 1 mdb. Let it be the most disgrace history ever happened to a former premier son...and to malaysian...come on..show some dignity & integrity here...money's gone...it cant be gone just like that.no more hide,org dalam,lubang baik,kabel besar dll.

Anonymous said...

Is it possible the PM is turning senile judging by his care-less daring and the magnitude of his wrongdoings?

Anonymous said...

Perhatian...

MAMAK-mamak akan menghancurkan melayu di tanah air mereka sendiri...

Dua ekor Mamak (1mdb) & TH - melayu bangsawan ikut ....yg kecewa, keluh kesal, melayu terbanyak.

Sejarah melaka akan berulang - ulang kembali.

Anonymous said...

This is what former AG said:
"Before investigating those responsible for leaking the Tabung Haji-1MDB land deal documents under the Official Secrets Act (OSA), police first have to determine whether the documents were classified under the Act, said former Attorney-General Tan Sri Abu Talib .
"The next question is, who classified it as secret," he said, adding that under the law there must be an officer authorised to classify such documents.
Abu Talib said this in response to Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar's statement yesterday that investigators were looking into using the OSA against the perpetrators behind the leak. Abu Talib, who was attorney-general for 13 years until 1993, said whether a crime had been committed under the OSA could only be determined after investigation. "But for the purpose of investigation, the case can be classified under the OSA," he added.
Transparency International-Malaysia (TI-M) president Datuk Akhbar Satar has also raised concerns over the use of the OSA in the case, saying the investigations was an example of how the OSA can be "misused for the wrong reasons". "In this instance, any whistleblower must be protected without the threat of the OSA being used against them," Akhbar said in a statement yesterday. "Instead, priority should be given to investigate whether any irregularities occurred in the business transactions, if the purchase was made according to standard procedure and if the price paid by Tabung Haji was reasonable and fair value,” Akhbar added.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/why-1mdb-tabung-haji-deal-classified-under-osa-asks-former-a-g#sthash.rw1J2M2Y.dpuf

Anonymous said...

The Tabung Haji/1MDB land deal is considered a scandal of the first magnitude. It was so daring and this was borne out of desperation, desperate for $$$ which suddenly dried up due to the numerous issues facing 1MDB.

Unknown said...

aku nak pegi haji pakai kapal kayu pasang layar..

Ibrahim D said...

You have bad intentions towards TH. Your venom should be directed to the 3 senior officers of TH who are also holding posts in 1MDB. Ask them to resign before more money is lost.

Anonymous said...

Pengenalan:
Saya adalah antara jutaan “majoriti yang diam” (the silent majority). Kebiasaannya, berdasarkan berita yang saya baca, saya hanya geleng kepala, mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingkan rakyat apabila tiba masanya nanti. Bukannya mereka yang terlalu taksub dengan pemimpin. Pemimpin hanyalah manusia biasa, yang boleh dan wajar diganti dari semasa ke semasa.
Latarbelakang:
Tabung Haji (TH) adalah antara institusi kewangan yang penubuhannya tersangat unik di dunia. Tidak ada mana mana entiti kewangan yang sedemikian. Niat asalnya, terima wang dari rakyat jelata, simpan, labur uruskannya sebaik mungkin dengan mematuhi tuntutan syariah. Tahniah dan syabas kepada pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang sangat jauh dalam membantu merialisasikan impian warga kampung dan desa untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji.
Kenapa saya bersuara:
Tabung haji telah melakukan kesilapan dengan melantik seorang pengerusi yang tidak pengetahuan, tidak berkelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam bidang kewangan. Ramai lagi warga melayu asli yang lebih layak. Namun, saya sepertu yang lain, hanya mengeluh dan menggeleng kepala apatah lagi pengerusi yang baru merayu di berikan peluang untuk menunjukkan kebolehannya. Pemilihan beliau terbukit silap berdasarkan kemelut pembelian tanah yang terbaru dari 1MDB.
Namun beliau tidak harus dipersalahkan bersendirian. Di mana ahli lembaga pengarah yang lain? Yang terpelajar, yang berpengalaman, di mana mereka? Yang, seperti yang di canangkan, sememangnya urusan pembelian ini “bersih” atas kertas. Tabung Haji boleh melabur dalam bidang hartanah seperti mana kebiasannya. Persoalanya, 1MDB beli pada harga yang teramat rendah. 1MDB, kini berdepan dengan masalah aliran tunai. Mana-mana ahli perniagaan yang mahir dan bijak akan cuba mendapatkan sesuatu pada harga yang terbaik. Harga yang dibayar untuk tanah yang dibeli bukanlah harga terbaik. 1MDB mempunyai terlalu banyak masalah dan terdapat kemungkinan untuk jatuh muflis. Tabung Haji sepatutnya tunggu sehingga 1MDB menjual asetnya pada harga lelong, lambat laun mereka terpaksa berbuat demikian, jika tidak dibantu oleh tangan-tangan ghaib. Kenapa tidak tunggu. Jika TH benar benar perlukan tanah tersebut kenapa tidak dibeli terus dari kerajaan. Tanah tersebut sedia wujud dan milik kerajaan sebelum ini. Bukankah TH wujud sebelum 1MDB lagi. Bukankah penaung TH Perdana menteri sendiri di mana terdapat wakil dari Jabatan Perdana Menteri selaku ahli lembaga pengarah?
Saya bersuara kali ini kerana berpendapat pengurusan TH telah berlaku tidak adil kepada pencarum. Duit yang disimpan oleh rakyat jelata yang 100% beragama Islam, yang dikumpul sen demi sen dengan menitiskan keringat dan darah, telah digunakan untuk tujuan yang mencurigakan.
Pengurusan Tabung Haji mesti dihukum.
 
Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.
 
Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain.
 
Kesimpulan:
Jika anda beragama Islam, mempunyai kesedaran bahawa wang yang disimpan oleh rakyat jelata di TH adalah untuk menunaikan tuntutan Islam. Bertindaklah. Bertindaklah menghukum mereka sekarang sebelum berbilion ringgit hilang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
 
Yang Benar,  
Noor Mohamed. B Mohamed Haniba
BSc, MBA, ICSA (MAICSA:706746)
Bidor, Perak
Pls forward this. I take responsibility for what I write.

Anonymous said...

Najib tak akan undur takut nanti akan dipenjarakan....?

Othman Ahmad said...

Dari mula awal lagi saya dah tegaskan Najib tidak berkemampuan (incompetent) kecuali bersandar pada Rosmah, puak Liberal UMNO, Spore PAP, Foreign Talent Corpse dari USA/UK, Pemandu & Omar Ong.

Dia & Rosmah ingin mengikuti jejak Temasek Holdings yg diterajui oleh PM Spura & isterinya. Orang2 kuat dalam GLC hampir semuanya terdiri dari inner circlesnya yg kelayakan & pengalaman mereka meragukan. Contoh si Azeez & Jho Low.

Anonymous said...

Latest on this fiasco, Najib has now advised TH to sell the piece of land. Too late, the cows have already escaped.
Puzzling is, why didn't Najib advise TH before the transaction NOT to go ahead with the deal. Only AFTER the deal was exposed, then everyone scrambles to point fingers, and everyone is pointing at the TH board, 1MDB and the gomen.

Doesn't it seem the rakyat is being taken for a ride.
Why? Because the gomen doesn't respect us.

Ambiga said this and special thanks to her for voicing this:

She said, among other comments,
"... that the government does not "respect" its citizens but instead displays "arrogance".
"Our leaders do not even have an ounce of respect for the citizens. We are the ones who put them into power and what do we get in return? Arrogance, as if they deserve to be there," she said.
"You are a public servant. Everyone has a right to question you. The extent of this arrogance must stop."
She used a similar label for the police, following Inspector General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar’s remarks that the Malaysian Bar should not question the police's conduct. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/speaking-out-on-1mdb-doesnt-negate-leadership-failures-ambiga-tells-bn-lead#sthash.g6wPiK7U.dpuf

Anonymous said...

"The dogmas of the quiet past, are inadequate to the stormy present. The occasion is piled high with difficulty, and we must rise - with the occasion. As our case is new, so we must think anew, and act anew. We must disenthrall ourselves, and then we shall save our country."
- President Lincoln, Dec.1 1862

"disenthrall" = "to rid ourselves of fears and biases"

Unknown said...

Soalan budak skolah rendah ni....sebagai jalan untuk mengelak fitnah berleluasa, kenapa PM tidak 'nasihat' kan si Azeez utk batalkan saja transaksi dengan 1MDB...? Kenapa tidak 'nasihat' kan 1MDB untuk batalkan dan pulangkan smula duit transaksi kpd TH....? Bukan kah 'nasihat' PM ke atas kedua-dua organisasi ini adalah sah mengikut polisi masing2....? Tapi PM nasihat kan si Azeez utk jual smula kat pihak lain secara tergesa2, kenapa ye....? Macam x betul je ni cara nak elak fitnah!! Owhhh...lupa...1MDB kan dah dapat duit untung 'bail out' dari TH....consider settle lah....win win situation for both party....'nasihat' yg bijak, bijak....

Anonymous said...

siasat siapa di belakang Najib-1MDB...
adakah bukan-melayu Taek Jho Lo rorang saja kebas berjuta-juta RM? turut serta org arab saudi investment arm saja? reza dgn filmnya juta-juta RM? kazakhstan? mongolia?
kenapa 1MDB beli company bukan melayu yg hampir tamat lesen dgn harga mahal dari pasaran hanya utk menyelamatkan individu bukan-melayu itu??? kenapa TNB selamatkan kepincangan 1MDB dgn kos lebih tinggi dikeluarkan?
siapa peminjam money lenders, agen-agen dan bankers yang beri pinjaman kpd 1MDB dgn dapat laba faedah dan komisyen yg tinggi? kenapa TH tak di deri peluang beli tanah dgn harga kerajaan yang rendah, dan kenapa mesti dijual kpd 1MDB, dan siapa dapat keuntungan serta merta secara langsung - adakah individu-individu tertentu, bankers, agents dll?? adakah tanah itu target utk di majukan bukan-melayu???

Banyak pertanyaan lain-lain yang mesti najib jawab

Anonymous said...

Ajibngok, pls resign now n f#@k off. Ride into the sunset. U two sesuai buka kedai jual cigar, jam & tas tangan.

berasiam said...

Pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan kanan th perlu letak jawatan jika mereka bermaruah. Sebagai pemegang amanah pencarum, jelas mereka tidak llagi mendapat kepercayaan pencarum. Jika mereka profesional dan beretika, kehilangan kepercayaan atau keraguan pencarum sebegini cukup untuk menyedarkan mereka supaya meletak jawatan. Ramai lagi profesional Islam melayu atau bukan melayu warga tempatan yang layak untuk duduk di situ. Janganlah mereka tu, khususnya azeez dan ismi perasan bagus sangat. Orang dah tak percaya silalah berundur secara hormat.

Anonymous said...

Azeez refuses to resign ? Why ?
Is he in a lifetime position ?
Who made him so arrogant?

Najib refuses to resign ? Why ?
Is he in a lifetime position ?
Who made him so arrogant?

The rakyat has turned the tables on them, now is the people's time to set things right.

zainal abidin awang kechik said...

Curi duit negara

Anonymous said...

Is this true? Tabung Haji problems may not be over so soon.

Party vice president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said that closer scrutiny of the leaked documents posted on the anonymous blog "The Benchmark" about Tabung Haji's land buy from 1MDB, showed that the pilgrims' fund had also made the sukuk investment.
"RM1.6 billion is the risk from Tabung Haji's existing investment in 1MDB's Bandar Malaysia sukuk," he said today in a statement.

"Does this mean Tabung Haji had invested a total of RM1.6 billion in 1MDB before the controversial purchase of TRX land from 1MDB broke out," he said. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/did-tabung-haji-buy-rm1.6-billion-of-1mdbs-bandar-malaysia-sukuk-asks-pas#sthash.j2M0IOeW.dpuf

otoote said...

btw.....Husam ada suggest...2 wks ago...isnt it possible thst Najib 'nasihat' Azeez to buy the land .....now...after all hell broke loose....re-nasihat to sell tge land. Batal SnP tak bole ka? Apasal kena sell....to whom? Or the money already in safe deposit in...in..what tan??...lupa dah....Ka..Ka...

Unknown said...

salam

Anonymous said...

ini bukan rasuah, hanya beli mahal saja,tak ada salah pun. Jangan marah, EPF hari hari beli mahal you orang pun tak cakap.