Majukan tanah berhampiran Tugu NegaraGambaran artis projek Malaysia Truly Asia Attraction yang akan dibina di kawasan berhampiran Tugu Peringatan Negara, Kuala Lumpur.
Malaysia Truly Asia Attraction mulakan projek akhir tahun

Anak syarikat riadah dan pelancongan Khazanah Nasional Bhd, Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, akan memajukan sebuah lagi ikon pelancongan negara iaitu, Malaysia Truly Asia Attraction di kawasan berhampiran Tugu Peringatan Negara dan Padang Merbok di Kuala Lumpur.

Berkeluasan 26.3 hektar, ia bakal menjadi tarikan pelancongan dan budaya bersepadu bertaraf dunia yang menawarkan pengalaman menyeluruh merangkumi semua budaya dan daya tarikan utama negara. 
Ketua Eksekutifnya, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, berkata pihaknya sudah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa bagi projek itu dan kini dalam proses mengambilalih kawasan berkenaan. 



Tumpuan pelancong

Katanya, pembangunannya dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini dan ia dijadualkan dibuka menjelang akhir 2016.

“Apabila siap kelak ia akan menjadi satu lagi tumpuan pelancong asing yang utama di Kuala Lumpur, kerana mereka hanya perlu menghabiskan antara tiga hingga empat jam untuk melihat keseluruhan budaya dan tarikan yang ada di Malaysia.
“Kawasan projek terletak strategik di pusat bandaraya dan kami akan mengekalkan kehijauan di kawasan itu kerana ia berhampiran dengan Taman Tasik Perdana dan Tugu Peringatan Negara,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman penyertaan empat lagi peserta industri di Taman Tema KidZania Kuala Lumpur, semalam.