Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang tadi yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam dari pukul tiga petang nampaknya hanya satu lagi 'mesyuarat biasa' MT.
Mesyuarat MT pada hari ini akhirnya berjaya diadakan, setelah ditangguh dua kali sejak penyingkiran Timbalan Presiden Umno dari kerajaan.
Segala desas desus bahawa Presiden Umno akan dengan berani mengambil peluang ketika mesyuarat MT hari ini untuk menyingkirkan Timbalan Presiden bersama-sama pemimpin tertinggi lain yang tidak sehaluan dengan beliau juga ternyata tidak kesampaian.
Presiden bukan sahaja tidak berani berbunyi tentang tindakan ke-atas sesiapa malah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga tidak berani melalui pintu masuk utama Menara Dato Onn ketika menghadiri mesyuarat petang tadi.
Yang tertunggu-tunggu di pintu masuk utama Menara Dato Onn PWTC sebelum dan selepas mesyuarat MT UMNO petang tadi hanya ahli Umno dan para jurugambar yang agak kecewa bila diberitahu bahawa Najib telah keluar dan terus meninggalkan PWTC melalui laluan alternatif atau 'lorong tikus'.
Mungkin tindakan Mohd Najib menggunakan laluan 'lorong tikus' adalah sifat kepahlawanan yang tidak diketahui umum sebelum ini.
Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melangkah keluar dari Menara Dato Onn disambut meriah dengan sorakan serta nyanyian bersemangat ratusan penyokong Umno dari Bahagian Pagoh serta seluruh negeri Johor.
Masih segar dalam ingatan - Pada tahun 1998 selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang membuat keputusan menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Umno, Presiden Umno ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar pulang menaiki helicopter dari atas Menara Dato Onn kerana situasi penyokong Anwar diperkarangan PWTC sudah menjadi ganas.
Pihak keselamatan berulangkali menasihatkan Dr Mahathir agar tidak turun kebawah dari aras 38 tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip #beranikeranabenar dan dengan sifat bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat MT pada malam yang bersejarah itu, Dr Mahathir tetap turun dan melalui jalan utama ke kenderaan beliau.
Ratusan penyokong Anwar memang bertindak ganas dan membaling pelbagai macam objek kearah Dr Mahathir serta beberapa ahli MT yang berani melangkah keluar bersama-sama beliau.
Pihak Polis melindungi Dr Mahathir serta ahli-ahli MT yang lain, termasuk Tan Sri Rafidah Aziz yang berani berhadapan dengan ratusan penyokong yang agak liar, dan mengiringi kenderaan mereka keluar dengan selamat.
Presiden Umno, malah Ketua Wanita pun, tidak menggunakan 'lorong tikus' untuk melarikan diri dari ahli UMNO ketika itu.
P.S. Sekadar mengimbas kembali zaman kegemilangan Umno dibawah pemimpin yang #beranikeranabenar
Dibawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakam diperkarangan Menara Dato Onn petang tadi.