Thursday 7 May 2015

Tabung Haji mengaku membeli tanah 1MDB


Penjelasan Tabung Haji Mengenai Pelaburannya Dalam Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) 

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2015:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).   

Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi  pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.

Kenyataan oleh : YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

NOTA- Akan dikemaskini... 

Ini cerita semalam 

14 comments:

Anonymous said...

"Allah, tolong Pak lobang dah pecah!"
Bukan mengaku tapi memberi penjelasan.

Othman Ahmad said...

Kekayaan setinggi gunung pun akan habis gondol dgn cara hamburan wang oleh Ah Jib, Rosmah, Razi, Jho Low, Pemandul Roti Jala, Punahsihat2, Talent Corpse serta puak-puak Liberal songsang.

Maka benarlah kata seniman agung P. Ramlee dalam lagu Kisah Rumah Tangga.....'Kadang pula terdapat si isteri memerintah suami. Disuruh duduk2, dijerit-jerit, dibentak-bentak. Suaminya dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak. Kalau memilih isteri alah abang, biar betol2. Jangan tersalah pilih Alah abang, kena Queen Control'.

Speaking Without Fear or Favour.

Othman Ahmad said...

Kekayaan setinggi gunung pun akan habis gondol dgn cara hamburan wang oleh Ah Jib, Rosmah, Razi, Jho Low, Pemandul Roti Jala, Punahsihat2, Talent Corpse serta puak-puak Liberal songsang.

Maka benarlah kata seniman agung P. Ramlee dalam lagu Kisah Rumah Tangga.....'Kadang pula terdapat si isteri memerintah suami. Disuruh duduk2, dijerit-jerit, dibentak-bentak. Suaminya dulu hensem, rambut panjang dah jadi botak. Kalau memilih isteri alah abang, biar betol2. Jangan tersalah pilih alah abang, kena Queen Control'.

Anonymous said...

Baru sat ni astro awani ada kata th nafikan....camni nya puaka nyer manusia blh pulak idup senang lenang ek...x pulak polis nak tangkap...

comolot rosmahhhh said...

Nampak sngt orang2 dalam pun dah tak pecaya. Samaada pecah dari belah tabung haji atau dari external mcm risk assesor atau land valuer. Cmon la jib wake up and smell the coffee. U r not wanted. Kalau macamni, kita tnggu lg mesti ada lg yg pecah.

Anonymous said...

Bila al-Bangang bersatu dengan al-Bongkak maka Tabung Haji pun diorang berani bedah demi selamatkan barah 1MDBnya. Janganlah bersorak jemuan: "Moderation"!

sama said...

Youtube amaran Pandan kepada Baling Pengerusi Tabung Haji di Parlimen adf.ly/1Gco4h
https://www.youtube.com/watch?v=lbnzJZvLRlo

Anonymous said...

RM180 juta untung oleh 1MDB boleh beli 3,000 (Tiga ribu) botol "Cristal Brut Champagne Tahun 1990 Muthuselah", (lebih kurang RM60,000 sebotol) untuk kenikmatan rakan karib Najib Rosmah, Jho Low, Paris Hilton dan lain-lain. Syukur kerana Tabung Haji ada pengerusi yang begitu berkewibawaan.

Anonymous said...

TH duit pendeposit untuk tunaikan haji. Too much

Othman Ahmad said...

Saya juga ingin menegaskan bahawa tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar pada mula asalnya diperuntukkan khas buat dagangan kaum Bumiputera tapi telah dipesongkan oleh penjarah 1MDB untuk menanggung beban gaya hidup mewah melampau biawak2 hidup.

Ingat pesanan Tun....
Semua duit Tabung Haji adalah milik pencarum warga Islam Malaysia. Ianya hanya diamanahkan untuk diurus baik secara halal mengikut hukum syarak. Setiap sen & ringgit bukan milik & kuasa mutlak Tabung Haji (termasuk CEO & Lembaga Pengarahnya).

Alangkah kejinya bila duit Tabung Haji diseleweng untuk menyelamatkan (bail out) beban hutang 1MDB gara-gara belanja sakan Najib, Rosmah, Riza Aziz & Jho Low.

Anonymous said...

Bro, posting Ayahanda Tun tak leh nak akses. Pohon follow up untuk teman-teman kita. Thank you.

Anonymous said...

Even Muhydeen has something to say now on 1MDB:

"The rakyat wants to know, not just Tun Dr Mahathir Mohamad. The rakyat wants to know why no one has been charged, why the 1MDB board has not been sacked, and about the position of the CEO and the prime minister as adviser," said Muhyiddin.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-scandal-could-explode-on-umno-says-muhyiddin#sthash.D8xvJFTT.dpuf

Anonymous said...

Hukum setan2 ni smua cepat....ya Allah ya tuhanku...kami mohon agar mereka2 yg menjahanamkan negara dan rakyat ini diberi balasan setimpalnya didunia dan akhirat...amin

Anonymous said...

Jap, jap, jap....apa makna tweet kj kpd azeez ni? Seolah kj tau hal ni dr awal dan bila da meletup dia pun mcm tukar arah menghentam th 1mdb...cam ada tg x kena jer...