Wednesday 12 June 2013

Korporat galak amalan sikap anarkis - Zainuddin Maidin

The last line of this article by former Utusan Malaysia chief, sums it all up. If you can't be of any help, just don't be a bloody burden. 

... and I wonder what the Prime Minister and Nazir Razak's brother Najib Razak has to say about Azran Osman Rani's 'act of bravery'...


PENGARAH Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak telah memuji Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana pandangannya yang terus terang terhadap Utusan Malaysia dan Perkasa.

Katanya, sikap terus terang inilah yang menjadikan dia pemimpin besar dengan keupayaannya menunaikan tanggungjawabnya sebagai CEO AirAsia.

Menurut sebuah akhbar, Nazir ketika melancarkan prospektus AirAsia X kelmarin berkata, "sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti Rafidah Aziz".

Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran. Adakah tanggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita 'Apa Lagi Orang Cina Mahu' atau ugutannya untuk menarik iklan AirAsia daripada Utusan Malaysia.

Bagi saya, tanggapan Utusan sebagai rasis adalah subjektif. Ia bergantung kepada aliran pemikiran atau kecenderungan seseorang dan juga latar belakang pendidikannya, dan itu adalah hak masing-masing.

Tetapi yang saya rasa tidak wajar ialah sikap tidak toleransi Azran yang kerana tidak bersetuju dengan pendirian Utusan telah mengugut untuk menarik balik iklan AirAsia daripada Utusan kerana pendirian Utusan bertentangan dengan pemikirannya.

Sentimen dan prajudis telah mempengaruhi tindakannya.

Apakah ini sikap seorang yang terpelajar yang percaya pada kebebasan dan demokrasi, keterbukaan dan globalisasi? Apakah ini bukan merupakan penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak rasional?

Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestukan amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

Dalam perkembangan kapitalisme Barat, korporat gergasi dan syarikat-syarikat perniagaan besar semakin berkuasa, malah melebihi kuasa kerajaan dan mengancam kebebasan media atau memperalatkan media dengan kuasa wang mereka.

Inilah kuasa yang tidak kelihatan kepada orang ramai, sebaliknya rakyat hanya nampak kuasa kerajaan yang menekan kebebasan media khususnya akhbar.

Berhubung dengan perkara ini, saya suka memetik sedikit daripada tulisan seorang penulis terkenal British, Anthony Sampson dalam bukunya The Essential Anatomy Of Britian-Democracy in Crisis.

Kata Sampson; "The link between newspapers and big business had a longer- term effect: for journalist have constrained from reporting or criticising the excesses of financial boom, by pressures from owners, advertisers and public relations men, who helped set the agenda of the business pages. Enterpreneurial owners naturally dislike the critical and investigative function of reporters".

Pandangan Sampson ini menepati pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam suatu jamuan makan malam Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) pada tahun 1990 yang mana beliau berkata, bukan sahaja kerajaan yang memberi kesan kepada kebebasan akhbar tetapi juga kepentingan perniagaan, pemilik, pengarah-pengarah dan juga kepentingan populariti.

Utusan sendiri tahu banyak hal yang negatif mengenai AirAsia telah disembunyikan bersama-sama dengan akhbar-akhbar lain demi kepentingan iklan atau wang daripadanya, tetapi nampaknya ini sahaja tidak cukup kepada Azran.

Beliau merasakan bahawa untuk Utusan mendapat iklan daripada AirAsia maka perlulah Utusan mengikuti kecenderungan sosial dan politiknya. Maka tekanan kewangan perlu dikenakan ke atas Utusan.

Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga UMNO.

Nazir tidak memahami bahawa tanpa sokongan daripada Utusan Malaysia memerangi anasir-anasir yang menghakiskan keyakinan kepada kerajaan, maka tidak mungkin UMNO akan dapat mengekalkan sokongan orang Melayu kepadanya yang menambahkan kerusi UMNO di Parlimen, menawan kembali negeri Kedah dan Perak dan menambah kerusi di Kelantan.

Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina.

Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan UMNO. 


- TAN SRI ZAINUDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia.



Site Meter

6 comments:

Anonymous said...

A beautiful comment TS. I agree with you. His brother is now a liability to him. He has created a feeling of animosity towards Najib. I think UMNO should have a contest for all the post including the President position. This will indicate the acceptance of Najib by the UMNO members or not.

Anonymous said...

Majority malays are in needs of support but our PM and family don't care. They were all out to please the rich Chinese even in the expense of sabotaging the malay daily. There are 70% Bumi but only manage to hold less than 20% wealth. Somemore, a big chunk of that 20% goes to family. No policy that help the majority Malays especially small medium entrepreneurs. Time to Ubah (within UMNO...kami sayang UMNO). In PRU we vote UMNO becoz of PM.

nagaman said...

APanama , its no surprise that some corporate bodies encourage anarchy or anyhting that would hit the government and there are varied reasons - like dont like terms for tenders, didnt get contract, didnt get favours they seek but have spent tons of money, didnt get to be close to PM even though have made the necessary ang paus, its all about more mopower, more money. Look at Astro how they encourage anarchy- a young chinese feller allowed to swear and curse at the govt and the Prime Minister n allowed to carry lies fabricated to bring down SPR indirectly wanting to bring down govt or to simpluy provide perception government cheating at elections. And he got away with it on the Chinese channel. Why ? Because thats how Astro attract chinese clients, or maintain chinese clients. Any problem -just plead ignorance say 'i dunno' or 'lemme check '. Thats how they get away. No fines , no skmm on their back.
Worse still no NGO or any BN members crying foul and ask for chinese feller to be sacked or astro to apologise or shut down that channel until it does.

Why? Because BN are a bunch of losers with a clueless MCA and Gerakan like a dead albatross round UMNO's neck. Worse still UMNO dunno chinese language can play dumb. But even dumber SPR also play dead. When parliament burns then only all will wake up. BTW parliament is set to burn june 22nd when pkr seize the fields of Merbok, so be warned.

Unknown said...

Betul la kata org anak2 Razak tidak kenal Melayu sebagaimana bapanya mengenal melayu kerana dr kecil lagi mereka telah dihantar ke England utk belajar. Saya menyokong BN bukan menyokong keluarga anak Razak tetapi keran Pakatan tersangatlah hodoh. Nampaknya menjadi yg berada di atas pagarlah nanti.

Anonymous said...

NO TO NAZIR !
No TO TONY !
No to AZRAN !
NO to RaFIDAH !
Satu tahun dapat imbuhan 12,000,000RM atas titik peluh asas yang di bena olih melayu dan bumiputra pada Cadangagan NEP pasca 1969.
Anda bukan nya melayu lagi dan tak layak jadi bumupitra.
berapa ramai punya ribuan pekerja bank CIMB yang anda sudah korban nasib hidupan demi untuk lifestyle anda ?
Anda tak layak berhenti kerja atau letak jawatan.
Anda di pecat !

arjuna waspada
changkat lobak.

Labu8455 said...

Tanya NUBE, tanya warga bawahan CIMB, tanya pekerja bank lain nya - majoritinya menyampah dengan Nazir kerana pengkhinatan nya terhadap warga bawahan bank. Semua tahu Nazir boleh besar kepala hari ini kerana Najib. Ramai yang menanti hanya nya Najib tertungging untuk menunggingkan sama adiknya Nazir