A source close to Gen Prayut said on Tuesday that the Malaysian prime minister and his wife made a private visit to Thailand on Jan 2. They went shopping, played golf and stayed overnight at the Shangri-La Hotel in Bangkok, says theBangkok Post. That is what the Bangkok Post reported today. This latest report sent a chill down my spine because I don't think Najib and wife Datin Seri Rosmah Mansor are so heartless to enjoy themselves, shopping and golfing in Bangkok, while more than 250,000 people were battling the worst floods in our history. I hope the Prime Minister's Office would take the necessary action to clarify the actual whereabouts of the Prime Minister on January 2nd/3rd. If the report is not true, the PMO must also demand an apology and order the Bangkok Post to retract the report which depicts our Prime Minister as a irresponsible, heartless leader.
I shall reserve my comments at this moment if the Bangkok Post report is based on facts and is indeed true.
Bencana alam yang sedang melanda sebahagian besar negara pada masa ini tidak ubah seperti bencana tsunami yang melanda Aceh sepuluh tahun lepas kecuali skala kemusnahan serta bilangan nyawa yang hilang. Keadaan di beberapa kawasan di Kelantan adalah teruk dan amat menyayat hati. Keadaan bertambah teruk apabila bantuan tidak sampai dalam kadar waktu yang munasabah. Mengapa dan kenapa bantuan tidak sampai dan alasan-alasan yang telah di-utarakan sebelum ini mungkin boleh diperhalusi dimasa depan agar kemampuan sebenar kerajaan tidak dipertikaikan. Sebagai langkah pertama, mungkin wajar jika kita mengenepikan fahaman politik demi anak-anak yang kelaparan susu, orang-orang tua yang kuyup kesejukan tanpa makanan dan minuman, ibu-ibu yg sarat mengandung, kanak-kanak yang tak ada pakaian serta keluarga yang telah hilang tempat berteduh. Adalah wajar jika kita berhenti bertanya atau menuding jari jika mangsa banjir disesuatu kawasan itu adalah orang dacing atau bulan. Kita lah sehina-hina mahkluk jika bantuan kepada mangsa banjir pun dihulur berdasarkan fahaman politik. Bencana yang melanda kita sekarang adalah peluang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Tidak kira kita Islam, Melayu, Pas, Umno, Kelantan, Perak, miskin atau kaya. Sedangkan binatang ternakan mangsa banjir pun telah mula diselamatkan, ini pula kita sesama manusia. Saya terpanggil untuk membuat coretan ini hasil pengamatan serta pengalaman peribadi ketika menghantar bekalan makanan, pakaian, minuman ke kawasan Gua Musang/Kuala Krai diKelantan dua hari yang lepas bersama pihak sukarelawan Masjid Saujana Utama, Sg Buloh. Video di-atas juga adalah hasil karya salah seorang sukarelawan MSU. Hanya Tuhan yang dapat membalas amal serta jasa mereka ini. Visual di-atas adalah BENAR. Ini bukan propaganda atau drama swasta. Begitulah keadaan sebenar di Kampung Manek Urai (Baru dan Lama), Lata Rek, kawasan Laloh dan kebanyakan kampung lain disekitar Kuala Krai.
Sebagai manusia yang nyata mempunyai sifat perikemanusiaan, kita harus bangkit membantu sesama manusia tanpa mempersoalkan fahaman politik, agama, bangsa atau apa-apa kriteria lain. Dikala bencana sebegini, hentikanlah propaganda politik yang sarat dengan putar belit dan kebencian. Pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti politik boleh memulakan langkah pertama dengan tidak menuding jari diantara satu sama lain. Dunia sedang perhatikan kita. Adalah amat diharapkan agar pemimpin-pemimpin politik dari kedua-dua pihak yang sering menyemai nilai-nilai murni dalam ucapan serta tazkirah mereka kepada umum, mampu duduk semeja untuk membantu rakyat dikala negara dilanda bencana banjir yang terburuk dalam sejarah.
Hentikan juga penyebaran berita palsu, fitnah dan kebencian melalui facebook, blog, twitter, whatsapp dan sebagainya.
Daripada membazir masa dan tenaga mencipta fitnah serta menyediakan grafik untuk menghina, membenci dan menipu rakyat, baik kita sama-sama bangkit membantu mangsa banjir.
Tinggalkan lah seketika sifat kenegerian yang negatif sehingga perbandingan berdasarkan khabar angin menimbulkan kebencian yang kadang-kadang tidak berasas samasekali.
Malaysia Negara Gila Kereta
-
OLEH KADIR JASIN 1. Dalam catatan kali ini, saya hendak cerita sesuatu yang
ringan iaitu mengenai orang Malaysia dan kereta. Ikut istilah permotoran,
Mal...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
-
(For English, Read Below)
*Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu*
*Bismillahhirrahmanirrahim*
1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.