Datuk Seri Najib Razak yang harus ditendang keluar dari Umno kerana merosakkan parti keramat itu, bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Secara kesimpulan itu pendapat Umno Bahagian Pagoh yang bersidang hari ini.
Umno Pagoh juga telah membuat pendirian berdiri teguh dibelakang Muhyiddin Yassin dan menolak keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk memecat Timbalan Presiden Umno itu dari parti kerana tindakan MT tidak mengikut perlembagaan dan peruntukan dalam parti.
Umno Pagoh juga sekali lagi memperingatkan pimpinan pusat bahawa yang melakukan salahlaku dan jenayah yang amat memalukan parti, kerajaan, negara dan rakyat adalah presiden parti dan bukannya pemimpin/ahli lain.
Yang jelas Umno Pagoh memberi amaran - Biar apapun berlaku, UMNO Pagoh akan terus padu kerana kami sayang UMNO Johor yang lahir di Johor, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor.
Berikut adalah kenyataan penuh Umno Bahagian Pagoh dari Pekembar bertarikh 25 Jun 2016.
KENYATAAN MEDIA
UMNO BAHAGIAN PAGOH
UMNO Bahagian Pagoh yang bermesyuarat pada hari ini 25 Jun 2016 yang dipengerusikan oleh YB. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh memutuskan
MENOLAK keputusan MT memecat YB. Tan Sri Muhyiddin berdasarkan perkara berikut :-
1. Tidak mengikut prosedur yang sepatutnya mengikut saluran yang berperingkat seperti yang termaktub dalam perlembagaan Parti (Fasal 20 Disiplin). MKT dan Perlembagaan UMNO disalahguna oleh Presiden dan mengenepikan amalan demokrasi dalam UMNO. YB Tan Sri Muhyiddin tidak dipanggil untuk mempertahankan tuduhan terhadapnya sejak awal penggantungannya.
2. Tan Sri Muhyiddin telah dipilih Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh oleh ahli Parti seluruh Negara makanya tindakan MT telah mengkhianati ahli UMNO. YB. Tan Sri Muhyiddin tidak diberi peluang dan dinafikan hak untuk berucap dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Parti. Oleh yang demikian, beliau terpaksa menggunakan pentas NGO untuk pejuangan ini.
3. YB. Tan Sri menyatakan masalah salah laku / jenayah yang dilakukan oleh Presiden berdasarkan daripada laporan yang berintegriti daripada Agensi Kerajaan seperti bekas Peguam Negara, Bekas Gabenor Bank Negara dan SPRM. Isu ini masih terus didedahkan di peringkat Antarabangsa dan tiada penghujungnya. Laporan PAC selari dengan apa yang disuarakan oleh YB Tan Sri Muhyiddin seperti membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB dan sebagainya.
4. YB. Tan Sri menegur Presiden adalah untuk memperkukuhkan Parti bukan untuk kepentingan peribadi.Beliau mengambil tanggungjawab mempertahankan Parti dan imej negara . Beliau tidak pernah memburukkan parti dan bertindak untuk memastikan parti diperkasakan.
5. Sebahagian besar UMNO Cawangan dalam Pagoh ( 103 cawangan daripada 106 Cawangan ) telah melahirkan rasa kekecewaan terhadap Presiden Parti yang bertindak merosakan parti terutamanya isu 2.6b dan 1MDB. Sebahagian besar menyokong Tan Sri Muhyiddin dan memutuskan Presiden Parti berundur .
6. Tindakan MT memecat YB Tan Sri Muhyiddin telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puashati kepada Ahli UMNO Bahagian Pagoh dan merosakkan perpaduan serta keutuhan yang selama ini menjadi kekuatan UMNO Bahagian Pagoh. Pemecatan ini berlaku di bulan Ramadan dan kita merasai sepatutnya pemimpin mewujudkan perpaduan dikalangan ahli parti.
7. UMNO Bahagian Pagoh merasakan bangga dengan perjuangan YB. Tan Sri Muhyiddin dalam menegakkan kebenaran dan terus istiqamah dalam perjuangannya.
UMNO Pagoh akan terus berdiri teguh bersama YB. Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin dalam perjuangannya dalam menegakkan kebenaran.
Biar apapun berlaku, UMNO Pagoh akan terus padu kerana kami sayang UMNO Johor yang lahir di Johor, malahan di Istana Johor dan suatu ketika dulu telah menyatupadukan orang Melayu Johor.
Berani Kerana Benar
Permadu Malaysia - Malangnya, inilah yang telah, sedang dan dijangka akan
terus berlaku
-
*SILA KLIK DI SINI*
1 day ago
19 comments:
suka hati kaulah LABU...... antar jebat ngan sultan melaka dulu siapa yang salah....... ya sultan buat silap..... tapi jebat tetap bersalah. kamu rungkailah sendiri.... tegur mana pun kamu berdiri.... kamu tetap kurang Dari 10% bahagian yang kononnya menentang kepimpinan Najib....... Jadi jangan syok sendiri..... tunggu Ogos nanti.
Setuju sgt2..yg patut ditendang keluar ialah presiden..degil jg kita ajar je dlm pru14..tggu ja
Assalamu alaikum.
Ini baru perjuangan.
Pemimpin disayangi.
Jasa dihargai.
Teruskan perjuangan mu.
Kebenaran pasti terserlah jua.
HIDUP MELAYU.
ereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat Najib sudah berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang!
Bravo UMNO Pagoh.Bukan Muhyiddin yang buat onar dlm parti.Najib yg patut ditendang. Kami org melayu atas pagar dan bukan orang UMNO ni pun berasa heran apasal UMNO lain ni bodoh,penakot dan kebulor makan dedak.Kalau mcm ni la UMNO,tak payah harap la nak bela org Melayu.Next election,baik siap sedia masok rumah sg.buluh.UMNO dah berkubor.Tun pun dah keluar parti,so kitorang dah tak heran dgn UMNO ni.
Jgn bermimpi dgn kedua keputusan praya lepas..
What's the next move? to outlaw Pagoh division?
selaku Comander In Chief hanya pres Obama mengetahui code rahsia butang merah (red button) utk melncarkan bom nuclear.
d Malaysia selaku Comander In Thief, ds najib memegang 'butang merah' persaraan tetapi code rahsia nya d pegang olih 'self appointed' Field Marshall In Waiting.
so this is where d danger lies. bukan dia tak tahu yg rakyat terbanyak sudah tahu modes operandi licik operasi rompakan , namun dia buat bodoh aja. sementara itu dia terus mencari jln utk menutup 'money trail'. fat hopes!!.
kemungkaran wajib terus d tentang habis habisan.
saya sokong keputusan bhg pagoh. kami dari bhg cheras , kuala lumpur
Teruk sgt la si muhidin ni kalau bahagian sendiri pun tak sokong.. jadi ini mmg lumrah dan sudah dijangka..
Bahagian sendiri tak sokong sebab depa ada vested interest,muhiddin pegi depa naik tocang,haha tak sedar melayu dah kena jual.
Bangkit dan sedarlah wahai melayu, kita harus berjuang pada yang benar dan yang mungkir mesti dikorbankan. Bukti sudah nyata tapi masih lagi melayu kaku. Mana dia pendekar melayu yang gagah berani harapan bangsa.tiada, tiada kelihatan. Alangkah sedihnya.
Sudah habis orang2 jujur dan ikhlas di dalam umno,yg tinggal cuma anjing2 pelahap yg berebut2 memakan bangkai.Tidak ada apa lagi nak dipertahankan.
Misi untuk menyelamatkan umno berakhir.Sekarang masanya untuk menguburkan umno di pru14 nanti.Selamat tinggal umno.Selamat tinggal BN.
Kalau sayang umno walau meluat dgn presiden janganlah bersekongkol dgn pembangkang. Dlm prk sg besar & kuala kangsar, di mana kedudukan muhyiddin? Pastinya bersama parti pan, betul? Bukankah perlakuan itu seolah berusaha agar umno/bn kalah, sehingga hilang deposit? Itu adalah kesalahan besar dan perlanggaran diiplin berat. Jika meluat dgn presiden, bukan menunjukkan sokongan kpd pembangkang. Lawan presiden di dlm umno, bukan menyertai blok pembangkang. Mudah bukan?
Simple, melayu bodoh!Selagi pakai songkok asal Nepal tu...selagi tu kepala nya bengap, tak boleh berfikir!
Siapa yg sayang umno najib? Saya ahli umno saya bukan sahaja pengkhianat tapi saya nak bunuh umno sbb ummo telah merosakkan pemikiran melayu demi survival pemimpin ... ramai orang melayu yg bukan ahli umno tp mereka tak bangsat pun ... malah yg ramai bangsat dan hidup mereka ibarat kais pagu makan pagi adalah ahli ahli ummo
Umno lain main makan rasuah. Sayq rasa jijk jijik jijik jijik jijik jijik jijik jijik .......pemimpin umbo ...waktu mu akan sampa...kau tgk...korang akan di hina sebelum masuk kubor....
Setuju
Kami yakin najib bersalah. Ko yg bonggok.
Wow. What a story ! Only one out of 191 and this makes it a big issue ? Even if 20 divisions say it, so what ? That's only 10%. The moral of the story is you need the majority. Any dummy will tell you that. If you don't have the majority then too bad. In Sarawak, super duper clear majority. In S Besar and K Kangsar a clear cut routing majority. So what's the issue now fellows ??
And since this Pagoh news is SOOOO BIG, how about having a poll to see how many actually support this statement against DS Najib ? Is it the majority ? Don't blow you horn when it's stuck in someone's d**k !!
DK.
Post a Comment