Friday 9 October 2015

Daulat Tuanku!


MEMAHAMI KERTAS SIASATAN BANK NEGARA YANG DIHANTAR KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS 1MDB 

Rupanya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah benar-benar tunaikan janjinya seperti yang beliau maklumkan pada 13 Ogos yang lalu bahawa Bank Negara telah selesai siasatan 1MDB dan telah hantar laporan kepada Peguam Negara yang baru Tan Sri Apandi Ali untuk tindakan undang-undang selanjutnya ke atas 1MDB. (rujuk berita: http://goo.gl/oDvUhF)

Selepas Majlis Raja-Raja bertitah, Pejabat Peguam Negara hari ini telah memberi jawapan balas yang negatif berhubung Kertas Siasatan (Investigation Paper - IP) yang telah dihantar oleh pihak Bank Negara kepada Pejabat Peguam Negara tersebut. Bank Negara telah menghantar surat rayuan kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula tetapi ditolak sekali lagi oleh Pejabat Peguam Negara atas alasan "tiada bukti selanjutnya" dan telah dipulang Kertas Siasatan tersebut kepada Bank Negara.

(rujuk pekeliling am yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara: http://goo.gl/y5kXLe)

Kertas Siasatan dan laporan Bank Negara ke atas 1MDB itu adalah berkaitan pemalsuan kenyataan yang dibuat oleh pihak 1MDB di bawah perenggan (4)(b) dalam Bahagian 1 daripada Jadual 5 dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (paragraph (4)(b) of Part 1 of the Fifth Schedule to the Exchange Control Act 1953)  iaitu berhubung "compliance" yang ditetapkan oleh Bank Negara:

"No person in or resident in Malaysia shall—
(b) in furnishing any information for any of the purposes of this Act, make any statement which he knows to be false in a material particular, or recklessly make any statement which is false in a material particular;"

Persoalan-persoalan berbangkit:

1 - Soalnya sekarang kenapa Bank Negara sanggup menghantar semula Kertas Siasatan tersebut walaupun telah ditolak sebanyak 2 kali oleh Pejabat Peguam Negara? 

2- Adakah ini bermakna Bank Negara benar-benar telah pastikan siasatan mereka benar-benar jelas, yakin dan tiada syak lagi berhubung salah laku 1MDB?

3 - Kalau begitu, kenapa Pejabat Peguam Negara masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dilampirkan oleh Bank Negara untuk menolak buat kali kedua Kertas Siasatan yang sama dihantar semula oleh Bank Negara pada 13 Ogos lalu?

4 - Apakah yang Bank Negara maksudkan dengan pemalsuan makluman kepada Bank Negara yang 1MDB lakukan? 

5 - Adakah ianya melibatkan pelaburan dalam usaha sama yang dibuat oleh 1MDB ke atas syarikat PetroSaudi International yang rumit itu? 

6 - Atau adakah ianya melibatkan pemalsuan makluman kepada Bank Negara melibatkan pelaburan 1MDB dalam portfolio Brazen Sky Limited di Pulau Cayman?

7 - Saya fikir Bank Negara sendiri runsing melihat perkembangan ini kerana sampai DUA KALI pihak Bank Negara menghantar semula kertas siasatan tetapi ditepis juga sebanyak DUA KALI oleh Pejabat Peguam Negara.

8 - Bank Negara ada keluarkan notis untuk mencari dua individu penting bagi membantu siasatan 1MDB iaitu Casey Tang dan Jasmine Loo (rujuk notis rasmi tersebut: https://goo.gl/HZq1op). 

9 - Adakah dengan mendapatkan keterangan dua saksi ini pihak Pejabat Peguam Negara akan berpuas hati dan menerima Kertas Siasatan Bank Negara berhubung 1MDB?

10 - Bolehkah pihak Polis Diraja Malaysia menggunakan Interpol untuk menjejaki kedua-dua individu ini? Seperti dilaporkan The New York Times pada 21 September yang lalu (http://goo.gl/MGZe18), salah seorang daripada mereka iaitu Jasmine Loo telah dipastikan tinggal di kondominum mewah di Times Warner Center, Manhattan, New York.

Menyahut titah Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini, rakyat menyeru semua pemegang amanah yang menyiasat kes 1MDB untuk mentaati titah Raja-Raja Melayu yang telah dititah pada 6 Oktober yang lalu iaitu "penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran"

Daulat Tuanku!

Ikhlas,
Rakyat Malaysia,

8 comments:

Salah guna kuasa said...

Nampaknya ada salah guna kuasa oleh Peguam Negara.

Bukan peguam Negara yang menentukan salah atau tidak salah tetapi mahkamah.

Surat siasatan dan keputusan Bank Negara tidak boleh dengan sewenang wenang di
buang oleh Peguam Negara.

Peguam Negara hanya boleh meminta maklumat tambahan dan mengembalikan kertas BNM.

Membuat keputusan yang BNM salah tafsir bukan kerja Peguam Negara.

Tanpa meminta maklumat tambahan untuk menguatkan kes menunjukan Peguam Negara telah
menyalah gunakan kuasa mal fide terhadap BNM dan rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Bukankah AG dilantik utk tujuan itu.........

Anonymous said...

Apabila pemikiran di kuasai utk kerja menyelamat atau menutup salah laku,tindakan yg di ambil selalu nya bersifat bodoh. Beliau bukan bertugas sebagai AG,tetapi lebih menjurus benteng pertahanan najib dari di dakwa. Kecacatan ini berlaku bila mana Gani di buang dgn alasan tadika demi menghalal cara. Mereka tidak sedarkah semua itu utk jangka masa pendek. Masa yg berlalu adalah utk menghukum kesilapan mereka yg amat rakus memerintah dgn membelakangkan rakyat. Sampai masa segalanya pastinya terdedah,namun rakyat tidak sanggup bermain dgn masa. Jika ikut kehendak rakyat Semlm lagi najib dan juaknya telah menjalani hukuman dari perbuatan menipu itu.

KEPENTINGAN NEGARA ADALAH TUNJANG PENYELESAIAN MASALAH.NAJIB ADALAH LIABILITI TERBESAR KEPADA RAKYAT DAN NEGARA.

muring.com said...

Kuasa mendakwa hanya pada peguam negara....jika ditolak oleh peguam negara maka hasil siasatan yg dijalankan akan dibakulsampahkan..seolah2 jabatan2 lain tidak menjalankan tugas dengan baik..oh malaysiaku...apalah gunanya unit penyiasatan khas bank negara yg selama ini amat cekap menjalankan tugas mreka...

Anonymous said...

What do you get when you pair a cunning fox with a lame duck at Putrajaya?
A: The arrogance of the white elephant coupled to the tyranny of the laughing hyena.

Razlan said...

Boleh tak rakyat hantar kertas siasatan untuk menyiasat Peguam Negara?

robert wet said...

It seems that AG has personal bias interests trying to defend 1MDB from recommendations of BNM 's detailed investigation report of true and professional assessments of the actual situation as posted by 1MDB concerned.

Hopefully the AG concerned will realize his abuse of power is associated with his head of Government Najib who is also the Advisory Chairman of 1MDB in doubtful question and inquiry now. Failing to bring charges to the culprist(s) in 1MDB is tentamount to disrespect of laws and regulations, in respect of the country constitution concerned.

Tajul said...

Najib semakin menggila