Friday 4 April 2008

DEPA TANYA, apa kata Presiden Umno?

Presiden Umno, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri kata dia tak salah!

Abdullah Ahmad Badawi menyalahkan media arus perdana (terutamanya suratkhabar) kerana memberi terlalu banyak ruang kepada masalah dalaman Umno, kenyataan bercanggah pendapat antara pemimpin dan tuduhan-tuduhan yang tidak berfaedah.

Perdana Menteri yang jelas kehilangan punca akibat kritikan hebat dari dalam dan luar Umno, membidas akhbar kerana mengabaikan agenda pembangunan pemerintah sambil memberi terlampau banyak fokus kepada 'masalah Umno dan BN'.

Menurut sumber2 yang menhadiri satu sidang akhbar Abdullah di Kuching, Sarawak pada petang Jumaat (4 Apr),presiden Umno itu jelas tidak senang dengan berita2 di-akhbar yang menyiarkan kritikan beberapa pemimpin Umno terhadap beliau.

Perdana Menteri juga dikatakan menyangkal tuduhan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan teruk BN dalam pilihanraya yang lepas.

"Ya, memang kita telah kalah dan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya tetapi terdapat banyak sebab mengapa kita kalah. BUKAN SAYA SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB!(terhadap kekalahan BN di 5 negeri)" adalah antara kata-kata Abdullah di sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Dr.Abdul Taib Mahmud dan pemimpin kanan BN negeri.

Abdullah tidak menjelaskan sebab-sebab lain yang mendorong kekalahan teruk BN tetapi berjajnji akan menjelaskan perkara itu secara terperinci dalam pertemuan dengan satu 'kumpulan Umno' pada hari Ahad ini di Putrajaya.

"Rakyat tidak sanggup melihat kita bergaduh setelah di-beri mandat pada pilihanraya. Kita harus mulakan kerja2 yang sepatutnya dan bukan bertelagah' - kata Abdullah, yang menurut sumber di Sarawak masih tidak mempedulikan sentimen akar umbi ahli dan penyokong parti2 dibawah naungan BN.

"Beliau masih bercakap tentang majoriti di Parlimen sambil tidak mengendahkan masalah di-negeri2 dan dalam parti2 dalam BN termasuk Umno. PM juga banyak bercerita tentang program pembangunan dan apa yang perlu dilakukan oleh wakil rakyat tetapi beliau seakan cuba lari dari masalah utama, iaitu keredibiti kepimpinan beliau yang telah menjadi tanda tanya yang terpahat dipemikiran rakyat Malaysia," kata sumber itu lagi.

sekian, wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Saya fikir dia ni sengaja tak mau dengar apa rakyat cakap pada dia. yg jelas, ramai pengundi tolak dia tapi dia masih tak mau dengar. sekarang dia kata bukan dia saja yg bertanggongjawab. kalau bukan dia, siapa? saya teringat setiausaha umno pahang yang mencadangkan supaya semua ahli MKT umno letak jawatan kerana gagal mengekalkan majoriti dua pertiga dan hilang 5 negeri. itu satu cadangan yg munasabah...undurlah!!

old fren

THE PUREHADHARIST said...

Bro, Fahami Islam Hadhari yang sebenarnya...sudilah layari blog saya....

Anonymous said...

Terkejut besar saya membaca kenyataan Shebeery Chik bahawa Tun Dr M telah menghancurkan Umno. Maka terkenang saya kepada sejarah Umno. Siapa sebenarnya menghancurkan Umno? Tidak sedarkah Shabeery bahawa siapa yang membawa Umno ke mahkamah untuk mengharamkan Umno? Lupa kah kita siapakah watak-watak pada masa itu yang menyebabkan Umno di haramkan? Tun Dr M lah yang mengetuai usaha menghidupkan Umno yang di namakan Umno baru.
Ku Li adalah antara mereka yang membawa Umno ke mahkamah da menghancurkannya. Yang menyokongnya ialah Pak Lah, Musa Hitam, Zainal Abidin Zin, Rahmah Osman, Kadir Sheikh Fadzir antaranya